Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Friday 18 December 2015

PTPTN Lebih Zalim Dari Binatang, Gaji tinggal RM19 selepas RM2,063.75 dipotong PTPTN



PETALING JAYA: Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencetuskan panik dalam kalangan peminjam yang masih belum melangsaikan hutang.

Batrisyia Fauzan, yang memuat naik slip gaji tersebut di Facebooknya menyatakan bahawa beliau pernah dimaklumkan pegawai agensi itu mengenai operasi mengesan peminjam pada hujung tahun ini namun tidak menyangka perkara itu akan berlaku kepada dirinya.

“Ingat tak masa bulan 8 hari itu, saya ada kongsi tentang PTPTN ini. Pada masa itu, saya pergi untuk membayar tunggakan. Saya ada beritahu yang Pegawai PTPTN memaklumkan saya mengenai operasi besar-besaran bagi mengesan peminjam pada hujung tahun ini.

“Pegawai masa itu kata tempoh diberi hingga bulan 10 untuk peminjam datang berunding dengan kami, kalau tidak kami akan buat pemotongan ikut kadar kami.

“Rupanya, memang mereka serius buat. Tadi dalam group Whatsapp kami kecoh bincang mengenai hal ini. Sekolah dah tak lama (lagi) dah nak buka. Kesiannya kalau potong sampai macam ini sekali. Sampai tinggal RM19,” ujarnya.

Bagi mengelakkan perkara sama berulang, Batrisyia menasihatkan kepada mana-mana peminjam PTPTN yang masih belum membuat pembayaran supaya segera pergi ke pejabat PTPTN berdekatan untuk menjelaskan bayaran.

“Jadi yang mana dah kerja kakitangan awam, ada pinjaman PTPN jangan lupa pergi pejabat PTPTN berdekatan untuk runding. Hari itu pun berunding sepatutnya kena bayar tunai RM12,000. Bincang punya bincang RM6,000. Rayu lagi barulah dapat bayar kurang sikit pada RM6,000 itu. Cubalah,” katanya.

Sementara itu, PTPTN dalam satu kenyataan media menggesa peminjam dalam kalangan penjawat awam yang tidak pernah membuat bayaran balik agar segera tampil berunding untuk membuat penstrukturan semula hutang selewat-lewatnya pada 18 Januari 2016.

Sekiranya peminjam gagal berunding dalam tempoh ditetapkan, jumlah ansuran potongan gaji mandatori berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik yang sedang dilaksanakan akan diteruskan.

Selain, agensi itu juga akan meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam yang tidak membuat bayaran balik seperti notis-notis peringatan pertama, kedua dan ketiga, senarai hitam Jabatan Imigresen, saman dan lain-lain tindakan undang-undang.

“Sebelum ini, PTPTN telah mengeluarkan surat arahan potongan gaji mandatori bertarikh 4 Disember 2015 kepada majikan dan diberi salinan kepada 3,193 peminjam yang merupakan penjawat awam dan tidak pernah membuat bayaran balik dan gagal tampil berunding.

“Amaun potongan gaji yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik (bulan). PTPTN akan kembalikan semula amaun potongan setelah ditolak ansuran bulanan berdasarkan jadual bayaran balik semasa kepada 3,193 peminjam yang terlibat,” kata agensi itu.

BANJIR : Bukti Bahawa Fitnah Adalah 'Zikir' Harian Blogger Dan Media Pro PR

 
Isu mengenai petugas Pas dihalau kerana memberi khidmat masyarakat kepada mangsa banjir di Kapar, Selangor merupakan satu fitnah yang dibuat media dan blogger pembangkang.


Media dan blogger pembangkang cuba mensensasikan isu terbabit untuk melaga-lagakan Pas dan Umno kerana takut Pas akan menyambut jalinan kerjasama yang dihulur Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang lalu.



Mereka menuduh petugas Pas yang memberi khidmat masyarakat kepada banjir di Kapar dihalau oleh petugas Umno, walhal perkara yang sebenarnya adalah petugas Pas diarahkan memindahkan mangsa banjir ke dalam bilik darjah kerana dewan yang ditempatkan itu akan digunakan untuk majlis kenduri kahwin pada Sabtu ini.



Biasalah, bila dah takut umat Melayu akan bersatu, pihak pembangkang mula mencari isu-isu untuk diputar-belit bagi melaga-lagakan umat Melayu. 




Susulan isu terbabit tersebar di media sosial, Timbalan Umno Bahagian Kapar, Datuk Saroni Judi tampil menjelaskan mengenai keadaan sebenar sekaligus menafikan dakwaan yang dibuat media dan blogger pembangkang.



Saroni berkata, petugas Pas bukan dihalau sebaliknya diminta untuk mengosongkan dewan tersebut dan perkara demikian telah dimaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Dr Abdul Rani Osman.



"Pemilik majlis menempah dewan melalui pihak SMK Meru sejak beberapa bulan lalu. Jumaat kerja persiapan untuk perkahwinan akan dimulakan. Sudah pasti persiapan perkahwinan memerlukan masa untuk disiapkan.





"Oleh itu, pihak sekolah minta dewan ini dikosongkan dan Dr Rani bersetuju dengan cadangan ini. Hasil perbincangan, pihak sekolah mencadangkan semua 45 keluarga mangsa banjir dipindahkan ke 9 bilik darjah," kata Saroni.



Dengan penjelasan Saroni ini jelas menunjukkan bahawa media dan blogger pembangkang memutar-belitkan mengenai isu sebenar. Memang sudah menjadi zikir harian mereka untuk memutar-belit mengenai fakta sebenar.




Berikut merupakan catatan Saudara Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agong Majlis Belia Malaysia (MBM) di facebook beliau bagi menafikan dakwaan pembangkang.



 



16 Disember 2015.

Hadir ke Pusat Pemindahan Banjir SMK Meru, Kapar bersama team Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia - Myvoc Komuniti Pendidikan dan Komuniti Pengurusan Bencana Majlis Belia Malaysia.

Turut hadir dan menjayaka projek kali ini grup sukarelawan MBD Klang diketuai oleh Haiziee Pengerusi MBD Klang.

Program dijalankan

1. Pendidikan Kanak-kanak 
2. Projek Tirai.
3. Bantuan kepada OKU.

Sempat berkenalan dengan grup anak2 muda dan petugas AMAL MALAYSIA serta solat Asar di imam kan YB Dr Rani.


Istimewa hari ini, selepas Asar kehadiran Menteri Besar Selangor menziarahi pengungsi di sini berserta jentera nya.

Cuma dewan perlu dikosongkan kerana ada komitmen penggunaannya untuk majlis yang sudah awal ditempah. Dewan yang sudah teratur dengan khemah terpaksa dibuka dan dialihkan.

Pengungsi kena berpindah ke bilik darjah. Lalu MyVOC aplikasikan Projek Tirai.

Lewat Maghrib YB Datuk Seri Sahidan Kassim hadir mengejut membuat tinjauan. Ada banyak perkongsian sewaktu Meeting ringkas demi memperbaiki pengurusan sedia ada.

Dalam banyak2 tu dua perkara paling saya Respect dpd sikap beliau.

 

"Bila bencana , ia ruang utk kita bersama. Kaedah bersama adalah dengan Solat Berjemaah, Memasak dan makan bersama".

Kami pun solat berjemaah dengan diimamkan beliau.

Sepanjang mendampingi beliau menziarahi dan proses agihan sumbangan, watak 'hemoi' dan 'kampung' cukup sebati dalam diri beliau.

Mungkin sebab itu Hero Malaya dari Utara diraih nya.

Catatan dinihari sekembali dari PP SMK MERU.

Sunday 4 October 2015

#MyVOC – Sukarelawan 4×4 Daerah Bera Sedia Hadapi Gelombang Banjir



BERA- Banjir besar yang berlaku tahun lepas di Daerah ini telah menjadi satu pengajaran berguna buat penggiat 4×4 dalam kawasan Bera dimana pelbagai langkah dan persediaan telah disusun bagi menghadapi gelombang banjir yang tidak boleh dijangka tahun ini.

Sedar tentang bencana yang mungkin berulang, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan penggiat 4×4 Bera telah bersepakat menubuhkan skuad MyVOC 4×4 Bera bagi menghadapi bencana banjir dengan lebih tersusun dan teratur.

Melihat akan kegilaaan ramai anak muda menggunakan kenderaan Pacuan empat roda didalam Daerah ini, Majlis Belia Daerah tampil kehadapan dengan mengumpul kesemua pemilik kenderaan ini dalam Kursus Pemanduan Asas Kenderaan 4×4 di tapak perkhemahan Air Terjun Terapai.

mbm4x45

Program berkenaan telah dirasmikan oleh YB Norol Azali Sulaiman ADUN Guai merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang di Kompleks Rakan Muda Bera semalam.

mbm4x42

mbm4x411

Turut dirasmikan ialah lebih 60 Sukarelawan Myvoc 4X4 Bera dimana kemahiran mereka dalam penggunaan kenderaan 4×4 ini amat ditagih dalam menjayakan misi-misi tertentu termasuklah penghantaran bekalan makanan serta misi menyelamat ketika musim banjir.

“Kita kena belajar dari situasi banjir tahun lepas yang melanda daerah ini. Alhamdulillah program hari ini membuktikan kita sudah belajar dan akan lebih bersedia menghadapi banjir pada kali ini,”kata YB Norol Azali Sulaiman.

Selain kurus pemanduan asas, Sukarelawan Myvoc 4X4 Bera yang dipimpin saudara saudara Othman Man akan turut menjalani latihan pengunaan radio amatur dimana penggunaan alatan berkenaan amat penting ketika bencana khususnya Banjir.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video keadaan banjir tahun lepas di daerah Bera dan penyampaian sijil penghargaan kepada sukarelawan yang terlibat dengan bantuan kemanusiaan banjir tahun lepas.

mbm4x44

Turut hadir di majlis berkenaan Tuan Zaidi Abd Aziz, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia.

mbm4x41

mbm4x43

mbm4x46

mbm4x47

mbm4x48

mbm4x49

MBM_8757-620x330

mbm4x412

mbm4x413

Sukarelawan Belia MyVOC Bantu Kelancaran Perhimpunan Aman ‘Selamatkan Al-Aqsa’


Kuala Lumpur- ” Hari ini Majlis Belia Malaysia tampil untuk menyokong perjuangan 40 NGO dari seluruh Malaysia untuk mengutuk kekejaman Zionis dan Israel atas penindasan mereka terhadap Masjid Al-Aqsa,” ujar saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM).

“Kita melihat perhimpunan ini bukanlah bersifat politik tetapi lebih bersifat kemanusiaan. MBM atas dasar kemanusiaan telah menggerakkan ahli-ahli kita pada hari ini bukan saja untuk bersama-sama NGO yang berteraskan agama Islam tetapi NGO yang berasaskan kaum India dan Cina bagi menyuarakan ketegasan bantahan kita kepada Amerika,” kata beliau lagi.

mbmpalestine9

mbmpalestine10

mbmpalestine11

Sebagai Salah seorang daripada saf kepimpinan MBM, beliau turut dipertanggungjawabkan bersama-sama membawa sukarelawan Belia MyVOC untuk mengagihkan makanan dan minuman untuk peserta-peserta himpunan tadi.

Mereka ialah Sukarelawan Malaysian Youth Volunteer Community (MyVOC) yang hadir dengan cara tersendiri bagi menyatakan sokongan kepada himpunan aman itu. Mereka turut mengutip sampah-sarap dan membersihkan kawasan sekitar selepas orang ramai bersurai.

mbmpalestine7

Sukarelawan Belia MyVOC juga membantu mengedarkan kira – kira 1000 botol air mineral dan 500 bungkus roti sosej yang diagihkan kepada peserta himpunan terdiri dari mahasiswa, ahli-ahli NGO dan orang ramai.

Sukarelawan yang bersama-sama pada hari ini adalah dari Majlis Belia Orang Asli tampil membantu kerja-kerja sukarelaan dari segi mengedar makanan dan minuman serta memastikan tempat himpunan bebas daripada sampah sarap yang boleh menyebabkan berlaku gangguan kepada anggota masyarakat dan mengelakkan imej buruk kepada Negara.

mbmpalestine6

mbmpalestine5

mbmpalestine4

Merujuk kepada pelbagai parti politik dan NGO yang menyertai himpunan hari ini, saudara Rizan berpendapat semua bersatu dalam menyantuni isu Palestin dan lebih unik lagi, 40 NGO berteraskan anak muda di Malaysia tampil pada hari ini dengan sokongan yang jitu terhadap permasalahan Palestin.

Bagi MBM pula, apabila kita bercakap tentang kemanusiaan, ia mengatasi segala-galanya dari warna kulit, bangsa, agama dan fahaman politik,” sambung beliau lagi.

‘Perkara ini menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam menyuarakan kemarahan mereka dalam isu-isu yang bersangkutan hak asasi sejagat,”tambah saudara Rizan lagi.

Beliau turut menambah, MyVOC adalah sebuah pasukan kesukarelaan yang berteraskan kemahiran, kemanusiaan dan kepakaran. Jadi kehadiran MyVOC pada hari ini sebenarnya adalah lebih untuk menunjukkan contoh nilai-nilai murni rakyat Malaysia apabila mereka berhimpun.

mbmpalestine1

MyVOC menunjukkan contoh kepada kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa himpunan yang diadakan pada hari ini adalah aman dan kemarahan rakyat terhadap sesuatu isu dapat dizahirkan secara baik,” tambah beliau lagi.

MBM Guna Pendekatan “Cool and Catchy” Pikat Anak Muda Sertai Team sukarelawan Belia MyVOC



Hari ini saya berpeluang meluangkan masa bersama seramai 1,119 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, Kuala Lumpur sambil merasmikan Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan 2015. Turut hadir bersama ialah Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MBM.

Kesempatan yang terluang, beberapa perkara dapat saya kongsikan dengan para pelajar. Antaranya ialah kepentingan generasi muda di kalangan pelajar sekolah aktif dalam kegiatan kokurikulum samada melalui kegiatan berpersatuan, badan beruniform mahupun sukan.

Majlis Belia Malaysia (MBM) sentiasa membuka ruang dan peluang kepada golongan belia yang berumur 15-18 yang rata-ratanya di bangku sekolah menengah untuk menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.

Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk menyatakan bahawa MBM bersedia menawarkan penyertaan kepada para pelajar SMK Cochrane menjadi ahli Malaysian Youth Community Volunteer (MyVOC) yang diyakini mampu melahirkan golongan pelajar yang mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji. Pendekatan “cool and catchy” yang diamalkan oleh MBM dalam mendekati anak muda akan dilakukan tanpa meninggalkan nilai-nilai murni yang wajib ada dalam setiap gerakannya.- Rizan Hassan.

mbmcokraine6

mbmcokraine3

mbmcokraine4

mbmcokraine2

mbmcokraine7

Sentuhan MyVOC Ceriakan Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Kedah



POKOK SENA – Maahad Tarbiah Islamiah Derang menarik nafas lega apabila terpilih untuk progam menambah baik sistem pendawaian elektrik di premis-premis pusat pengajian Islam itu yang dikhuatiri kurang selamat untuk dihuni sebelum ini.

mahad pgetua Penolong Pendaftar Maahad, Ustaz Zul Azri Mohd Sani menzahirkan rasa syukur dengan khidmat sukarelawan yang terdiri dari anak-anak muda yang dibawa khas dari Pusat Giat Mara Pokok Sena yang melakukan sistem pendawaian semula telah dilakukan di dua blok asrama perempuan di maahad berkenaan.

“Alhamdulillah, syukurlah pada Allah SWT dengan khidmat sukarela yang diberikan. Kami amat berterima kasih atas bantuan yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Giat Mara dan semua pihak yang terlibat,” katanya kepada Kedahnews.com di sini, hari ini.

Katanya, bantuan sukarela yang dianjurkan MBM telah membuka mata kepada pihaknya tentang betapa pentingnya pendawaian elektrik yang membabitkan keselamatan dan ancaman yang terpaksa dihadapi sekiranya diabaikan.

Ustaz Zul Azri menjelaskan bahawa dua blok asrama pelajar perempuan yang terbabit dengan pendawaian semula itu adalah merupakan premis lama maahad yang sememangnya perlu penambahbaikan.

mbmmahad3

mbmmahad4

Mengulas mengenai sistem pendawaian di blok asrama tersebut, Zulkifli Ahmad yang merupakan tenaga pengajar yang memantau program pendawaian semula itu mengatakan bahawa sistem lama itu tidak selamat untuk digunakan dan perlu dilakukan semula dengan sistem pendawaian yang lebih sistematik.

“Selepas kami periksa, memang agak kurang selamat. Jadi kami buatkan yang baru dan lebih selamat untuk maahad ini,” katanya lagi.

mbmmahad2

Zulkifli menjelaskan bahawa pihaknya membawa 18 orang sukarelawan yang terdiri dari para pelajar dari Pusat Giat Mara Pokok Sena untuk melakukan pendawaian semula di maahad berkenaan dan beliau sendiri memantau aktiviti pemasangan tersebut.

“Bukan saja beri pengalaman yang praktikal pada pelajar, malah dengan program ini dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang rasa tanggungjawab melakukan kerja-kerja amal kepada masyarakat umum,” jelas beliau.

Menurut Presiden MBM Negeri Kedah, Mohd Aizad Roslan, pihaknya akan meneruskan program-program sukarelawan sedemikian di pondok-pondok dan sekolah agama rakyat yang dikenal pasti memerlukan pendawaian semula.

“InshaAllah kami akan usahakan untuk meneruskan program macam ni di pondok-pondok atau sekolah agama rakyat yang memerlukan pendawaian semula di Kedah,” katanya yang turut berterima kasih kepada KBS atas kerjasama baik yang dihulurkan.

MBM dan KBS menganjurkan Konvoi Sukarelawan Merdeka MYVOC Sehati Sejiwa dengan kerjasama MBM Negeri Kedah melakukan program pendawaian semula di Maahad Tarbiah Islamiah Derang di Pokok Sena sejak 28 September lalu dan dijangka berakhir 2 Oktober. -Kedahnews.com

mbmmahad6

mbmmahad7

mbmmahad5

Monday 28 September 2015

Jerebu : Team Sukarelawan Belia MyVOC Terus Edar Topeng Muka Kepada Murid Sekolah



Puchong, 18 September 2015 – Komuniti Sukarelawan Belia MyVOC, Majlis Belia Malaysia telah mengedarkan sebanyak 1000 keping topeng muka kepada guru-guru dan murid-murid di Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, Puchong pada pagi tadi.

Sebelum mengedarkan topeng muka, sedikit penerangan mengenai jerebu dan cara pemakaian topeng muka diterangkan oleh Encik Zaidi Aziz, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia. Turut hadir untuk mengedarkan topeng muka tersebut ialah Encik Ahmad Saparudin Yusop, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia.-belia.org.my

SRAMBM1

SRAMBM2

mbmsra0

SRAMBM3

SRAMBM4

SRAMBM5


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...