Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Saturday 16 February 2013

Kementerian Tidak Halang Mahasiswa Jadi Calon PRU13

Calon - calon 'YB' sedang berkhemah dijalanan

PASIR GUDANG - Kerajaan tidak akan menghalang hasrat mana-mana mahasiswa yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti yang dihebohkan Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penyertaan aktif golongan itu dalam politik negara secara langsung membuktikan mereka mengiktiraf amalan demokrasi yang dilakukan kerajaan di negara ini.

"Ini membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi, menteri atau kerajaan tidak halang mereka berpolitik, tidak sekat mereka untuk bertanding.

"Malah ia juga membuktikan mereka juga yakin dengan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini kerana itu mereka yakin mereka boleh menang dalam pilihan raya nanti.

"Sebab tidak ada calon yang bertanding kalau mereka tidak yakin mereka kalah, buat apa bertanding kalau hanya akan merugikan wang," katanya selepas merasmikan Karnival Mesra Komuniti 1Malaysia dan pelancaran usaha sama strategik Kolej Komuniti bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan industri peruncitan di sini hari ini.

Ada gaya ke nak jadi YB kalau kempen atas lori jual ayam macam nie???
 Mohamed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan GM13 menyenaraikan enam nama untuk bertanding dalam PRU13 kelak termasuk meletakkan calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jika mereka merasakan sistem pilihan raya di negara ini tidak bersih, golongan itu sepatutnya tidak perlu bertanding dan kesanggupan untuk berbuat demikian telah mencerminkan sebaliknya," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menyifatkan tindakan meletakkan calon di kawasan Parlimen Pekan itu hanya semata-mata untuk meraih publisiti memandangkan kawasan itu disandang Perdana Menteri.

 "Tindakan mereka memilih kawasan itu tidak lebih daripada untuk mendapat nama semata-mata dan ingin dapat perhatian besar serta meluas kerana ia merupakan kawasan Perdana Menteri kita," katanya. - Bernama

Inikah sikap bakal YB yang kita mahu??




Rakyat pasti akan didik bersikap biadap seperti beliau??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ulasan GP :-

Nasihat GP kepada Mahasiswa yang sedang berangan - angan nak bergelar YB tue, sudah - sudah la.. ingat balik tujuan serta harapan anda dan keluarga ketika mula - mula melangkahkan kaki ke IPT.. sedarlah bahawa golongan mahasiswa sedang dipergunakan oleh pihak - pihak yg mempunyai kepentingan peribadi bagi mencapai agenda keji mereka.

Persoalan yang tidak harus diketepikan ialah, adakah mereka mampu untuk menjadi YB jika menang nanti?. Ini kerana, tangungjawab sebagai YB bukanlah semudah yang disangka. menjadi wakil rakyat mempunyai bebanan tugas serta tanggungjawab yg besar, adakah mereka mampu menjalankan amanah yang besar tersebut tanpa menyebabkan rakyat yang mengundi mereka teraniaya?

Yang GP pasti, jika ditakdirkan mahasiswa tersebut menang dikerusi tersebut serta berjaya bergelar YB, pasti mereka juga akan mengikuti jejak langkah pemimpin mentor mereka yang hanya pandai berjanji bulan, bintang dan cakerawala, tetapi akhirnya, mereka akan terpaksa meminjam kata - kata hikmah MB Manifesto Bukan Janji iaitu, "Manifesto bukan janji, dan tak perlu ditunaikan".

P/S: mahasiswa dididik supaya jadi orang munafik..

Ranking Harimau Malaya Jatuh Ke-159 Dunia ??


KUALA LUMPUR – Berikutan kekalahan 0-2 kepada Qatar pada perlawanan pertama pusingan Kelayakan Piala Asia 2015, baru-baru ini menyebabkan ranking pasukan Malaysia jatuh satu anak tangga dalam kedudukan terbaru FIFA semalam.

Berdasarkan ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal turun ke kedudukan ke-159 dunia berbanding ke-158 pada bulan lepas.

Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur dalam sukan bola sepak seperti Palestin yang berada pada ranking ke-153, Hong Kong (ke-156), Bermuda (ke-157) dan Maldives yang berkongsi kedudukan dengan skuad negara.

Pada peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-26 daripada 46 negara.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (134), Thailand (141), Filipina (147) dan Singapura (158).

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,590 mata.

Jerman dan Argentina turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,437 dan 1,281 mata.

Lagi Berita KLIK SINI

Friday 15 February 2013

DAP Tunjuk Belang, Mengaku Pulau Pinang Hakmilik Bangsa Cina


Penjara 30 hari dan denda RM8000 adalah nilai maruah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong kepada seorang pemuda berbangsa Cina berusia 29 tahun yang berasal daripada Pulau Pinang. Leong Pei Koe, berkelulusan daripada sebuah universiti luar negara bekerja di Singapura sebelum ini telah bertindak biadap dengan menunjukkan isyarat lucah kepada rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.



Tindakan biadap tersebut disedari oleh ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong. Amaran telah diberikan bahawa beliau boleh ditahan di bawah Seksyen 294 (a) KK namun keangkuhan penyokong DAP ini tidak bersempadan.

Bukan sahaja biadap terhadap raja-raja Melayu, malahan beliau telah mencabar supaya pihak plis menangkapnya serta menghina pasukan polis dengan menyatakan polis Melayu tidak mempunyai kuasa di Pulau Pinang kerana menurutnya Pulau Pinang adalah hak milik bangsa Cina.

Benarkah seperti dakwaan beliau? Betulkah Pulau Pinang sudah menjadi hakmilik bangsa Cina selepas DAP berjaya menubuhkan kerajaan Negeri di sana?

Jika diperhatikan rentetan peristiwa serta pembangunan yang berlaku sepanjang DAP memerintah Pulau Pinang, dapat disimpulkan bahawa mereka sedang cuba menjadi pemilik kepada negeri tersebut.

Pembinaan rumah-rumah mewah yang ternyata tidak mampu dimiliki oleh bangsa Melayu, sektor ekonomi yang dikuasai oleh bangsa mereka serta penghapusan orang Melayu daripada Pulau Pinang secara lembut dan tersembunyi, memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

Mungkin disebabkan terlebih yakin bahawa mereka adalah kuasa besar yang tidak mampu digugat oleh Barisan Nasional, mereka mengakui bahawa Pulau Pinang adalah hakmilik mereka. Adakah mereka terlupa bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan rakyat Pulau Pinang bukan kesemuanya berbangsa Cina?

Baru sahaja berjaya menjadi pemerintah di sebuah negeri, DAP sudah berani menunjukkan belang mereka. Bagaimana pula jika Pakatan Rakyat atau berjaya memperolehi majoriti 2/3 kerusi di Parlimen dan seterusnya menubuhkan kerajaan nanti?

Mungkin waktu itu, bukan sahaja Pulau Pinang, malahan Malaysia juga dikatakan hakmilik bangsa Cina. Bangsa Melayu yang memberikan undi mereka kepada parti chauvinist ini akhirnya hanya mampu menggigit jari.

Justeru, kalau perkara itu terjadi, jangan pula meletakkan kesalahan ke atas Barisan Nasional lagi kononnya tidak pandai mempertahankan bangsa Melayu sehingga terpaksa merempat di tanah sendiri.
  
Sumber KLIK SINI
 

Monday 11 February 2013

Terbukti PAS Menzalimi Nasharudin


Jangkaan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013.

PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.

Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya.

Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha, langsung tidak efisien kerja buatnya. Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar, hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa.

Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Gaza, Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS.

Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu, memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena. Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu.

Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja.

Tambahan pula Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal, tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya.

Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013, sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana.

Walau apa senario sekalipun, tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab.

Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik, amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik.

Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral, ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik.

Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah.

Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi. Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu.

Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain, andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...