Popular Posts
-
KUALA LUMPUR: Berikut adalah intipati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transfor...
-
POKOK SENA – Maahad Tarbiah Islamiah Derang menarik nafas lega apabila terpilih untuk progam menambah baik sistem pendawaian elektrik d...
-
Ipoh, 6 September 2015 – Menyedari betapa pentingnya komunikasi ketika bencana alam, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil langkah p...
-
BERA- Banjir besar yang berlaku tahun lepas di Daerah ini telah menjadi satu pengajaran berguna buat penggiat 4×4 dalam kawasan Bera dim...
Friday, 22 February 2013
EIU: BN akan Menang PRU13, Pembangkang Tak Dapat Terima Hakikat
Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist,' meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.
Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.
Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.
Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.
EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala, berkata 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.
"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.
Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.
Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.
Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.
"Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.
Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.
Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.
"Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan) ... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.
"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.
EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU-13.
Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.
Sementara itu, Umno yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.
"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita Jumaat lalu.
Najib, yang juga presiden Umno dan pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.
Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.
Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah US$9,700 daripada US$7,500 pada tahun 2010.
EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."
Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.
Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU-13".
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...