Popular Posts
-
PETALING JAYA: Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasiona...
-
KUALA LUMPUR 13 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar disindir kerana tidak dapat membezakan antara Pasukan ...
-
BARU-BARU ini sebuah NGO baru ditubuhkan dengan menggunakan nama Gerakan Rakyat Untuk menebus kembali Negara Malaysia atau singkatannya...
-
Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013. Saman tersebut adalah berhubun...
Wednesday, 6 March 2013
[Ops Daulat Lahad Datu] Sabah Bukan Milik Kesultanan Sulu
Kesultanan Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Menurutnya jika keadaan itu digunapakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang kepada Kedah.
"Tuntutan mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah.
"Malah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk masa yang lama," katanya.
Selain itu menurut Khoo, walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, namun Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah pada 1882.
Bagaimanapun katanya, transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana mereka merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa Malaysia menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin.
"Saya terkejut mengapa kali ini mereka menggunakan senjata," katanya. Selain itu itu Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof Kamarulnizam Abdullah berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian terdahulu di mana mereka menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah.
"Kami telah mewarisi perjanjian yang dibuat pada masa lalu," katanya.
Sumber : Mstar Online.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...