Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Friday 15 March 2013

Syiling 50 SEN Baru, Tanda KOMANDO Kita Dah Sampai Rumah KIRAM !!


Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat
Mau terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia..
 
 
hahahahahhaha
Teringat aku masa Komando kita letak setem Malaysia di Kompleks Pertahanan Udara Singapura
Di Bukit batok..
 

PKR Masih Cuba Politikan Isu Lahad Datu


Kenyataan bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara jelas membuktikan dirinya pengkhianat negara.

Sepatutnya selaku veteran bekas timbalan tentera yang sudah lama berkhidmat dan menabur bakti demi mempertahankan tanahair yang tercinta ini, Abdul Ghafir seharusnya berfikiran rasional dan matang memberi teguran dan nasihat membina.

Tindakan beliau menuding jari menyalahkan kerajaan sewenang-wenangnya secara tidak langsung memperlihatkan kedangkalan serta sifatnya bermotifkan dendam kepada kerajaan semata-mata.

Selepas menyertai PKR baru-baru ini, tindak tanduk serta kenyataan juga jelas mencerminkan watak peribadi Abdul Ghafir yang sebenar iaitu seorang yang rakus, tamakan kuasa serta pangkat, kemungkinan namanya tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR semalam, bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata kegagalan pasukan perisikan negara mengesan kemasukan penceroboh Selatan Filipina di Lahad Datu menyebabkan anggota keselamatan negara terkorban.

Menurutnya, insiden pencerobohan di Sabah dapat dikekang lebih awal sekiranya pasukan itu memberi tumpuan kepada keselamatan negara berbanding isu tempatan.

Beliau yang kini ahli PKR mendakwa Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) lebih memberi tumpuan kepada isu politik tempatan berbanding mendapatkan maklumat mengenai ancaman luar.

"Saya ingin menegaskan disebabkan kegagalan ini, kebertanggungjawaban itu tidak boleh diambilkira, kalau kita semua rasa kalau ini yang perlu dijelaskan, mereka perlu jelaskan," katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Abdul Ghafir selain itu mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara.

"Kita tidak sepatutnya...arahan politik diberikan, sepatutnya ada arahan yang jelas datang daripada operasi, politik tidak boleh masuk campur dalam urusan keselamatan negara," katanya yang merujuk kepada Amerika Syarikat yang tegas dalam soal keselamatan dan ketenteraan.

Difahamkan, Kerajaan melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu setelah beberapa anggota keselamatan negera terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Tanduo.

Setakat ini seramai 57 orang penceroboh bersenjata Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram berjaya dibunuh manakala 9 anggota keselamatan terkorban.

Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menuntut hak sebahagian daripada Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengingatkan agar pemimpin pembangkang tidak membuat andaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh tentera dan polis terhadap kumpulan penceroboh tersebut.

Najib menyelar pihak tertentu terutama pemimpin pembangkang yang mendakwa tindakan mempertahankan kedaulatan negara dari peceroboh bersenjata Sulu sebagai 'sandiwara UMNO'.

Polis beri amaran individu hina, persenda pasukan keselamatan negara dikenakan tindakan undang-undang

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran terhadap individu atau pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Khalid menegaskan arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua memperlekehkan pasukan keselamatan negara yang sedang bertarung nyawa untuk hapus penceroboh bersenjata Sulu.

"Ini satu perbuatan yang amat keji. Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.

Jelasnya, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.

Susulan itu, Khalid memberitahu polis sudah membuka dua kertas siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya.

TERKINI Sah!! P.I. Bala Mati Dalam Perjalanan Ke Hospital Sungai Buloh


Berita yang baru lagi diterima, menyatakan, penyiasat persendirian kontroversi P.Balasubramaniam yang lebih dikenali sebagai P.I. Bala telah mati akibat serangan jantung dan mayatnya sedang dibawa menuju ke Hospital Sungai Buloh. Menurut sumber lagi, beliau mati semasa berada di wad hospital swasta SJMC.

PI Bala, 53 sebelum ini, menyatakan dan percaya percaya beliau boleh mati akibat serangan jantung pada bila-bila masa selepas meninggalkan India untuk pulang ke kampung halaman, justeru terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dan pelbagai program pertemuan dengan orang ramai.

 Lebih dikenali sebagai PI Bala, kepercayaannya kuat untuk menyakini bahawa “pihak di atas” dan semangat wanita Mongolia yang terbunuh Altantuya Shaariibuu masih memerlukan dia dan perjuangannya.

“Tiap tahun, pada 19 Oktober, saya bersembahyang untuk dia (Altantuya). Saya harap suatu hari keadilan akan ditegakkan, Altantuya TAK IZIN saya mati dulu“, PI Bala ketika ditemuramah sebuah portal akhbar.

Hayat PAS Kelantan Kini Di Hujung Tanduk


Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang dianjurkan oleh NGO PERKASA yang di adakan baru-baru ini sememangnya menyebabkan ramai pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu jadi hilang pedoman tak keruan jadinya.

Dianggarkan 15,000 orang rakyat negeri ini dari sekitar Pasir Mas, Kota Bharu dan beberapa Parlimen berdekatan berpusu-pusu membanjiri kawasan perhimpunan, mengakibatkan timbul kegeruhan dalam hati pemimpin PAS Kelantan.

Mereka langsung tak menjangkakan ribuan rakyat Kelantan termasuk dari kalangan penyokong PAS sendiri sanggup hadir meramaikan majlis tersebut yang pada awalnya diramalkan oleh pimpinan PAS Kelantan hanya akan dihadiri kurang dari 1,000 orang.

Kempen propaganda PAS Kelantan beberapa hari sebelum itu yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selaku tetamu di majlis tersebut tidak akan dapat menarik perhatian ramai, nyata gagal sama sekali. Lain yang mereka harapkan, lain pula yang terjadi.

Panas terik mentari langsung tidak dihiraukan orang ramai, jelas sekali semakin ramai rakyat Kelantan sudah nekad dan bertekad untuk beralih arah dan bertukar cita rasa selepas hampir 23 tahun memberi peluang kepada PAS memerintah negeri.

Baru-baru ini pula, sekitar 10,000 orang rakyat Kelantan beramai-ramai memenuhi jalan-jalan sekitar Bangunan UMNO Negeri dalam protes mereka terhadap Kerajaan PAS Kelantan berhubung pemilikan tanah-tanah berpuluh ribu ekar yang kini dikuasai bukan Bumiputera termasuk pemimpin DAP.

Beberapa hari selepas itu, hampir 15,000 orang anak rantau Kelantan sekitar kuala Lumpur, Shah Alam, Negeri Sembilan dan Melaka hadir memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil memeriahkan Himpunan Perdana Anak Kelantan Di Perantauan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Suasana sebegini meriah hanya lebih kurang 3 tahun kebelakangan ini sahaja terasa, terutama selepas PAS menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti 65 undi semasa PRK DUN Manek Urai 2009 yang sebelumnya dimenangi dengan majoriti 1,352 undi pada PRU 2008.



Selepas PRK Manek Urai diikuti PRK DUN Galas yang kemudiannya ditawan kembali oleh BN dari PAS, gelombang kebangkitan semakin kuat dan sejak itu apa sahaja majlis anjuran UMNO di negeri Cik Siti Wan Kembang ini pastinya mendapat sambutan berbanding majlis anjuran PAS.

Faktor pemecatan Dr Hasan Ali dan pengguguran Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura juga sedikit sebanyak mendorong kesedaran ramai rakyat Kelantan khususnya dari kalangan penyokong PAS veteran dan orang muda tidak berparti untuk turut sama menjayakan Gelombang Merah Kelantan Berubah yang dipelopori UMNO tika ini.

PRU 13 yang mendatang ini bakal meletakkan PAS semakin terperosok jauh ke hujung tanduk, malah berdasarkan kaji selidik terkini juga mengesahkan hampir pasti PAS akan cedera teruk tertusuk tanduk, jika tidak pun jatuh berkecai menemui ajalnya.

Dengan UMNO semakin mengukuhkan kedudukannya di 25 DUN manakala PAS hanya bergantung harap pada 17 kerusi DUN sebagai kubu terakhirnya, sementara baki 3 DUN lagi semakin condong kepada UMNO, tidak syak lagi PRU 13 adalah PRU terakhir untuk PAS sebagai Kerajaan Kelantan. Insya-Allah.

Tian Chua Perlu Didakwa Segera Sebelum Sabah Menerima Nasib Seperti Timor Leste


Akhbar hari ini melaporkan bahawa Tian Chua sudah pun didakwa di mahkamah kerana menghina polis dan tentera dengan menuduh bahawa insiden Lahad Datu hanyalah sandiwara UMNO. Tian Chua benar-benar biadap dan tidak berperikemanusiaan kerana enggan meminta maaf walaupun sedia maklum bahawa tuduhan dan penghinaannya mengguris hati keluarga wira-wira yang terkorban.

Lebih buruk lagi, apabila penyokong-penyokong Tian Chua dan parti pembangkang, amnya, turut menghina anggota keselamatan termasuk yang terkorban di dalam laman-laman sosial. Justeru, majoriti rakyat Malaysia mengutuk sikap Tian Chua dan merasa hairan kerana tiada seorang pun dari pemimpin PR, termasuk dari PAS yang menempelak Tian Chua seolah-olah bersetuju dengannya.

Mungkin ramai yang melihat Tian Chua ini sebagai seorang ahli politik biasa, cuma terlebih lantang atau celupar, atau terlebih berani ataupun bodoh dari yang lain-lainnya. Namun, jika kita meneliti latarbelakang Tian Chua, kita wajar mengambil serius terhadap ‘ancaman’ yang mungkin dibawanya.

Rakyat Malaysia tidak boleh terus menerus melihat politik dari sudut sempit di dalam negara sendiri. Masanya sudah lama tiba untuk kita memahami percaturan politik dunia serta tidak lagi tersalah langkah dengan memandang rendah atau mengambil mudah atau menafikan terus wujudnya percubaan untuk menakluk dunia oleh kaum Yahudi, sepertimana yang diingatkan oleh Allah SWT di dalam AlQuran.

Oleh itu, usaha tidak jemu-jemu sesetengah pihak untuk menjemput campurtangan asing dalam urusan negara, termasuk dalam urusan mahkamah, tidak harus dipandang ringan. Apabila dikatakan ‘campurtangan asing’ maka ia secara automatik merujuk kepada kuasa besar yang didalangi Yahudi. Sebagai negara Islam, dan sebagai umat Islam, tentulah amat mencurigakan jika kita meminta musuh Islam untuk campurtangan dalam urusan negara kita sedangkan AlQuran telah pun mengingatkan bahawa musuh-musuh kita itu tidak mungkin ikhlas dan tidak akan berhenti sehingga kita menuruti mereka. Apakah kita sudah tidak lagi percaya pada AlQuran?

Di Malaysia, pihak mana lagi yang sering menjemput campurtangan asing jika bukan pakatan pembangkang? Walaubagaimanapun, Pakatan pembangkang tentu saja tidak mahu dilihat berhubungan dengan Yahudi secara langsung. Oleh yang demikian, mereka memerlukan rangkaian atau badan lain untuk menjadi perantara dan untuk dijadikan penyamaran dalam usaha mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.

SUARAM dan BERSIH adalah antara organisasi yang telah terbukti menjadi rangkaian pembangkang dan telah pun mengaku menerima dana asing dari rangkaian George Soros untuk menjalankan operasi mereka. Sudah menjadi rahsia umum bahawa rangkaian Soroslah yang menaja pertukaran rejim di beberapa negara di dunia.

Dan di sinilah nama Tian Chua menjadi satu nama yang penting.

Tian Chua adalah antara pemimpin PKR yang turut berada dalam kepimpinan tertinggi SUARAM. Hari ini, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sudah pun mendedahkan di dalam sebuah program yang mana telah pun dimuatnaik ke Youtube, tentang bagaimana SUARAM menyalurkan USD2 juta kepada pengganas Sulu untuk menceroboh Malaysia. Kita tunggu SUARAM menyaman JMM jika pendedahan ini tidak benar.

Umum sedia maklum bahawa Tian Chua telah beberapa kali berkunjung ke Filipina dalam masa sebulan dua sebelum pencerobohan ke atas Sabah berlaku. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Tian Chua, sedangkan ramai lagi pemimpin PKR di dalam SUARAM?

Tian Chua mempunyai pengalaman dalam misi seperti ini kerana beliau bernah bekerja di bawah Ramos Horta di Timor Timur yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika dan Australia.

Pada 9 November 1996, Tian Chua menggunakan platform SUARAM untuk menganjurkan Asia Pacific Conference on East Timur II (APCET II) di Kuala Lumpur, sebagai lanjutan dari APCET I yang diadakan di Manila pada Mei 1994. Program ini adalah bertujuan untuk membincangkan pemisahan Wilayah Timor Timur dari negara Indonesia. Cadangan pemisahan ini membawa kepada keganasan dan pertumpahan darah apabila pemimpin etnik Timor Timur, Gusmao melancarkan serangan bersenjata. Pertempuran antara pemberontak Gusmao dengan ABRI dan kerajaan Indonesia berlangsung untuk beberapa lama.

Sejarah kemudiannya merekodkan Ramos Horta berjaya memisahkan Timor Leste dari Indonesia pada tahun 2002, dan menjadi Presiden di negara Kristian tersebut.

Jelaslah bahawa Tian Chua telah mempunyai rekod ‘cemerlang’ dalam membantu memisahkan sebuah wilayah dari negara asalnya. Dan Tian Chua nampaknya sedang berusaha untuk melakukan yang sama dengan Sabah.

Perlu difahamkan bahawa tujuan sebenar Tian Chua, SUARAM, Anwar mahupun dalang mereka, iaitu puak zionis Yahudi bukanlah sangat untuk memisahkan Sabah, tetapi untuk menghuru-harakan dan melemahkan sebuah negara Islam yang makmur dan maju.

“Menyebarkan agama Kristian” juga bukanlah motifnya, tetapi agama adalah sekadar ‘alat’ atau ‘penyamaran’ untuk mengaburi mata dunia. Lagipun, menggunakan agama sebagai alasan untuk berperang atau apa saja, adalah lebih mudah kerana manusia cenderung menjadi ekstrem, taksub ataupun keliru apabila berhadapan dengan isu agama. Kecenderungan itu akan digunakan oleh pihak mereka untuk mencetuskan ketegangan dan juga pertumpahan darah.

Hakikatnya, yang menjadi motif utama semestinyalah aset, sumber asli, potensi dan lokasi strategik negara ini kerana kesemua ini adalah asas penting untuk membina struktur bagi menakluk dunia. Negara ini punya sumber asli yang banyak, selain berpotensi besar untuk terus berkembang maju kerana lokasinya, selain sifat penduduknya. Sejak beratus tahun dahulu, negara ini sering menjadi rebutan penjajah atas alasan yang sama.

Rasanya, kita semua boleh berfikir bahawa tidak mustahil semua yang berlaku ini turut berkaitan dengan tindakan kerajaan menolak permintaan Amerika untuk membina pengkalan tentera di Lumut dan tidak mustahil juga ia berkaitan dengan kesungguhan Malaysia membantu Palestine.

Kesimpulannya, Tian Chua adalah pengkhianat negara dan dakwaan menghina atau menghasut adalah terlalu ringan dan tidak menepati kesalahannya. Sewajarnya, Tian Chua didakwa kerana mengkhianati negara, sebagai pembelot atau petualang yang tidak harus diberi peluang kedua lagi.

Operasi ‘Sabah Nak Hilang’, Antara Pendekatan Anwar Cetus Huru-Hara



Ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini dilihat semakin terdesak, semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi perdana menteri tercapai apabila sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja tindakan sehingga menyemai sentimen kebencian malah menghasut penyokong pakatan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Ketika menghadiri satu siri ceramah mereka di Seremban baru-baru ini, penulis terkejut dan tidak sama sekali menyangka bahawa Anwar telah menyalahtafsirkan buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang bertajuk ‘Kebangkitan Rakyat’ sebagai rujukan menghalalkan penentangan rakyat terhadap kerajaan.

Ucapan pemimpin ‘anugerah tuhan’ (gelaran yang dikurniakan oleh isteri tercinta) itu seolah-olah mempunyai “agenda tersembunyi” dengan cuba “mengekploitasikan” karya tersebut. Rakyat diajak untuk menerima tafsiran jijik yang dibuat Anwar bahawa kebangkitan rakyat menetang kerajaan adalah merupakan satu perkara yang dibenarkan Islam.

Hujah yang disandarkan kepada ulama Islam tersohor itu telah dilacurkan oleh Anwar bagi untuk menyakinkan rakyat, kononnya tindakan mereka bukanlah perkara yang keji malah merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam. Sedangkan di masa yang sama Anwar gagal menerangkan secara keseluruhan pandangan ulama tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan rakyat, jenis pemerintahan yang bagaimana perlu ditolak, dalil apa yang perlu diguna pakai dan sebagainya?

Walhal secara rational dan warasnya senario di ‘arab spring’ amat berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan negara ini. Setiap perbandingan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara adil dan menyeluruh ‘apple-to-apple comparison’. Apakah dikira adil sekiranya kita membandingkan antara kancil dengan gajah? Malah di dalam Islam sendiri mentafsirkan pengertian adil itu membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Di dalam disiplin pengajian ilmu sebagai contoh, kita dituntut agar memahami sesuatu perkara itu secara keseluruhan dan bukan hanya mencedok setengah dan meninggalkan yang lain. Malah pepatah Inggeris juga ada menyebut ‘don’t judge a book by its cover’ yang membawa maksud penilaian sesuatu buku hendaklah dibuat secara menyeluruh dan memahami apa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.

Dalam ucapan tersebut, Anwar dilihat sudah berkira-kira bahawa mereka akan tewas dan mustahil untuk mengekalkan momentum seperti yang diperolehi di dalam PRU12. Tambahan pula masih banyak lagi perkara yang terkandung di dalam ‘manifesto bukan janji’ yang dibentangkan pada 2008 lalu, gagal dilaksanakan sehingga kini.

Maka dengan semua insiden yang berlaku di dalam negara seperti nyanyian ‘Sabah Nak Hilang’, perjumpaan dengan Nur Misuari, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, kenyataan-kenyataan bersifat provokasi dan sebagainya adalah antara faktor penting yang perlu diberi perhatian serius.

Malah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad turut menggesa pelbagai pihak agar memandang serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang berhasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir sekiranya gagal dalam percubaan untuk menjadi Perdana Menteri.

Memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang turut mendedahkan, perancangan jahat pembangkang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian seterusnya meletakkan kesalahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijadikan sebagai korban kambing hitam

Menurut Timbalan Perdana Menteri, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Jelas Muhyiddin, pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata kerana beliau sendiri telah melihat beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Anwar dan parti pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak.

Bodohnya, ‘Manila Standard Today’ Samakan Najib Dengan Slovodan Milosevic?



Atty. Harry Roque Jr, seorang wartawan dari Manila Standard Today, mendesak Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan konflik bersenjata di Sulu dengan segera atau beliau akan dilihat sebagai setaraf dengan penyembelih orang Islam di Bosnia, iaitu Slobodan Milosevic atau pembunuh rakyat sendiri dengan senjata kimia, iaitu Saddam Hussein.

Wartawan tersebut juga secara biadapnya menuduh Malaysia tidak mengendahkan hak asasi manusia dalam melindungi hak untuk hidup bagi rakyat Filipina di Sabah serta hak untuk dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman mati. Seterusnya, beliau mengugut supaya Malaysia berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah di bawah Akta Antarabangsa.

Tulisan Roque ini adalah berdasarkan dakwaan kononnya berlaku serbuan dan pembunuhan rakyat Filipina secara kejam dan tidak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu.

Harry Roque nampaknya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai Datuk Seri Najib, Slobodan Milosevic mahupun Saddam Hussein kerana ketiga-tiga mereka ternyata berbeza dari segi karektor, latarbelakang mahupun sejarah negara masing-masing.

Roque juga nampaknya tidak segan silu memberi pandangan malah ‘mengugut’ Perdana Menteri Malaysia hanya dengan berdasarkan laporan media lain yang turut memetik ‘cerita’ dari mereka yang mendakwa sebagai mangsa tanpa terlebih dahulu menyelidik kesahihannya.

Slobodan Milosevic telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai manusia kejam yang melakukan pembersihan etnik ke atas umat Islam di Bosnia. Beliau telah pun didakwa dan dihukum sebagai penjenayah perang sebelum ditemui meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2006 kerana serangan jantung.

Milosevic lahir dalam era perang dunia keII. Ibubapanya telah bercerai sejurus selepas perang berakhir. Bapanya, seorang padri Serbia Ortodoks telah membunuh diri pada tahun 1962 dan ibunya juga menurut jejak langkah yang sama sepuluh tahun kemudian.

Latarbelakang yang penuh dengan keganasan secara semulajadinya telah menjadikan Milosevic seorang yang kejam.

Saddam Hussein pula telah dituduh sebagai bertanggungjawab membunuh sehingga 100,000 puak pemberontak Kurdish dengan menggunakan senjata kimia. Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas sehingga ke akhir hayatnya, seperti juga tuduhan beliau membina senjata pemusnah (WMD). Ramai yang berpendapat bahawa tuduhan tersebut hanyalah rekaan Amerika. Saddam ditangkap dan digantung pada tahun 2006.

Saddam juga mempunyai latarbelakang yang menyedihkan di mana bapanya meninggalkan keluarganya ketika Saddam masih di dalam kandungan ibunya. Ketika berusia 13 tahun, Saddam kehilangan abangnya akibat kanser. Saddam yang masih bayi kemudian dipelihara oleh ibu saudaranya sehingga berusia 3 tahun iaitu sehingga ibunya berkahwin semula. Dari situ, Saddam mendapat tiga abang tiri dan bapa tiri yang tidak melayannya dengan baik. Semasa berumur 10 tahun, Saddam tidak sanggup lagi tinggal bersama keluarganya dan melarikan diri ke Baghdad untuk tinggal dengan bapa saudaranya.

Jelas, apa yang berlaku kepada Saddam sewaktu kecil, telah membentuk jiwa yang keras dan kental malah mungkin juga kejam.

Milosevic dan Saddam, kedua-duanya menepati ciri-ciri manusia yang berpotensi menjadi kejam kerana mempunyai latarbelakang yang tidak normal. Manusia yang waras tidak mungkin akan secara semulajadi mempunyai jiwa yang keras atau kejam jika mendapat pendidikan yang baik dan dibesarkan dalam keluarga yang normal.

Dan kerana itulah Datuk Seri Najib cukup terkenal sebagai seorang yang berjiwa lembut.

Untuk pengetahuan Roque, Datuk Seri Najib lahir dalam golongan bangsawan, di dalam sebuah keluarga bahagia di mana bapanya Tun Abdul Razak ketika itu merupakan Pegawai tinggi kerajaan.

Datuk Seri Najib kemudiannya dibesarkan sebagai anak Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun, beliau tidak pernah mempunyai masalah kekurangan perhatian atau tidak cukup kasih sayang seperti Milosevic mahupun Saddam kerana ibu Datuk Seri Najib adalah surirumah sepenuh masa, serta ibu yang penyayang. Tun Abdul Razak juga tidak pernah mengabaikan keluarga dan sering mencuri masa untuk mendampingi anak-anaknya serta memantau pembelajaran mereka. Tun Razak tidak memanjakan anaknya dengan kemewahan malah menolak permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di rumah supaya kehidupan mereka tidak terlalu berbeza dengan orang kebanyakan. Datuk Seri Najib dididik dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sesuai dengan darah bangsawannya dan kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana, Datuk Seri Najib tidak pernah terdedah kepada keganasan sewaktu kecil, maka beliau mempunyai jiwa yang lembut dan prihatin. Ini terbukti apabila ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab menanganai tragedi Sauk, beliau telah memilih untuk berunding dan memujuk dengan pemberontak sehinggalah mereka menyerah diri. Pertumpahan darah tidak pernah menjadi pilihan utamanya.

Beliau juga merupakan watak penting dalam kebanyakan misi keamanan yang disertai Malaysia, termasuk di Bosnia di mana Milosevic merupakan penjenayahnya. Beliau juga turut bertanggungjawab membawa perdamaian di selatan Filipina dan baru-baru ini turut berikrar untuk membantu membawa perdamaian di Palestine.

Jelas, jiwa dan personaliti Datuk Seri Najib adalah berorientasikan ‘keamanan’ yang mana amat berbeza dengan Saddam dan Milosevic yang merupakan pengganas.

Justeru, apa yang dibayangkan oleh Roque mengenai Datuk Seri Najib sebagai manusia kejam amatlah menggelikan hati. Datuk Seri Najib tidak mungkin mampu walaupun untuk menampar mereka-mereka yang giat memfitnahnya saban hari. Malah, beliau jarang sekali membalas kutukan mereka, kecuali jika sudah terlalu amat keterlaluan, maka beliau akan memberikan penjealasan sebagai serangan balas kepada kutukan tersebut.

Tentera dan polis Malaysia juga turut membawa semangat keamanan dan keprihatinan yang sama dengan pemimpin kita, Datuk Seri Najib. Dunia telah menyaksikan bagaimana pasukan keselamatan dan pertahanan Malaysia adalah antara yang paling aktif menyertai misi-misi keamanan di mana saja. Malah, dalam insiden Lahad Datu juga, kelembutan hati pihak Malaysia cukup terserlah dan terbukti apabila kita memberi ruang yang terlebih dari cukup untuk berunding dan menyerah diri.

Satu-satunya pihak yang ganas dalam insiden Lahad Datu ialah pihak Sulu. Mengorek mata, menyembelih dan memotong tangan anggota keselamatan Malaysia adalah sesuatu yang teramat asing bagi tentera dan polis Malaysia kerana ‘kekejaman yang keterlaluan’ bukanlah satu sifat yang biasa dimiliki oleh rakyat negara ini, biarpun mereka merupakan penjenayah. Selain itu, tentera dan polis Malaysia, majoritinya berbangsa Melayu dan bangsa Melayu itu telah tercatat dalam sejarah sebagai bangsa lemah lembut iaitu sifat yang membolehkan negara ini kekal aman walaupun penduduk asal terpaksa berkongsi kekayaan dengan bangsa lain, termasuk pendatang asing.

Jika orang Melayu begitu ganas, kenapa orang Filipina terhegeh-hegeh sanggup bergadai nyawa ke sini? Kenapa selama ini mereka selamat, hidup aman, tenang dan tidak pernah diganggu? Kenapa hanya hari ini baru kedengaran cerita berkenaan ‘kekejaman’ pihak keselamatan Malaysia terhadap mereka? Kenapa tidak sejak dahulu lagi?

Mungkin Roque perlu membuat sedikit kajian sebelum menulis kerana nampaknya beliau masih belum layak untuk mengulas apa-apa mengenai isu dunia.

Thursday 14 March 2013

Nurul Izzah Keliru Fungsi Polis



 KUALA LUMPUR 13 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar disindir kerana tidak dapat membezakan antara Pasukan Polis Hutan (PPH) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Merujuk sedutan rakaman ceramah berkenaan di YouTube, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu seolah-olah keliru apabila bercakap tentang PPH dan PGA serta kaitannya dengan insiden pencerobohan pengganas dari Sulu di Sabah.

''Masalahnya ialah masalah struktur. Semua polis itu ramai, kebanyakan besar dihantar jadi polis hutan, 'General Operations Force' (PGA) untuk lawan komunis dulu.

''You do not need 'General Operations Force' now (anda tidak perlukan PGA sekarang),'' kata Nurul Izzah seperti dipetik daripada rakaman YouTube di http://www.youtube.com/watch?v>7RQ9gceBljE.

Bagaimanapun blog Suara Generasi Baru di http://www.suaragenerasibaru.com dalam entri semalam mengkritik kegagalan Nurul Izzah menjelaskan secara tepat latar belakang dan fungsi pasukan keselamatan tersebut dalam ceramahnya di Lucky Garden, Bangsar pada 16 Februari lalu.

Menurut penulis blog itu, Nurul Izzah yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin atasan negara tidak mempunyai pengetahuan tentang pasukan keselamatan.

''Kita hanya mampu menggelengkan kepala menyaksikan kebodohan dan keceluparan Nurul Izzah dalam video tersebut apabila mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai 'Polis Hutan'.

''Kata Nurul Izzah, 'Polis Hutan' tugasnya melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana tidak relevan sama sekali,'' ujarnya.

Penulis blog itu menjelaskan, PPH yang disebut Nurul Izzah tidak wujud lagi selepas ancaman komunis berakhir pada 1989 dan pasukan tersebut dikenali sebagai PGA sejak 1997.

Beliau memberitahu, fungsi pasukan tersebut yang pada asalnya menentang pengganas komunis juga telah dirombak kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, antipengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat serta pencegahan jenayah.

''Jadi apa yang berlaku di Sabah menepati semua fungsi PGA dan bagi Nurul Izzah untuk menyatakan penghantaran pasukan ini ke sana sebagai salah atau tidak relevan, hanya menunjukkan Nurul Izzah bercakap kosong dan langsung tidak punya apa-apa pengetahuan yang melayakkan beliau untuk mengulas mengenai isu Sabah,'' katanya.

Penulis blog Suara Generasi Baru turut mempertikaikan kenyataan Nurul Izzah yang memperlekehkan Cawangan Khas yang dikatakannya berfungsi untuk mencari 'budak hilang' selain mahu cawangan itu dimansuhkan dan anggota-anggotanya dijadikan pegawai penyiasat.

Tambah beliau, Nurul Izzah perlu tahu fungsi Cawangan Khas ialah untuk mengumpulkan risikan berkaitan ancaman dari dalam dan luar negara serta sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara.

''Dalam krisis di Sabah, Cawangan Khas amat diperlukan bagi pengumpulan maklumat dan kerja-kerja perisikan yang halus dan sulit,'' katanya.

Sumber : Nurul Izzah keliru fungsi polis

Edisi Nak Muntah!!! Jacel Kiram Bukak Akaun Twitter Dengan Gelaran Puteri


Edisi Nak Muntah!!! Jacel Kiram Bukak Akaun Twitter Dengan Gelaran Puteri

Boleh tak sesiapa bagi pinjam baldi kejap…

Anak perempuan Jamalul Kiram III baru sahaja membuka akaun Twitter (@jacelkiram), nama yang digunakan…Princess Jacel Kiram!

Abah kau princess!

Bapak dia sah-sah la bukan Sultan Sulu tetapi Ketua Pengganas…dia ni dari hari pertama duk mengaku diri dia Puteri. Betul-betul hidup dalam dunai fantasi.

Sampai bukak akaun Twitter pun nak letak Princess.

Dia tahu tak kalau tak silap ada 9 orang yang mengaku diri diaorang Sultan Sulu.

Kerajaan Filipina pun dah tak iktiraf sesiapa sultan.

Ni minah mangkuk ayun mana kat Manila ni tetiba duk promote diri sebagai Puteri ni?

Sesiapa yang ada akaun Twitter….connect la ke @jacelkiram dan bagi dia sedar…bahawa dia adalah anak kepada seorang tua gila duit dan kuasa yang juga seorang pembunuh!

Ada darah di tangan keturunan dia…puteri konon…podahhhh!

**Tak tahulah kalau ini bukan Jacel sebenar, tapi tengok cara jawab memang macam dia.

Sumber : Mynewshub.my

EKSKLUSIF : Klip Video Tali Barut Bersama Komander Musa



Sebelum ini kami menyiarkan dua keping gambar memperlihatkan Jeneral Musa, orang nombor dua pengganas di Lahad Datu bersama seorang tali barut wagra tempatan.

Berikut adalah klip memperlihatkan secara lengkap pertemuan lelaki itu dengan Musa.

Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.

Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.

BONGKAR !! Wikileaks: Lagi Bukti Anwar Dalang Keganasan Sulu



Satu komunikasi dari Embassy USA di Manilla ke State Department di Wahington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileak.

Dalam komunikasi tersebut adalah mengenai perkembangan terbaru mengenai Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkan ia bertanding untuk kerusi Gabenor Sulu.

Wikileak ini mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar Ibrahim dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkan dia kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada tahun 2002.

Dia juga masih menaruh harapan untuk ambil kembali Sabah termauk perancangan untuk menakluki secara military.

Baca sepenuhnya petikan dari komunikasi sepenuh SINI yang mana tersebut rancangan menyerang Sabah dan hubungan kembali dengan Awnar:
———————
Dreaming of Sabah…?
———————
¶6. (C) MNLF Attorney Ombra Jainal described Misuari as a
MANILA 00001534 002 OF 002
strong advocate for the recovery of Sabah from Malaysia and
as still bitter toward Malaysia for arresting and turning him
over to Philippine authorities in January 2002. Misuari once
commented to MG Dolorfino that when the timing was right,
“the MNLF could invade Sabah at 5 a.m. and control it by 7
a.m.” Misuari has also reportedly claimed that he personally
was a legitimate claimant to Sabah by virtue of his “royal
blood,” and has blamed “Malaysia’s agents” for stirring up
trouble in Sulu.

¶7. (C) Self-proclaimed Sulu Sultan Fuad Kiram granted
Misuari the hereditary rank of “Datu” (Royal Prince) of the
Sultanate of Sulu and North Borneo (Sabah) at Misuari’s
detention house on March 14. Kiram attended the March 18
MNLF Freedom Day Anniversary Celebration at Malik’s then-camp
in Bitanag as guest of honor, where Malik called him the only
“true and legitimate” Sultan of Sulu and Sabah, according to
Kiram’s chief advisor, Omar Kiram.

¶8. (C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only
concerned about Misuari’s intentions toward Sabah, where
Misuari apparently still has hundreds of followers, but also
about his recent contacts with Malaysian opposition figure
Anwar Ibrahim, described as an “old friend” of Misuari’s.
Over the past several months, Malaysian officials have held
at least three meetings with Misuari and/or Misuari’s wives,
according to Jainal and Dolorfino. During an April 10
meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister
Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in
Malaysia’s domestic politics, Dolorfino said. According to
Jainal, Misuari promised Badawi’s representative that he had
no intention of getting involved in Malaysia’s internal
affairs.

¶9. (C) Dolorfino opined that Malaysia would likely seek
stronger assurances that Misuari would not pursue the Sabah
claim. He added that Malaysia had promised to facilitate an
eventual power sharing agreement between the MNLF and Moro
Islamic Liberation Front (MILF) after the GRP-MILF Peace
Panels reached an ancestral domain agreement.

Berikut adalah petikan pendedahan laman web Wikileaks yang didapati dari kabel Kedutaan Amerika (http://wikileaks.org/static/html/faq.html)

http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html

Ternyata, hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan ‘diplomatik’, kerana Anwar telah digambarkan sebagai ‘kawan lama’ oleh Misuari. Malah, pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.

Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan ‘orang-orang’ yang kontroversi, termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam. Sebelum ini, pembunuh Umat Islam, iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai ‘sahabat baik’. Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri, demi persahabatan yang ikhlas.

Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara. Selain itu, secara logiknya, tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita, sebagai Ketua Negara ini.

Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar ‘mengganggu’ pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.

Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.

Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai ‘Arab Spring’ dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan. Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.

Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Anwar turut beberapa kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya, malah dalam kes mahkamahnya. Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah; iaitu, negara pasti akan hilang kedaulatannya.

Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu, kita tidak lagi dapat menolak hakikat bahawa insiden keganasan di Sabah adalah bertitik tolak dari pertemuan-pertemuan sulit Anwar dengan Misuari.

Walaupun kita tahu Anwar amat bencikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita, kita tidak dapat membayangkan bagaimana Anwar sanggup meletakkan nyawa rakyat Sabah di dalam bahaya demi mencapai cita-citanya. Apatah lagi jika mengambilkira bahawa ada di antara rakyat di Sabah itu yang merupakan penyokongnya sendiri.

Namun, apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya, mahupun keselamatan mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.

Justeru, kenapa kita harus hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden Sulu? Bukankah Arab Spring yang diidamkan Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan penyokongnya?

Maka, sudah sampai masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan, apakah jenis pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri?

BONGKAR !! Bekas Pengasas PKR Dakwa, Penceroboh Sulu Dibiayai oleh SUARAM


Kegagalan pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai pemimpin ‘anugerah tuhan’ oleh isteri kesayangan suatu ketika dahulu untuk menjawab semua dakwaan berhubung insiden berdarah di Sabah semakin menimbulkan tanda tanya. Malah media Filipina, The Enquirer sebelum ini juga dilaporkan telah menghubungi Anwar bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan tersebut, namun ditolak atas alasan terikat dengan jadual program yang padat.

Walaupun Anwar mengatakan, berjanji akan menghubungi semula wakil media tersebut bagi memberikan kenyataan, namun sehingga ke hari ini dia masih lagi ‘bersandiwara’ untuk mengelak dari memberikan sebarang maklumbalas. Sedangkan, mengikut logik akal, jika benar Anwar tidak bersalah dan ingin membersihkan namanya, perlawaan The Enquirer itu boleh digunakan untuk menolak dakwaan sebelum ini.

Terbaru mantan salah seorang pengasas parti PKR, Ng Lum Yong mendedahkan mengenai satu email yang diterima dari salah seorang kenalannya di Manila. Menurut Lum Yong, kandungan email tersebut antara lainnya mengatakan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah telah dibiayai oleh SUARAM, salah satu NGO yang berdaftar di Malaysia.


Lum Yong mendakwa, rakannya itu turut mendedahkan sebanyak USD 2 juta telah disalurkan oleh SUARAM kepada kumpulan tersebut untuk membuat rancangan dan anasir jahat di Lahad Datu.

“… semua benda telah dirancang, saya terima satu email dari Manila (yang mengatakan) insiden di Lahad Datu dibiayai oleh sebuah NGO tempatan (sebanyak) 2 juta USD. Dan NGO yang dimaksudkan ialah SUARAM” dedah beliau ketika menyampaikan ceramah di Dataran Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Sekiranya dilihat dari fakta sebelum ini, dakwaan Lum Yong ini ada asasnya. Ia berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap Suaram berhubungdakwaan menerima dana asing sebanyak USD 100 juta sejak dari 2007 dari Yayasan Open Society Institute bagi menganjurkan protes jalanan.
 


Selain dari itu, NGO tersebut sebelum ini turut didakwa memberi rasuah kepada penjawat awam bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan. Mereka juga sebelum ini sering mendakwa tidak mempunyai sebarang agenda dan kepentingan politik, namun umum mengetahui Naib Presiden PKR, Tian Chua pernah menjadi Pengarah Suaram pada tahun 2003.

Hasil siasatan yang dilakukan juga, membuktikan yayasan tersebut dimiliki oleh penyangak matawang dunia George Soros yang pernah suatu ketika pernah hampir menjahanamkan ekonomi Malaysia.

Lebih memeranjatkan, Tian Chua juga sebelum ini pernah mengaturkan pertemuan antara George Soros dengan Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong.

Malah sekiranya dilihat dari kelengkapan peralatan dan senjata yang dirampas dari kumpulan penceroboh, ia bukanlah satu kumpulan yang dikatakan hanya ingin menuntut hak untuk tinggal di Sabah. Tetapi ia adalah merupakan satu kumpulan yang telah dibentuk sejak sekian lama untuk satu objektif iaitu mencetuskan hura-hara di dalam negara ini.

Anwar sebelum ini, pernah cuba menunjukkan sikap ‘kejantanannya’ dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Utusan dan TV3 atas dakwaan fitnah jenayah. Oleh yang demikian, bagi membuktikan bahawa Anwar benar-benar seorang ‘jantan’ ada baiknya untuk dia agar turut mengambil tindakan undang-undang terhap Ng Lum Yong.

GEMPAR !! Pakatan Rakyat Gelar Bekas Komando Pondan


Sehingga kini sudah 9 orang anggota keselamatan kita telah terkorban sementara 56 orang lagi pengganas Sulu telah di bunuh, tapi hingga saat ini juga pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR), Tian Chua yang menganggap peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah hanyalah sandiwara dan konspirasi UMNO masih lagi belum memohon maaf di atas keterlanjurannya.

Berikutan kenyataan biadap itu, orang ramai termasuk para pesara pasukan keselamatan terdiri daripada bekas tentera, komando dan polis telah bangkit menyuarakan bantahan di merata-rata tempat seluruh negara, tapi nampaknya seperti tiada maklum balas sewajarnya dari PR.

Sebaliknya para pemimpin PR dan penyokong mereka kelihatannya masih cuba menegakkan benang basah dan cuba mempertahankan pandangan Naib Presiden PKR itu apabila masing-masing terus bermain dengan teori konspirasi mengikut imaginasi sendiri.

Jelas sekali, tindakan mereka seperti mengiakan persepsi ramai bahawa rata-rata pemimpin dan penyokong PR sememangnya tidak patriotik akibat terlalu taksub berpolitik.

Dalam perkembangan terbaru, sebuah laman portal pro PR yang diketahui cukup menyanjung tinggi dan akrab hubungannya dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim iaitu suarapakatanrakyat.com gah mendakwa Tian Chua langsung tidak terjejas dengan bantahan dan protes yang disertai oleh bekas anggota komando dan polis baru-baru ini.

Malah portal itu juga tanpa berselindung menyifatkan bekas anggota komando dan polis yang terlibat dalam bantahan terhadap Tian Chua itu sebagai pondan dan pengecut. Ia nyata satu penghinaan yang amat kurang ajar dan amat jauh dari membantu meredakan keadaan.



Kalau pun benar portal pro PR itu berbangga dengan slogannya, “kritis, berani dan telus” sepatutnya kecaman sebegini tidak wajar disiarkan apatah lagi bekas anggota komando dan polis yang dihina itu amat besar jasa mereka sepanjang khidmat mereka kepada negara.

Waima sekalipun rata-rata pesara pasukan keselamatan ini sudah tua namun semangat kental mereka tetap muda, hatta kalau diminta bertugas untuk berkhidmat di medan bakti, masing-masing pastinya sanggup melakukannya demi agama, bangsa dan tanahair.

Perkara sedemikian tentunya mustahil sanggup dilakukan oleh Tian Chua atau admin portal suarapakatanrakyat.com, justeru itu daripada bertindak mempersendakan bekas pesara tentera serta polis, bukankah lebih baik jika kita menghargai semangat dan jasa mereka?

Tak mustahil selepas ini lebih banyak bantahan akan berlaku, apatah lagi PR ternyata belum mengambil iktibar dan pengajaran berikutan kecaman dan protes berterusan dari orang ramai tika ini. Di lihat pada senario ini, gayanya seperti PR sedang menggali kubur sendiri.

Jika ini yang berlaku dalam PRU 13 kelak, usah dipersalahkan para pengundi atau pun orang lain, sendiri bermulut cabul maka bahananya perlulah ditanggung sendiri. Bukan begitu?

Wednesday 13 March 2013

Terkini, 13,03,13 Kenderaan PM Dilihat Baru Sahaja Keluar Dari Istana Negara.?

Terkini, 13,03,13 kenderaan PM dilihat baru sahaja keluar dari Istana Negara.?

Apa-apapun perkembangan, jangan lupa:

1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 UNDI UNTUK KEAMANAN DAN KESELAMATAN NEGARA.



EKSKLUSIF : Wajah Jeneral dan Pengganas Yang Ditemui Dari Handphone Mereka Yang Terbunuh


Eksklusif.... Memang eklsusif. Gambar- gambar ini ditemui di dalam hanphone pengganas yang terbunuh di Kg Tandauo. Ia termasuk wajah Jeneral Hj Musa.
 
KAMI baru memperoleh dua keping gambar yang dipercayai wajah sebenar pemimpin kanan pengganas militan Sulu, ‘Jeneral’ Musa dan sekeping gambar salah seorang tali barut yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Untuk pengetahuan anda, pasukan keselamatan telah mengeluarkan 23 mayat pengganas setakat ini di kawasan Kampung Tanjung Batu, salah sebuah kampung yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan pengganas dan pasukan keselamatan.

Satu daripada 23 mayat itu telah disahkan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebagai ‘Jeneral’ Musa yang mati dalam pertempuran di kampung berkenaan.
 
talibarut.."mandur" nama panggilannya...
Sekeping gambar lagi yang kami peroleh adalah wajah salah seorang tali barut yang dikatakan pernah bekerja membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.
 
Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu ‘Jeneral’ Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.
 
Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.
 
Hari kelapan Operasi Daulat semalam menyaksikan dua orang lagi anggota tentera terkorban, seorang dalam pertempuran dan seorang lagi terbunuh apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.
 
PS : sebarkan foto anjing kiram III ini..tuiiiHHH !! datang cari makan d Felda Sahabat..akhirnya kita d gigitnya !! HAIWAN sungguh !!
 
Beliau d kenali sebagai "mandur"..foto d atas adalah satu majlis 'penyerahan beret' atau penyerahan tugas khas dan ikrar taat setia pada Kiram III yang d berikan kepada talibarut yang selama ini bekerja d ladang sawit Felda Sahabat..menurut sumber.
 
Foto ini d rakam oleh anggota beliau sendiri dan ianya ketika hari pertama mereka mendarat !!!!!
 

Tuesday 12 March 2013

BANGSAT!!! Cikgu Gelar Pejuang Kita Sebagai Hanjing!!! @muhyiddin Tolong Ambil Tindakan!!!


MEMANG BANGSAT!!!!!!!

Tak Sedar dek untung dengan keamanan dan keselamatan negara yang dinikmati selama ini. Dah tu makan gaji pula dengan kerajaan. Patutlah semakin ramai anak murid yang rosak akhlak dan membenci anggota keselamatan kita!!!

Mohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlepas pandang isu macam ni!!!

Jangan jadikan generasi baru kami rosak disebabkan cikgu sebegini.
Gua Tunggu Kenyataan Rasmi KPM dan TPM!!!!!!!!





 
DIHARAP GURU INI MENDAPAT PENGAJARAN SEBAIKNYA..!! GURU2 YG LAIN JANGAN IKUT JEJAK MAMAT NIH.. NANTI TAK PASAL2 KENA POSTING KE LAHAD DATU..

Dendam Nurul Izzah Pada Cawangan Khas Polis


Nampaknya, semakin ramai yang menjauhi Pakatan Rakyat apabila tersebarnya video Nurul Izzah memperlekeh pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu tatkala mereka menggadai nyawa mempertahankan negara.



Kenyataan tersebut dibuat oleh Nurul Izzah dalam satu ceramahnya di Lucky Garden Bangsar pada 16 Februari 2013, di mana krisis Sulu berada di puncak.

Entah dendam, entah memang bodoh si Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim ini bila bercakap mengenai pasukan-pasukan keselamatan negara. Jelas kelihatan bahawa wanita yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin atasan negara ini, rupanya langsung tidak punya pengetahuan mengenai pasukan keselamatan negara.

Pertama sekali, dalam memperkatakan mengenai keselamatan negara, seorang yang bergelar pemimpin tidak boleh sama sekali memandang rendah terhadap musuh, kerana ia akan mendedahkan pasukan sendiri kepada risiko kekalahan, sekali gus membuktikan yang pemimpin itu langsung tidak menghargai nyawa pasukan keselamatan kita sendiri.

Keduanya, seorang yang bergelar pemimpin dan bermimpi untuk menerajui negara wajib membuat kerja rumah mengenai keselamatan dan pertahanan negara.

Ketiganya, sesiapa sahaja, tidak semestinya seorang pemimpin atau yang bercita-cita menjadi pemimpin, wajib mempunyai pengetahuan mengenai apa yang ingin diperkatakannya, terutamanya di pentas ceramah.

Kegagalan menepati semua syarat ini telah menyebabkan Nurul Izzah kelihatan amat bodoh serta tidak punya hati perut dalam memperkatakan tentang nyawa pasukan keselamatan.

Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala menyaksikan kebodohan dan keceluparan Nurul Izzah dalam video tersebut di mana beliau mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai ‘Polis Hutan’.

Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali!!?? Malah, Nurul Izzah juga menyindir Barisan Nasional kerana tidak membenarkan pengganas komunis tersohor, iaitu Chin Peng, pulang ke Malaysia.

Selain ‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah. Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’!!?? Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat!!??

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am.

Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.

Oleh itu, pada tahun 1989, pasukan tersebut telah dirombak fungsinya daripada menentang pengganas komunis kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah.

Sejajar dengan rombakannya, namanya turut ditukar kepada Pasukan Gerakan Am (PGA).
Justeru, apa yang berlaku di Sabah adalah menepati kesemua fungsi PGA, dan bagi Nurul Izzah untuk menyatakan penghantaran pasukan ini ke sana sebagai salah atau tidak relevan, menunjukkan yang Nurul Izzah bercakap kosong dan langsung tidak punya apa-apa pengetahuan yang melayakkan beliau untuk mengulas mengenai isu Sabah.

Kenyataan Nurul Izzah mengenai Cawangan Khas pula boleh ditafsirkan sebagai langsung merepek atau merapu dan tidak boleh dipakai. Apa Nurul Izzah sangka hanya CIA sahajakah unit perisikan yang wujud di dunia ini? Mentang-mentanglah bapanya ‘ngam’ dengan CIA.

Tidakkah Nurul Izzah tahu bahawa Cawangan Khaslah yang berjaya membongkar selera seks songsang bapanya, mendapat bukti rakaman suara serta menjejaki langkah bapanya ke pertemuan dengan agen-agen Zionis di seluruh pelusuk dunia? Mungkin benar Nurul tidak tahu, kerana cerita begini tidak mungkin diceritakan oleh bapanya sebagai ‘bedtime story’ atau ‘dinner talk’ dalam keluarga mereka.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Cawangan Khas bukanlah berfungsi untuk mencari ‘budak hilang’ kerana itu merupakan fungsi Bahagian Siasatan Jenayah dan Orang Hilang. Fungsi Cawangan Khas adalah untuk mengumpul risikan berkaitan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara, – seperti bapa Nurul Izzah dan Nurul Izzah sendiri.

Unit ini juga bertanggungjawab memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan.

Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.
Jelas, dalam Krisis di Sabah, Unit ini amat diperlukan bagi pengumpulan maklumat dan kerja-kerja perisikan yang halus dan sulit. Justeru, jika mereka ini ‘ditukar’ untuk menjadi ‘Penyiasat’ seperti saranan Nurul Izzah, ke mana pula nak dipindahkan pegawai-pegawai penyiasat yang sedia ada di Jabatan-jabatan polis seluruh negara?

Atau, mungkinkah Nurul Izzah sebenarnya gentar dengan penghantaran unit ini ke Sabah kerana takut bukti-bukti pendalangan bapanya terbongkar dengan lebih luas lagi? Jika tidak, kenapakah Nurul Izzah inginkan Unit yang sudah terkenal dengan kehebatan risikannya dan kecekapannya ini dimansuhkan saja?

Setakat ini, kita tahu yang Nurul Izzah mahu polis dikurangkan, dan Cawangan Khas dimansuhkan, tetapi kita tidak tahu apakah yang Nurul Izzah atau Pakatan Rakyat akan lakukan dalam krisis Sabah, sekiranya mereka yang menjadi kerajaan. Setakat mengutuk tindakan kerajaan dan pasukan keselamatan memang mudah, tetapi kata orang, orang yang bijak tidak akan mengutuk jika dia sendiri tidak berupaya membentangkan cadangan penyelesaian yang baik.

Namun, telah terbukti kini yang Nurul Izzah adalah jauh dari bijak, jadi apalah yang diharapkan darinya. Kita lihat sendiri bagaiamana cadangan yang diberi Nurul Izzah bukanlah penyelesaian, tetapi bala bencana yang besar kepada negara.

Apapun, kita tahu Nurul Izzah amat berdendam dengan pihak polis kerana berjaya menangkap bapanya dan mendedahkan keburukan dan kejahatan keluarganya.

Tetapi, kalau ya pun dendam, janganlah ditunjuk bodohnya pada orang. Apatah lagi dengan Nurul Izzah merupakan nama wajib dalam kabinet PR sekiranya parti itu memenangi pilihanraya kali ini.

Tak mungkin rakyat sanggup mempunyai Menteri yang bodoh macam Nurul Izzah. Mana mungkin Menteri yang tak tahu apa-apa tentang keselamatan dan pertahanan negara mampu memastikan negara ini selamat dan sejahtera?

Kerajaan PKR Selangor Di Ambang Bahaya !!!


Di sebalik tumpuan umum sedang memfokuskan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh pengganas Sulu, rupa-rupanya di masa yang sama rakyat di negeri Selangor masih tidak lekang dari mulut membicarakan skandal penyelewengan pasir di negeri mereka.

Di mana-mana sahaja tempat tumpuan ramai, rata-rata rakyat Selangor kerap merungut mengenai harga rumah yang melambung tinggi yang dipercayai salah satu puncanya berkait rapat dengan peningkatan harga pasir selain faktor asas harga tanah untuk projek perumahan yang dijual mengikut harga pasaran.

Isu ini kelihatan remeh bagi kebanyakan pemimpin PKR Selangor tanpa mereka sedari ia sebenarnya sedang menggoncang kedudukan PR di negeri ini.



Mereka mula membanding-bandingkan situasi dulu dan sekarang, kerana sedar banyak yang tidak kena dengan pemerintahan PKR di Selangor tika ini. Di zaman pemerintahan BN dulu, harga pasir untuk satu lori 30 tan hanya sekitar RM300.00 tetapi selepas PKR mengambil alih negeri ini harganya meningkat antara RM800.00 hingga RM1,200 untuk sebuah lori 30 tan, hampir tiga empat kali ganda berbanding sebelumnya.

Dari satu segi, peningkatan harga pasir ini memberi keuntungan dari segi kutipan royalti yang masuk ke kantung Kerajaan Negeri, namun di masa yang sama kesannya kenaikan harga pasir itu terpaksa ditanggung oleh pemaju yang kemudiannya memberi kesan langsung kenaikan harga rumah yang membebankan rakyat.

Begitu juga berkenaan harga tanah, kebiasaannya harga sekaki persegi untuk projek pembangunan yang melibatkan kepentingan orang ramai, Kerajaan Negeri pimpinan BN menetapkan harga jualan RM1.00 untuk sekaki persegi, tujuannya untuk memastikan pemaju perumahan dapat menyediakan rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan.



Malangnya semenjak PKR menguasai negeri ini, harga tanah milik kerajaan negeri di jual kepada pemaju perumahan dengan mengikut harga pasaran semasa yang berlipat kali ganda tingginya menyebabkan kesan samping di mana harga rumah mencanak naik dan sukar dimiliki oleh golongan pendapatan rendah dan sederhana.

Sejak hampir 5 tahun lalu memang agak sukar untuk rakyat negeri ini melihat projek perumahan baru yang nilai jualan setiap rumah yang siap di bina adalah sekitar RM30,000 hingga RM150,000, kalau ada pun kebanyakan projek perumahan rendah dan mampu milik itu disediakan oleh Kerajaan Pusat.

Dalam pada itu, tatkala kutipan royalti pasir meningkat berbanding zaman BN, sedar tak sedar pengeluaran tan metrik setahun hasil perlombongan pasir juga jauh berkali ganda lebih besar berbanding zaman BN.

Peliknya di sebalik peningkatan pengeluaran hasil bumi Selangor itu, sehingga sekarang Kerajaan PKR Selangor masih gagal mencapai sasaran kutipan royalti RM150 juta setiap tahun. Kenapa perkara ini berlaku dan ke mana hilangnya kutipan baki royalti itu? Jawapan kepada persoalan ini banyak berkait rapat dengan amalan monopoli dan penyelewengan yang dilakukan oleh syarikat anak Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) serta kontraktor lantikannya.

Malah peletakan jawatan oleh Pengarah Eksekutif KSSB, Ramli Abdul Majed hampir tiga tahun lalu sepatutnya sudah disedari oleh rakyat Selangor betapa kegiatan penyelewengan dan kes curi pasir serta penipuan kutipan wang royalti sedang berleluasa berlaku semenjak wujudnya KKSB.

Isu ini sudah acap kali diluahkan oleh pemimpin PKR sendiri iaitu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam namun gagal mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kerana sekumpulan penyangak yang terlibat merupakan kroni-kroni yang rapat dengan pimpinan PR Selangor.



Semua ini tidak akan berlaku sekiranya MB Selangor bijak menilai kemampuan dirinya dalam mengurus tadbir negeri dan tidak menganggap bumi Selangor ini seumpama syarikat korporat hak milik sendiri dan kroni.

Sepintas lalu isu harga pasir dan penyelewengan yang berlaku mungkin kelihatan remeh bagi pimpinan PR di negeri ini, namun bila mana ia memberi kesan langsung menyebabkan harga rumah meningkat secara mendadak, ramai rakyat yang semakin menggelodak amarahnya.

Masing-masing rakyat Selangor hanya menunggu masa untuk melakukan perubahan sebelum lebih banyak bebanan terpaksa di galas bahu sendiri gara-gara kelemahan Kerajaan PKR Selangor. Senario ini jika berterusan pastinya akan makin menggoncang kedudukan PKR di negeri ini.

Monday 11 March 2013

Meraikan 5 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat



Pejam celik, pejam celik, sudah lima tahun rupanya Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ini bermakna selama 5 tahun, rakyat diberikan peluang meneliti dan menilai kepimpinan PR dan membandingkannya dengan BN.

5 tahun rakyat dipertontonkan dengan sikap pemimpin PR selepas menjadi wakil rakyat berbanding sebelumnya. 5 tahun juga rakyat berpeluang melihat keadaan sekeliling mereka dan membandingkan dengan sebelumnya, dari segi pembangunan, persekitaran, kebajikan termasuk dari segi spiritual yang kononnya begitu penting bagi PR, atau lebih spesifik, PAS.

Pada waktu itu, kita menjangkakan robohnya kilang arak yang menjadi tonggak penentangan PAS terhadap UMNO.

Manakala surirumah pula menjangkakan elaun khas untuk menghargai khidmat dan jasa mereka, begitu juga golongan ibu tunggal dan warga emas. Ibubapa dengan anak kecil pula menjangkakan bantuan tunai bagi bayaran TASKA dan berbagai-bagai golongan lagi menjangkakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sepertimana yang tertulis dalam Manifesto PR yang diumumkan 5 tahun lalu.

Pendek kata, rakyat Selangor menjangkakan sebuah negeri yang hebat lagi ‘Islamik’ berdasarkan Manifesto serta Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan pada 2009 oleh kerajaan PR Selangor, dengan tarikan pelaburan berjumlah RM50 billion yang mampu mencipta 150,000 peluang pekerjaan.

Namun, tidak mungkin sesiapa dapat menafikan bahawa sekali pandang, tampak tiada banyak perbezaan di Selangor antara pemerintahan BN dan PR, selain pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan dan tanpa kawalan sejak 5 tahun lalu.

Lebih dari itu, kilang arak masih di situ dan golongan yang dijanjikan tunai juga langsung tidak menerima apa-apa.

Jika ada pun yang diterima mereka hanyalah BR1M, wang bantuan persekolahan RM100, PR1MA dan bermacam-macam lagi yang mana diberikan oleh kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional dan bukannya kerajaan PR Selangor.

Pakej Rangsangan Ekonomi untuk menarik RM50 billion pelaburan yang dicanangkan, ternyata hanya satu lagi cakap kosong. Pakej tersebut kononnya merangkumi 6 projek utama iaitu Projek Pemulihan Sg. Klang, Pemulihan Projek Terbengkalai, Pembaharuan Bandar, Meningkatkan Hasil Padi, Meningkatkan Pengangkutan Awam dan Pengstukturan Perkhidmatan Air Selangor.

Namun, setelah 5 tahun berlalu, 120km Sg. Klang masih tiada peningkatan dan apa yang dikatakan pembaharuan bandar pula hanya menyaksikan pemaju semakin rakus mengaut untung sehingga mengakibatkan rakyat tempatan merasa terancam dan terpinggir.

Yang selebihnya tidak perlulah dibincangkan lagi kerana kita semua sedia maklum yang tiadanya peningkatan apa-apa, selain dari peningkatan masalah air di sekitar Selangor.

Sebaliknya, RM50 billion pelaburan yang dijangka masuk ke Selangor, bukannya bertitik tolak dari projek yang disenaraikan oleh kerajaan PR Selangor tetapi daripada kerajaan persekutuan juga, iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Antaranya, RM7.4 bilion bagi pembinaan tiga hingga empat lebuhraya, dan projek My Rapid Transit (MRT) serta sambungan LRT. Bakinya adalah dari pelaburan langsung asing yang diterajui oleh MIDA atau kerajaan pusat.

Justeru, apakah yang akan diraikan oleh PR selama 5 tahun pemerintahan mereka? Kejayaan menambah rumah urut dan pusat maksiat? Kejayaan memurtadkan umat Islam? Kejayaan mengorek pasir secara besar-besaran? Atau kejayaan melanjutkan dan merumitkan masalah bekalan air?
Atau kegagalan menyelenggara sistem saliran agar selari dengan pembangunan yang pesat sehingga menyebabkan banjir di tempat-tempat yang tidak pernah banjir sebelum ini?

Hakikatnya, 5 tahun di bawah PR sudah cukup untuk membuktikan bahawa parti tersebut tidak pernah berniat menepati janji, tidak tahu apa yang mereka katakan, dan tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat sebaliknya hanya mementingkan golongan peniaga dan keuntungan.

Selama 5 tahun juga, rakyat kini mampu membaca bahawa di dalam parti PR, yang memerintah tetap DAP, walaupun Menteri Besarnya dari PKR.

Azlan Akui Saiful Diliwat


Tidak mampu menepis isu pencerobohan pengganas Sulu, pihak Pakatan Rakyat pastinya mengharapkan kenyataan ‘U-Turn’ bapa Saiful Bukhari, iaitu Azlan Mohd Lazim, akan dapat menyelamatkan sedikit kredibiliti Anwar yang sudah hancur lebur.

Kenyataan melalui sidang media itu berbunyi, “Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya,” Dengan itu, beliau ingin memohon maaf dari Anwar secara terbuka dan juga secara bersemuka.

Menurut Azlan, tuduhan liwat terhadap Anwar oleh anaknya, adalah konspirasi politik. Beliau juga secara langsung menuduh pemimpin negara dengan menyatakan, “Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang oleh pegawai khas pemimpin kanan negara”.

Beliau juga menyatakan yang beliau turut terlibat dalam fitnah tersebut dengan ‘membaca skrip’ yang disediakan atas alasan ‘sayang kepada anak’. Bagaimanapun, Azlan tidak pula menafikan secara nyata yang Saiful telah diliwat Anwar.


Menurut Azlan, ‘U-Turn’ ini dibuat kerana merasa tidak tenang setelah ‘MENGUMPUL MAKLUMAT’ dan MAKLUMAN dari orang ramai tetapi mengaku bahawa beliau tidak pernah berbincang dengan pihak pemerintah. Kata Azlan, semuanya dirancang oleh dan melalui seorang pegawai khas.

Jika benar, segala kenyataan Azlan ini, kita tertanya-tanya, entah apa yang difikirkan oleh Azlan ketika beliau ‘membaca skrip’ untuk ‘memfitnah Anwar’ dan entah apa yang dirasainya ketika duduk bersila di sebelah Saiful yang melafazkan sumpah mubahalah di dalam masjid.



Perlu diingatkan bahawa Saiful telah bersumpah laknat di mana jika beliau telah tidak berkata benar maka sumpah tersebut akan memakan dirinya selama 7 keturunan. Lebih dahsyat lagi, Saiful juga telah bersumpah di hadapan Kaabah di Tanah Suci Mekah.

Maka dengan itu, kita tidak terkejut apabila Saiful langsung tidak berganjak dan pantas menangkis kenyataan bapanya seperti yang tersebar luas di laman sosial dan media alternatif sekarang,

‘bapak diperguna.sy tetap istiqamah.Tdk sesekali berganjak.Tgh fikir tindakan balas, selanjutnya, sy tak mahu melatah.Salam buat rakan2 lain..’ – Saiful Bukhari

Bapa Saiful yang diketahui umum adalah penyokong Anwar tegar sebelum ini. Beliau mengenali Anwar secara peribadi dan turut berada bersama Anwar di Masjid Negara ketika Reformasi.

Mendapat berita yang anaknya bekerja dengan Anwar Ibrahim merupakan satu kebanggaan buatnya.
Malah, pada awalnya, beliau juga sukar menerima cerita Saiful diliwat Anwar tetapi akur dengan tangisan anaknya serta rangkaian kejadian dan bukti berkaitan.

Beliau merupakan antara yang paling kecewa apabila anaknya kalah dalam perbicaraan dan beberapa kali membuat kenyataan untuk terus membela anaknya. Beliau membidas siapa saja, termasuk Majlis Peguam yang cuba menghalang pihaknya membuat rayuan. Akhirnya, atas usahanya jugalah, kes tersebut kini berada di tangan Mahkamah Rayuan.

Tetapi, tidak semena-mena, tatkala Anwar Ibrahim sudah tidak mampu menepis dan mengelak isu Sulu, Azlan tiba-tiba membuat U-Turn dan menyatakan yang Saiful tidak pernah menceritakan segala-galanya secara terperinci tetapi hanya mendengarnya melalui media.

Bolehkah dipercayai bahawa selama beliau ke hulu ke hilir keluar masuk rumah, masjid, pejabat peguam, mahkamah dan Mekah bersama anaknya, kedua beranak ini tidak pernah bercerita secara terperinci tentang apa yang terjadi?

U-Turn jenis apakah ini? Bagaimana Azlan boleh menuduh pemerintah berkonspirasi jika beliau tidak pernah dipanggil atau bertemu dengan pemerintah secara langsung? Apakah kredibiliti kenyataannya jika ia hanya berdasarkan maklumat yang dikumpul sendiri dan makluman orang ramai?

Apakah sidang media Azlan lebih berkredibiliti dari sumpah laknat di Mekah ataupun bukti di mahkamah?

" Sebenarnya, tidak sukar bagi rakyat untuk menilai isu ini, kecuali bagi mereka-mereka yang telah buta kerana memuja Anwar Ibrahim. "


Anwar tidak boleh mengalih perhatian kita dari isu Sulu, biar berapapun yang dilaburkannya untuk sesiapa saja membuat U-Turn mengenai apa jua isu yang berkaitan dirinya.

Isu Sulu adalah isu nyawa rakyat dan kedaulatan negara. Isu Azlan adalah isu maruah anak dan keluarganya. Mungkin Azlan tidak punya maruah dan boleh dibeli dengan harga tertentu, tetapi beliau bertuah kerana mempunyai anak yang soleh kerana sanggup mempertahankan maruah dan kebenaran yang dilafazkannya di hadapan kaabah atas nama Allah SWT, walaupun terpaksa menentang bapa sendiri.

GP :  Jika dilihat, Anwar mmg bijak.. Cuci nama dia je penting, tp jubur saiful dibiarkan tak bercuci..

BUKTI !! Kekejaman Anwar


Pencerobohan oleh pengganas Sulu yang berlaku di Sabah khususnya di Lahad Datu sememangnya mengejutkan ramai pihak, tapi peliknya disebalik apa yang berlaku, ia seperti tidak mengejutkan langsung bagi Anwar Ibrahim.

Sekelumit cemuhan atau kemarahan ke atas pengganas Sulu langsung tak kedengaran dari mulut Ketua Umum PKR itu, malah dalam blog peribadinya juga hanya kata-kata kritikan dan pertikaian ke atas kepimpinan negara saja yang ada.

Balik-balik Anwar hanya mengulangi pertikaiannya terhadap pemimpin negara yang hala tujunya jelas untuk menimbulkan kesangsian ramai terhadap pucuk pimpinan negara, seperti tanpa sedar memperlihatkan tangannya sedang memainkan wayang kulit dari sebalik tabir.

Malah Anwar juga seperti sudah mengetahui akan berlaku sesuatu yang tidak diingini di Sabah bila mana kerap menyanyikan lagu “Sabah Nak Hilang” dalam video kompilasi boleh ditonton di beberapa channel Youtube.

Beberapa ceramah yang dihadirinya sejak beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku hinggalah tarikh 14 Februari 2013 dalam video itu, jelas kedengaran Anwar mengajak pendengar ceramahnya menyanyikan lagu itu bersamanya.

Anwar seperti yang kita ketahui sememangnya pernah membincangkan perihal autonomi Sabah malah pernah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari membincangkan isu tersebut termasuklah mengenai tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri itu.
Dan ia terbukti benar sebagaimana disahkan oleh beberapa media Filipina dan Reuters, yang hingga kini tiada penafian jelas dari Anwar sendiri.

Selain itu, sekutu utama Anwar di Sabah iaitu, Jeffrey Kitingan juga pernah bertemu dengan waris individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III dan lama sebelum ini Jeffrey pernah di tahan atas dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Biasanya orang yang sedang kegembiraan atau terlalu kemaruk sakan, menjadi kelazimannya bercakap merapu atau menyanyi sesatu lagu yang mempunyai maksud tersirat sesuai dengan nalurinya.

Sedang rakyat Sabah menanti penuh debaran bila isu ini akan berakhir, Anwar pula seperti bergembira meraikannya sambil berdondang sayang di atas pentas ceramah melagukan nyanyian seperti sengaja memperlekehkan rakyat Sabah dan pengorbanan anggota keselamatan.

Jika nyanyian itu satu kebetulan, maknanya Anwar sengaja buat tidak endah dan langsung tidak bersimpati dengan ketakutan yang dialami rakyat Sabah kerana pencerobohan yang berlaku sejak 9 Februari 2013 mustahil tidak sampai ke pengetahuan Anwar.




 

Sunday 10 March 2013

Niat Busuk Pembangkang Terhadap Islam Didedahkan !!!


“Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU 13,”
Jefrei Nordin, ( Bekas Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor)

Baru – baru ini kita dikejutkan dengan pengakuan daripada saudara Jefrei Nordin yang merupakan bekas Pegawai Khas kepada Y.B Ronnie Liu tentang hasrat pembangkang khususnya DAP ingin meletakkan tokoh melayu liberal sebagai calon mereka di Selangor dan tidak mustahil juga di perak pada pilihanraya akan datang.

Apa yang perlu kita ketahui ialah, aliran pemikiran liberal adalah sesat dan menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Perkara ini diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke – 74 pada 25 hingga 27 julai 2006 selepas mendapati penyelewengan berkenaan aspek akidah dan syariah.

Aspek Akidah

Antara ciri pihak yang mendukung fahaman ini ialah mereka berpegang kepada konsep pluralisme. Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pihak pluralisme agama ini berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality).

Mereka juga mengakui bahawa semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

Ini adalah amat menyimpang dengan hakikat kerana hanya agama Islam sahaja yang diterima sebagai sebuah cara hidup yang sempurna dan tidak memerlukan ideologi atau sistem lain dari luar sistem Islam, kerana ideologi Islam itu telah sempurna sebagai sebuah cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT seperti FirmanNya:

“Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam”
(Ali-Imran 3 : 18).

Dalam ayat lain Allah berfirman:

“ Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.”
( Āli-Imran 3 : 85).

Antara ciri lain golongan ini ialah mereka mengatakan bahawa akal manusia adalah wahyu. Aliran ini juga turut membahagikan wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis.

Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Manakala wahyu tidak bertulis pula adalah akal manusia, dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, dan kesesuaian mengikut keadaan semasa.

Adalah dangkal untuk mengatakan bahawa akal manusia yang mempunyai seribu satu kelemahan sebagai salah satu sumber wahyu.

Golongan sesat ini juga turut meragui ketulenan Al-Quran. Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka juga menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.

Hakikatnya, kita sebagai umat manusia diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah untuk selalu berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah, kerana kedua pegangan tersebut tidak akan membuat kita sesat selama-lamanya.

Apabila kita tidak berpegang pada kedua pegangan tersebut kita akan sesat selama-lamanya. sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan keduanya: Kitabullah dan Sunnahku. Dan keduanya tidak akan terpisahkan hingga keduanya mendatangiku di Al-Haudh (telaga)”.
 
Aspek Syariah
 
Selain daripada Gerakan Pemikiran Liberal didapati mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dari aspek akidah, mereka juga didapati menyeleweng dari aspek syariah.
 
Aliran pemikiran sesat ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

Aliran pemikiran ini juga berpegang kepada ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, ianya sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat. Tafsiran – tafsiran lama dikatakan tidak lagi sesuai dengan zaman moden kini.

Golongan aliran pemikiran ini juga secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value).

Justeru itu, bagi mereka sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah bagi mereka, mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.


Apa motif Ketua Pembangkang, Anwar ibrahim duduk bersama Musdah Mulia (kanan), tokoh Islam Liberal Indonesia yang menghalalkan homoseksual & lesbian yang diharamkan Al Quran dan Sunnah????.

Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai method dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia.

Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

Golongan fahaman liberal ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum dan bukan bentuk sesuatu hukum.

Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan semua umat Islam Malaysia untuk bersama – sama membenteras puak – puak sesat ini daripada berjaya menjadi pemimpin Negara selepas pilihanraya yang akan datang demi memelihara kesucian agama Islam yang diredhai Allah ini.

Rujukan : JAKIM
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...