Sekali lagi, pasukan MyVOC membuat percaturan yang bijak dengan
menghantar misi bantuan kepada penduduk Kg Raja Cameron Highland yang
telah ditimpa banjir lumpur baru-baru ini. Misi bantuan yang diketuai
oleh exco Majlis Belia Malaysia (Eric Chu) bersama-sama sukarelawan dari
negeri Selangor dan Pahang.
Sebanyak 33 buah rumah telah ditimpa musibah banjir lumpur termasuk
dengan kedai-kedai didalam kawasan Kg Raja Cameron Highland Pahang.
Syukur, sumbangan ini sedikit sabanyak dapat meringankan beban yang
mereka tanggung akibat bencana dan dapat juga mereka merencanakan
kehidupan keluarga mereka semula untuk kehidupan seterusnya.
>> En. Eric Chu, Exco Majlis Belia Malaysia
Mengulas tentang program ini, En. Eric Chu selaku Exco Majlis Belia
Malaysia dan selaku ketua misi bantuan,” Majlis Belia Malaysia bersama
pasukan MyVOC dan sukarelawan telah Berjaya sampai ke Kg Raja Cameron
Highland pada hari ini (13 september 2015) untuk menyampaikan sumbangan
kepada mangsa banjir disini yang ditimpa musibah pada baru-baru ini.
Pasukan MyVOC ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak kerajaan untuk
meringankan sedikit bebanan yang mangsa banjir alami dengan serta merta.
Pasukan MyVOC ini terdiri dari kalangan golongan-golongan professional
dan akan membantu seiapa sahaja yang ditimpa musibah tidak kira dari apa
bangsa, agama dan kaum di seluruh Malaysia.
Program sebegini akan diteruskan untuk masa akan datang melalui Maljlis
Belia Malaysia untuk mangsa bencana dan golongan kurang mampu dan
pasukan MyVOC ini juga telah bersedia untuk memberi bantuan dimana
sahaja sekiranya terjadi sekali lagi kejadian banjir besar yang berlaku
sebelum ini di negeri Kelantan”
>> En. Khairul Izwan B. Abdul Khalid, Exco Majlis Belia Negeri Pahang
Dalam masa yang sama, En. Khairul Irwan Bin Abdul Khalid selaku Exco
Majlis Belia Negeri Pahang dan selaku Setiausaha Majlis Belia Daerah
Lipis memberitahu, “ Pada konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC ini, kami
dari rakan-rakan dari Majlis Belia Negeri Pahang telah menghantar wakil
seramai 32 orang untuk bersama-sama Majlis Belia Malaysia bagi
menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian seperti bantal,
selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland
yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini.
Usaha ini adalah usahasama yang mana jentera kami akan sentiasa membantu
Majlis Belia Malaysia dalam apa jua cara berbentuk kesukarelaan yang
mana sekarang ini sukarelawan adalah sesuatu yang penting dalam keadaan
cuaca sekarang yang tidak menentu terutama di Cameron Highland.
Majlis belia Pahang akan terus bersama majlis belia Malaysia untuk terus
membentuk sukarelawan dari kalangan belia terutama di negeri Pahang dan
gabungan sukarelawan negeri Pahang yang telah dibentuk dan diterajui
oleh” Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang” yang menggabungkan seluruh
sukarelawan disetiap daerah negeri Pahang.
Misi bantuan ini akan berterusan tidak kira dalam misi bantuan banjir
atau apa sekali pun, sekiranya diperlukan mereka akan sentiasa bersama.
>> En. Zambri B. Aziz, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland.
” Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Majlis Belia
Malaysia dan Majlis Belia Pahang atas kehadiran pasukan sukarelawan
MyVOC ini ke sini yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban
anggota masyarakat yang terjejas akibat banjir baru – baru ini.
Walaupun banjir kali ini tidak seteruk yang dulu, namun ianya telah
menjejaskan sekurang – kurangnya 33 buah rumah penduduk dan kedai –
kedai yang berada di kawasan Kg. Raja ini.” Ujar En. Zambri B. Aziz
daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland.
” Oleh itu, kehadiran konvoi sukarelawan ini besar ertinya buat masyarakat disini.” tambah beliau lagi.
Semoga misi bantuan sebegini akan diteruskan oleh generasi kegenerasi akan datang..
LAGI
GAMBAR
ARTIKEL BERKAITAN :
Team Sukarelawan Belia MyVOC ‘Panjat’ Cameron Highland Bantu Mangsa Banjir Di Kg. Raja