Dalam isu terbaru Deepak Jaikishan berkenaan dengan
pendedahan beliau terhadap apa yang gagal dilakukan oleh SUARAM, kisah
berkenaan 'kaitan Perdana Menteri dan isteri terhadap pembunuhan seorang model
dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi
pembelian kapal selam Scorpene, Altantuya, Deepak telah membuat pendedahan
tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi
suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut, Razak Baginda, atas alasan beliau
mandul.
Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama
Altantuya. Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara
tersebut.
Mungkin pada Deepak, mendedahkan nama Razak baginda dan
memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara
tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri.
Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan
mempunyai seorang anak perempuan. Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak
Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan
pada tahun 1987.
Namun, ini masih tidak memberi sebarang jawapan terhadap
dakwaan Deepak. Mengapa Deepak masih lagi mahu membuat pendedahan-pendedahan
ini walaupun segala masalah beliau di mahkamah tentang masalah perniagaan
beliau sudah selesai? Mungkin Deepak masih mahukan sesuatu, jika tidak, mengapa
Deepak menyambung kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh SUARAM?
Bagaimanapun, terdapat beberapa komen daripada
pemerhati-pemerhati kes Deepak di mahkamah yang mungkin dapat memberikan kita
jawapan jelas. Ramai yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan, hilang
arah dan tidak selesa. Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami
masalah tekanan kerana kehilangan jumlah wang yang banyak.
Namun, jika kita lihat kembali kepada Deepak, mungkin kita
dapat tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.
Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40
tahun. Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar, beliau dikatakan
sebagai seorang yang berjaya, datang dari keluarga yang berpengaruh dalam
pembangunan dan pelaburan hartanah. Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan
Deepak, kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd
(syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga
berbilion-bilion. Bursa Malaysia meyatakan, dari tahun 2000 hingga 2009, Deepak
berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira
RM3 billion.
Bagi industri permaidani pula, Deepak telah berjaya membuka
dan mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai
Mulia Carpet Sdn Bhd.
Pada tahun 2000, unit pembuatan ini dikatakan sebagai
satu-satunya kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada
tahun 2003, Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang
mempunyai teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Deepak telah berkecimpung
dalam industri permaidani selama 15 tahun.
Dengan segala kejayaan yang dikecapi, hanya satu perkara
sahaja yang masih belum cukup untuk Deepak, seorang wanita. Deepak adalah
seorang usahawan berjaya yang masih bujang.
Jika kita lihat pada logik, Deepaklah yang sebenarnya
mempunyai masalah 'dalaman', bukannya Baginda. Menuduh Baginda dengan mengatakan
bahawa beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri.
Jika perkara ini benar, ini bukanlah pertama kali pihak
Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka
menipu rakyat. Raja Petra Kamaruddin, individu yang dipercayai telah menulis
skrip terhadap kes pembunuhan ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental
ketika beliau muda. Bagaimanapun, Raja Petra
telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh
Deepak.
Terdapat juga kemungkinan mengapa seorang ahli perniagaan
yang berjaya ini masih lagi bujang, mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang
minat terhadap wanita, mungkin Deepak adalah seorang homoseksual.
Mungkin ini juga kebetulan, Pembangkang juga sering mengupah
golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka. Ini mengingatkan kita terhadap
Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pembangkang kerana sering
membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak
pembangkang. Sama seperti Deepak, Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat
umur yang sama, dan juga masih bujang.
No comments:
Post a Comment
GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...