Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Sunday, 10 March 2013

Niat Busuk Pembangkang Terhadap Islam Didedahkan !!!


“Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU 13,”
Jefrei Nordin, ( Bekas Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor)

Baru – baru ini kita dikejutkan dengan pengakuan daripada saudara Jefrei Nordin yang merupakan bekas Pegawai Khas kepada Y.B Ronnie Liu tentang hasrat pembangkang khususnya DAP ingin meletakkan tokoh melayu liberal sebagai calon mereka di Selangor dan tidak mustahil juga di perak pada pilihanraya akan datang.

Apa yang perlu kita ketahui ialah, aliran pemikiran liberal adalah sesat dan menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Perkara ini diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke – 74 pada 25 hingga 27 julai 2006 selepas mendapati penyelewengan berkenaan aspek akidah dan syariah.

Aspek Akidah

Antara ciri pihak yang mendukung fahaman ini ialah mereka berpegang kepada konsep pluralisme. Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pihak pluralisme agama ini berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality).

Mereka juga mengakui bahawa semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

Ini adalah amat menyimpang dengan hakikat kerana hanya agama Islam sahaja yang diterima sebagai sebuah cara hidup yang sempurna dan tidak memerlukan ideologi atau sistem lain dari luar sistem Islam, kerana ideologi Islam itu telah sempurna sebagai sebuah cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT seperti FirmanNya:

“Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam”
(Ali-Imran 3 : 18).

Dalam ayat lain Allah berfirman:

“ Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.”
( Āli-Imran 3 : 85).

Antara ciri lain golongan ini ialah mereka mengatakan bahawa akal manusia adalah wahyu. Aliran ini juga turut membahagikan wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis.

Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Manakala wahyu tidak bertulis pula adalah akal manusia, dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, dan kesesuaian mengikut keadaan semasa.

Adalah dangkal untuk mengatakan bahawa akal manusia yang mempunyai seribu satu kelemahan sebagai salah satu sumber wahyu.

Golongan sesat ini juga turut meragui ketulenan Al-Quran. Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka juga menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.

Hakikatnya, kita sebagai umat manusia diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah untuk selalu berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah, kerana kedua pegangan tersebut tidak akan membuat kita sesat selama-lamanya.

Apabila kita tidak berpegang pada kedua pegangan tersebut kita akan sesat selama-lamanya. sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan keduanya: Kitabullah dan Sunnahku. Dan keduanya tidak akan terpisahkan hingga keduanya mendatangiku di Al-Haudh (telaga)”.
 
Aspek Syariah
 
Selain daripada Gerakan Pemikiran Liberal didapati mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dari aspek akidah, mereka juga didapati menyeleweng dari aspek syariah.
 
Aliran pemikiran sesat ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

Aliran pemikiran ini juga berpegang kepada ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, ianya sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat. Tafsiran – tafsiran lama dikatakan tidak lagi sesuai dengan zaman moden kini.

Golongan aliran pemikiran ini juga secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value).

Justeru itu, bagi mereka sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah bagi mereka, mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.


Apa motif Ketua Pembangkang, Anwar ibrahim duduk bersama Musdah Mulia (kanan), tokoh Islam Liberal Indonesia yang menghalalkan homoseksual & lesbian yang diharamkan Al Quran dan Sunnah????.

Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai method dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia.

Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

Golongan fahaman liberal ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum dan bukan bentuk sesuatu hukum.

Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan semua umat Islam Malaysia untuk bersama – sama membenteras puak – puak sesat ini daripada berjaya menjadi pemimpin Negara selepas pilihanraya yang akan datang demi memelihara kesucian agama Islam yang diredhai Allah ini.

Rujukan : JAKIM
 

No comments:

Post a Comment

GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...