Misi pada hari ini diketuai oleh Sdr Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung MBM bersama 10 orang sukarelawan MyVOC. Turut hadir adalah Sdr Norazli Daud, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara JBSN KBS.- belia.org.my
Popular Posts
-
PETALING JAYA: Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasiona...
-
Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013. Saman tersebut adalah berhubun...
-
POKOK SENA – Maahad Tarbiah Islamiah Derang menarik nafas lega apabila terpilih untuk progam menambah baik sistem pendawaian elektrik d...
-
Putrajaya – Seramai hampir 300 orang sukarelawan pelbagai bidang telah berkumpul di Galeri Menara KBS sempena Majlis Pelancaran Komunit...
Saturday, 19 September 2015
Jerebu : Komuniti Sukarelawan Belia MyVOC Edar Topeng Muka Kepada Pelajar Sekolah
Misi pada hari ini diketuai oleh Sdr Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung MBM bersama 10 orang sukarelawan MyVOC. Turut hadir adalah Sdr Norazli Daud, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara JBSN KBS.- belia.org.my
Pasukan ‘Sukarelawan Belia Berkemahiran’ (MyVOC) Siap Sedia Membantu Mangsa Bencana
Putrajaya – Seramai hampir 300 orang sukarelawan pelbagai bidang telah berkumpul di Galeri Menara KBS sempena Majlis Pelancaran Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
MyVOC sebuah program kelolaan Sahabat MBM merupakan gerakan kesukarelaan berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh individu dan kumpulan tertentu bagi membantu mangsa-mangsa bencana ataupun golongan yang memerlukan bantuan.
Pelancaran MyVOC ini menunjukkan kesediaan MBM sebagai teraju utama dalam mengerakkan youth wave dan melahirkan demografi sukarelawan yang merangkumi pelbagai aspek kemahiran bagi menghadapi sebarang situasi.
Pada majlis tersebut, MBM turut memperkenalkan rakan-rakan strategik MyVOC yang terdiri daripada kumpulan kemahiran pertukangan, radio amatur dan SAR, perubatan, kenderaan bermotor, pendidikan, media, pengurusan bencana, kulinari dan sukarelawan orang kurang upaya.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh bersama Sdr Mua’amar Ghadafi Jamal, Presiden MBM turut melakukan simbolik pelepasan Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC #sehatisejiwa sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2015.-Belia.org.my
Subscribe to:
Posts (Atom)