Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Wednesday 6 March 2013

PANAS !! "U Ulang, I Saman U" Popular Selepas "Listen,Listen,Listen"


Ungkapan 'U Ulang, I Saman U" telah menjadi semakin popular dan menjadi sebutan ramai termasuk di laman sosial beberapa hari ini.

Ungkapan ini telah disebut oleh Anwar semasa sidang media bagi mengelakkan daripada diasak dengan pertanyaan oleh wartawan tentang penglibatan beliau dalam isu pencerobohan di Lahad Datu.


Selain itu, terdapat banyak video yang telah dimuat naik di youtube yang telah mengubah ungkapan "U Ulang Saya Sama U Pulak" yang disebut Anwar dengan pelbagai cara seperti video iklan raya yang bertanya burung apa? berulang kali dan juga dalam bentuk Harlem Style seperti video di bawah.



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut laporan media asing yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli politik pembangkang di Sabah berhubung dakwaan mempunyai kaitan dengan penceroboh bersenjata di negeri berkenaan.

Sambil menegaskan beliau tidak perlu berbuat demikian kerana tidak terbabit dengan isu tersebut, Anwar bagaimanapun memberitahu bahawa perkara berkaitan dakwaan itu sedang diuruskan peguamnya.


Ketika diberitahu bahawa media di Filipina menerusi laporan mereka mengaitkannya dengan insiden itu, Anwar bagaimanapun berkata: "Terdapat banyak media di Filipina. Mana satu yang anda maksudkan?"

Anwar berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas bagi mengulas menangani pencerobohan bersenjata di Sabah.



Sementara itu apabila diberitahu bahawa dakwaan mengenainya disiarkan akhbar harian terkenal Filipina, Philippines Daily Inquirer, Anwar berkata beliau sudah membaca laporan berkenaan namun menyatakan bahawa namanya tidak disebut sebagai pihak yang dikaitkan.

"Jika anda bangkitkan isu pencerobohan ini lagi, saya akan dakwa anda," katanya kepada seorang wartawan portal berita yang mengajukan soalan berkenaan.

Menerusi laporan Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara 'faktor luaran' yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer,, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai 'faktor luaran' di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Malah baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.


Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
Selain itu Anwar turut menyalahkan Umno yang didakwa cuba memutar belit berita berkenaan sambil menyatakan bahawa beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Philippines Daily Inquirer,.



Media Luar Melaporkan Anwar dan Pihak Pembangkang Terlibat

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah kenapa beliau mengelak untuk mengulas apatah lagi mengambil tindakan terhadap media luar yang melaporkan penglibatan beliau dan pihak pembangkang dalam isu Lahad Datu seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Philippines Daily Inquirer?

Malah beliau juga tidak menggunakan peluang di ceramah-ceramah untuk menjawab isu pertemuan beliau dengan Nur Misuari.

Sebelum ini Perisikan tentera (ATM) mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu agensi yang sama turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian berlaku.

Pendedahan ini menguatkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini apabila secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang.



Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.

Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan pemimpin pembangkang Malaysia tetapi segera dinafikan Anwar yang mendakwa kenyataan itu dibuat UMNO.

Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Sumber

[Ops Daulat Lahad Datu] Sabah Bukan Milik Kesultanan Sulu



Kesultanan Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Menurutnya jika keadaan itu digunapakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang kepada Kedah.

"Tuntutan mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah.

"Malah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk masa yang lama," katanya.

Selain itu menurut Khoo, walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, namun Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah pada 1882.



Bagaimanapun katanya, transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana mereka merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa Malaysia menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin.

"Saya terkejut mengapa kali ini mereka menggunakan senjata," katanya. Selain itu itu Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof Kamarulnizam Abdullah berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian terdahulu di mana mereka menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah.

"Kami telah mewarisi perjanjian yang dibuat pada masa lalu," katanya.

Sumber : Mstar Online.

[Ops Daulat Lahad Datu] Seorang Pengganas Sulu Ditembak Mati Hari Kedua


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.

Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.

Bagaimanapun Ismail enggan mendedahkan butiran lanjut Ops Daulat termasuk jumlah mayat pengganas yang ditembak mati.

Pasukan keselamatan akan mengumumkan jumlah kematian dan kecederaan pengganas Sulu yang diserang dalam operasi besar-besaran semalam apabila Ops Daulat selesai sepenuhnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di sini, pagi Rabu bagaimanapun enggan menjelaskan bila operasi tersebut akan berakhir.

Menurutnya sehingga kini operasi mencari dan menggeledah baki pengganas Sulu masih diteruskan.



sumber: mstar online

Ops Daulat Diteruskan Bagi Hari Kedua (Rabu)


Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan pada Rabu.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal. Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo.

Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.

Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang.

Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan.
Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan. Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai.

Di SEMPORNA keadaan juga dilapor tenang dengan masyarakat meneruskan tugasan harian mereka serta premis perniagaan dibuka seperti biasa pada pagi ini.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata, sepatutnya boleh ditangani dengan segera.

Menurutnya, berdasarkan penerangan bekas-bekas jeneral kanan tentera yang menyertai PKR, beliau percaya ketumbukan tentera Malaysia mempunyai kekuatan untuk menangani pencerobohan itu dalam masa yang singkat.

Anwar semalam juga mendakwa beliau ditawarkan oleh media Filipina, Philippines Daily Inquirer bagi membersihkan namanya berhubung dakwaan dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

“Mereka Philippines Daily Inquirer menghubungi saya pagi ini dan menawarkan untuk bercakap dengan editor mereka untuk temubual secara langsung.

“Mereka sanggup berikan saya platform untuk menentang atau tidak bersetuju berhubung dengan dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini selepas penutupan Persidangan Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Selasa.

Dilaporkan juga kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, di sini dipindahkan ke Dewan Embara, dekat sini susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu, Selasa.

Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani.

Sumber Mstar online dan sini .



GEMPAR !! Jamalul Kiram III Keturunan Pembunuh

Sumber: BB

BANYAK PIHAK yang keliru berkenaan status Sultan Kiram. Siapakah Kiram? Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).

sultan-jamalul-kiram-iii
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.

Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.

Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.


Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.

Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai.

Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.

Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri.
Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II.
Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata.

Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug.
Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.

Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t.
Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.

Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I?

sumber

Rujukan Artikel: Laporan Akhbar Indonesia Dan Siapa Kiram Sebenarnya?

Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Yang Sah

Sumber: Biswardi
Sumber: BB

“Banyak pihak mendakwa mereka pewaris kesultanan itu tetapi saya adalah pewaris yang sah,” demikian kata Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram kepada sebuah portal berita online pada 22 Februari 2013 lepas, sebagai merujuk kepada Jamalul Kiram III.

sultan-jamalul-kiram-iii
Kenyataan Ampun Muedzul betul. Memang terlalu ramai orang yang mendakwa diri mereka merupakan Sultan Sulu yang sah, sekurang-kurangnya ada 9 individu yang mengaku sebagai pewaris sebenar Kesultanan Sulu.

Menariknya lagi kesemua 9 individu termasuk Jamalul Kiram III mahu dipanggil sebagai Sultan Sulu dan telah melalui upacara penabalan dan mempunyai pengikut masing-masing, yang menariknya tiada seorang pun di kalangan 9 Sultan Sulu ini yang memiliki tanah jajahan atau wilayah pemerintahan sendiri.

Jamalul Kiram III, merupakan salah seorang daripada 9 individu tersebut kini terlibat secara langsung mengarahkan sekumpulan 200 orang pengikutnya yang didakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Kumpulan warga Filipina yang diketuai oleh adiknya, Agbimuddin Kiram itu bertanggungjawab membunuh 8 orang anggota keselamatan Malaysia dalam dua pertempuran di Lahad Datu dan Kampung Srijaya, Simunul, Sampoerna yang turut mengakibatkan 18 orang pengikutnya terbunuh.


Mereka mula menceroboh Sabah sejak 9 Februari 2013 lalu dengan matlamat untuk menuntut hak ke atas Sabah yang didakwa milik Kesultanan Sulu serta turut mendesak Kerajaan Malaysia tidak menghantar pendatang Filipina keturunan Sulu pulang ke negara asal.

Sudahlah datang secara kurang ajar kemudian tunjuk lagak samseng menuntut pemerintahan ke atas Sabah, memang memalukan orang Sulu. Sewajarnya kumpulan pengikut Jamalul Kiram III ini kita gelarkan sahaja sebagai pengganas Sulu.

Rentetan pencerobohan yang berlaku sejak 4 minggu lalu itu menyebabkan satu persoalan sering menerjah ke akal dan minda kita minda ramai tertanya-tanya siapakah Jamalul Kiram III dan benarkah dirinya adalah Sultan Sulu yang sebenar-benarnya?

Jamalul Kiram III sebetulnya bukanlah waris Kesultanan Sulu yang sah disebabkan dirinya bukanlah berasal dari darah zuriat hakiki Sultan Sulu kerana keturunan keluarga Kiram tidak lagi diterima oleh rakyatnya setelah dianggap sebagai sebagai tali barut kepada Amerika Syarikat.

Peristiwa pembunuhan sejumlah 4,000 orang Sulu dari keluarga Datu & Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu sekitar tahun 1906 dulu adalah hasil kerja Amerika Syarikat selepas mendapat restu Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yakni Sultan Sulu terakhir dari keturunan keluarga Kiram di Jolo, Sulu.

Semenjak kejadian pembunuhan tersebut, rata-rata orang Sulu Tausuq menentang Sultan mereka dan tidak lagi mengiktiraf mana-mana keturunan keluarga Kiram untuk memimpin mereka.

Kini dengan wujudnya sekurang-kurang 9 orang individu dari pelbagai keturunan yang juga mengaku sebagai waris sah Kesultanan Sulu, maka bertambahlah keraguan ramai untuk mempercayai Jamalul Kiram III sebagai satu-satunya waris yang sah.

Tambah menjelikkan orang Sulu sama ada yang tinggal di Filipina mahupun di Sabah bila mana tatkala Jamalul Kiram III sibuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu, di masa yang sama adiknya Esmail Kiram II pula turut mengaku merupakan pewaris sah Kesultanan Sulu. Memalukan.

TERKINI!!! - Filipina Buat U-Thant, Kaji Tuntut Sabah !!!



Apa dah jadi ni???? Sebuah Berita Online Filipina ( Global Nation Inquirer ) hari ini melaporkan bahawa Filipina tidak sesekali memanggil "Tentera Diraja Sulu" sebagai pengganas sepertimana yang didakwa oleh kerajaan Malaysia.




Setiausaha Luarnya Albert del Rosario sebaliknya menyatakan bahawa "persetujuan" yang dicapai bersama Menteri Luar Malaysia, DS Anifah Aman merujuk kepada tindakan serangan ke atas anggota keselamatan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Filipina juga sedang menyemak segala dokumen dan bukti bagi menuntut kembali Sabah!!!

Sumber


GP : Kaki putar belit mcm nuar jugak..

Nur Misuari: Isytihar Perang Sekiranya Penganas Sulu Terkorban


MANILA: Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu , Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

nur miswariPortal berita Filipina, abs-cbnnews.com yang bertajuk ”Misuari warns KL: Don’t kill Raja Muda“ melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak: ”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF.

 Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita. “Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.
Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui perana Sultan,” katanya.

“Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kayapun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu,” tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pepejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.
Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

“Adalalah tidak bertanggungjawab untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini.”

Pemimpin MNLF itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada pagi tadi.-
abnxcess

Sumber

Ops Daulat: 14 Mayat ditemui


Drama pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo telah berada di kemuncaknya apabila kerjasama PDRM dan ATM menggerakkan 7 Batelion dalam operasi besar-besaran Ops Sulu.

Gerakan pukul 7 pagi itu dimulakan dengan serangan bom MK81 yang seberat 113 kg yang dilepaskan 3 jet F/A-18D Hornet dan 5 buah Hawk. Kemudian disusuli dengan tembakan mortar oleh pasukan infantri Rejimen Askar Melayu Diraja.

Mengikut Twiter Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak "Alhamdulillah saya dimaklumkan operasi berjalan seperti dirancangkan. Sedang melakukan operasi membekas dari rumah ke rumah.

Semasa operasi geledah di kawasan Kampung Tanduo, gagal menemui sebarang mayat kerana dari sumber difahamkan Adik Sultan Jamalul Kiram dipercayai telah melarikan diri sebelum operasi dan dipercayai sedang bersembunyi di Kampung Tanjung Batu yang kira-kira 9 batu jaraknya.

Namun bergitu pihak keselamatan telah menemui 14 mayat yang kembung dan busuk, dipercayai mati dalam pertempuran pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan dakwaan penduduk yang nampak kira-kira 200 pengganas merangkak larikan diri ketika serangan jet.

Ops Daulat masih diteruskan.
Sumber

Tuesday 5 March 2013

EKSKLUSIF Laporan langsung Lahad Datu TERKINI Part-2

LAPORAN LANGSUNG



REFRESH untuk Laporan Terkini!!!

2.50 pm - 3 Jet Pejuang F18 dan 5 Pesawat Hawk Digunakan Dalam Operasi Ofensif Terhadap Kumpulan Penceroboh di Kg. Tanduo, Lahad Datu - Zahid Hamidi







2.45 pm - Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Kg. Tanduo - Zahid Hamidi

2.30 pm - SENARAI NO TELEFON IPD, BALAI, PONDOK POLIS DI SELURUH SABAH DIEDARKAN

Sebarang kemusykilan dan pengesahan boleh menghubungi no yang tertera di bawah ini.


SENARAI NO TEL IPD/BALAI/PONDOK POLIS-
IPPK Sabah : 088-450222
IPD Penampang : 088-712222
IPD K.Marudu : 088-661066
IPD Papar : 088-912222
IPD Keningau : 087-332222
IPD Kinabatangan : 089-561890
IPD Sandakan : 089-211222
IPD Lahad Datu : 089-881255
IPD Tawau : 089-752222/772121
IPD Tenom : 087-736211/ 736212/736213
IPD Tuaran : 088-791966
IPD WP Labuan :087-412222
IPD Semporna : 089-782020
IPD Sipitang : 088-875222
IPD K. Belud : 088-976600
IPD Kudat : 088-613422/ 088-671222
IPD Beaufort : 087-211222/4/5
IPD K.Penyu : 087-884222
Balai Menggatal : 088-492222
Balai Inanam : 088-438781
Balai Luyang : 088-254160
Balai Alam Mesra : 088-488222
Balai Kota Kinabalu : 088-247111
Balai Tanjung Aru : 088-215044
Balai KKIA : 088-310284
Pondok Polis Likas : 088-427363
Pondok Polis Telipok : 088-491545
Pondok Polis Lido : 088-253470Pondok Polis Menumbuk : 087-831267
Balai Polis Kunak : 089-851670

2.00 pm - RINGKASAN MAKLUMAT LAPORAN





Terkini Dari Lahad Datu :

Maklumat daripada sidang akhbar Ketua Polis Negara (KPN) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT) di Felda Sahabat:

1. Serangan masih berlangsung sehingga kini2. Lokasi serangan dalam lingkungan kawasan 4km
3. Pasukan keselamatan berjaya masuk ke kampung dan melakukan proses penggeledahan
4. Tiada kematian di pihak pasukan keselamatan setakat ini
5. PAT sahkan tentera guna pelbagai senjata termasuk bom
6. Pihak pengganas memberi tentangan dengan menyerang balas
7. KPN nafi laporan media Filipina yang mendakwa ada kawasan yang menempatkan pasukan keselamatan negara terkena bom sendiri

1.30 pm - Pemimpin dan peniaga kaum Suluk di Sabah kutuk tindakan penceroboh di Lahad Datu dan nyata taat setia pada Yang di-Pertuan Agong.

12.55 pm - Hasil Seperti yang Dirancang

"Alhamdulliah saya dimaklumkan operasi berjalan seperti dirancangkan - sedang melakukan operasi memberkas dari rumah ke rumah," - DS Najib Razak

Katanya, pasukan keselamatan kini sedang melakukan operasi memberkas penceroboh dari rumah ke rumah di kawasan terlibat.


12.45 pm - TERKINI - Belum Rasmi, Kumpulan Pemberontak Sulu Berjaya Ditumpaskan Sepenuhnya Sebentar Tadi.


(Tunggu Sidang Media)

12.35 pm - Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

12.30 pm - operasi Pembersihan sedang dijalankan





 
12.15 pm - Serangan ofensif terhadap penceroboh di Lahad Datu diambil bagi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara memandangkan usaha untuk menggelakkan pertumpahan darah tidak diendahkan oleh musuh - PM Najib

12.00 pm - Sidang Media KPN dan PAT

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.

 

Laporan Penuh KLIK SINI

[KRISIS LAHAD DATU] EKSKLUSIF! Kumpulan Bersenjata Sulu Ditumpaskan Sepenuhnya





Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) dan Panglima Angkata Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) pada sidang media di Lahad Datu.


KPN: Tiada kecederaan atau kemalangan di kalangan pasukan keselamatan Malaysia.

KAMPUNG TANDUO: Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.

Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.

Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.

Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.

Sumber

[KRISIS LAHAD DATU] TERKINI ! Kenyataan Media Ketua Polis Negara


LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.


Sumber

[KRISIS LAHAD DATU] EKSKLUSIF ! Kedutaan Malaysia Di Filipina Diserang !!!

Tindakan bodoh segelintir penyokong penceroboh di lahad datu membakar gambar PM..

TAPI ingat !!! (tunggu tindakan balas dari Rakyat Malaysia pula)






 
 

Sumber

PUTRAJAYA: Beberapa kumpulan berhimpun di kedutaan Malaysia di Filipina bagi membantah terhadap serangan ke atas pemberontak bersenjata yang berlaku pada pagi Selasa di Lahad Datu, Sabah.

Beberapa tulisan Twitter (tweet) disiarkan oleh ABS-CBN News Channel kira-kira dua jam selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan terhadap penceroboh Sulu, menunjukkan penunjuk perasaan memegang sepanduk bagi menuntut Malaysia menyelesaikan isu itu secara aman.

Kumpulan-kumpulan itu mendesak untuk keadilan bagi “Tausug martyrs” – yang dipercayai sebagai rujukan kepada sekumpulan pemberontak – dan untuk perlindungan Sabah yang didakwa sebagai tanah kepunyaan Kesultanan Sulu.

ABS-CBN turut menulis ‘tweet’ bahawa antara penunjuk perasaan adalah kumpulan militan.
Polis diarahkan untuk mengawal keadaan bagi memastikan penunjuk perasaan tidak berada begitu dekat dengan kedutaan.

Sumber : Mstar Online.

[KRISIS LAHAD DATU] EKSKLUSIF! Serangan Operasi Darat Pula Bermula


LAHAD DATU: Serangan udara dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli operasi darat pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh besenjata di Kampung Tanduo, dekat sini.

Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, jam 11 pagi ini.

Operasi di Lahad Datu bermula dengan serangan udara - Najib

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 10 pagi ini, pasukan keselamatan negara melancarkan operasi besar-besaran bagi menumpaskan pencerobohan tentera Sulu di Kampung Tandou, Lahad Datu, Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, operasi dimulakan dengan serangan udara menerusi pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dan diikuti ledakan mortar.


"Dan ketika saya sedang berucap ini, anggota polis berada di dalam kereta perisai sedang melakukan tindakan untuk memberkas penceroboh yang melanggar kedaulatan negara.


"Niat kita untuk tidak membenarkan setitik darah pun tertumpah di bumi Sabah. Tidak kira daripada pihak penceroboh atau pun anggota keselamatan kita," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Najib berkata, dukacitanya, niat yang baik dan murni ini dibalas dengan tindakan yang sangat kejam.

"Masa untuk kita beri apa-apa pertimbangan susah berakhir dan kita sedang bertindak memerangi penceroboh dengan kekuatan yang ada," katanya.

"Soal kedaulatan dan keselamatan negara, kita tidak akan biar keamanan yang kita kecapi diganggu gugat dan dinodai oleh mana-mana pihak."

Ambulans diiringi kenderaan JPJ menuju ke FELDA Sabahat

LAHAD DATU: Lima ambulans bergerak ke FELDA Sahabat dari Hospital Lahad Datu sambil diiringi kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam 8.57 pagi tadi.

Keadaan di Hospital Lahad Datu ketika ini masih lengang dan kelihatan beberapa anggota keselamatan berkawal di sekitar hospital berkenaan.
 

[KRISIS LAHAD DATU] EKSKLUSIF Laporan langsung TERKINI



LAPORAN LANGSUNG
 
REFRESH atau Klik Sini untuk Laporan Terkini!!!

12.30 pm - Sidang media Oleh Ketua Polis negara (Klik Sini)

11.50 am - Panglima Angkatan Tentera Sahkan Tiada orang awam semasa operasi dilancarkan!!! Mereka telah dipindahkan sehingga malam semalam.



11.40 am - kawasan operasi 4 km persegi. Terdapat tentangan musuh

 




11.30 am - Pemberitahuan Sesi sidang Media JAM 12.tgh ini
 
 
11.15 am - Ketua Polis Negara sifatkan operasi di Kampung Tanduo capai objektif.

11.00 am - SEKITAR KAWASAN PERTEMPURAN















10.45 am - Tiada Anggota Keselamatan Yang terkorban setakat ini

Azzimudie Kiram mengesahkan dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CNN bahawa Malaysia menggunakan Jet Pejuang dalam serangan di Lahad Datu

10.30 am - operasi besar-besaran telah bermula


10.25 am - Serangan Udara telah dihentikan sebentar tadi. Kini operasi darat dimulakan!!!

10.20 am - Serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan serangan darat.



Sekatan jalan raya pihak keselamatan diperketatkan berikutan serangan dilancarkan hari ini terhadap penceroboh.


10.15 am - KELIHATAN sebuah helikopter Nuri bersiap sedia memberi bantuan udara kepada pasukan keselamatan negara dalam pertempuran di Kampung Tanduo











 
9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

 
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

 
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.





 
8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

 
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.


8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.


"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

 
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.

[KRISIS LAHAD DATU] EKSKLUSIF Video Serangan Jet Pejuang (F18 )Keatas Penceroboh

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.




8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.


8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.

8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.





BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL..
Sumber

[KRISIS LAHAD DATU] TERKINI- 3 Jet Pejuang Digunakan Di Lahad Datu


TERKINI- 3 Jet Pejuang Digunakan untuk Mengempur Kedudukan musuh di Lahad Datu Sejak 7 Pagi Tadi.
Pesawat sukhoi


 Sumber: FB Kelap Penyokong PDRM

[KRISIS LAHAD DATU] EKSKLUSIF! KENYATAAN MEDIA PERDANA MENTERI, SERANGAN JAM 7 PAGI

 
 
Putrajaya, 5 Mac - Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.


Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo. - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
- BERNAMA

[KRISIS LAHAD DATU] PALSU! 500 Tentera Sulu Mendarat


Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan dakwaan kononnya 500 tentera Diraja Kesultanan Sulu telah mendarat di Sepanggar Bay dan Pitas, di Sabah malam Ahad lalu.

PDRM dalam satu kenyataan berkata, dakwaan yang dibuat oleh satu akaun Facebook itu merupakan berita palsu.

"Pihak polis dengan ini menafikan berita tersebut dan mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang berita yang disebarkan melalui media sosial.

"Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tahap keselamatan di mana-mana kawasan, boleh dirujuk kepada balai polis yang berhampiran," kata PDRM dalam status Facebooknya petang ini




SUMBER: KLIK SINI

Monday 4 March 2013

[KRISIS LAHAD DATU] RED ALERT! ZON Merah Diistihar!


Selepas ATM mengetuai situasi krisis di Lahad Datu, Sabah. Kini Zon Merah telah diistihar di kawasan terbabit membabitkan Tanjung Labian dan Tanjung Batu.

Zon Merah ini 7KM dari Kampung Tanduo.


Penduduk tempatan di minta berhati-hati.

SUMBER: FB KELAB PENYOKONG PDRM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...