Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Sunday 17 February 2013

Hadi: Pas Akan keluar PR Selepas PRU 13


KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.

Penegasan tersebut dibuat di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus, di sini petang semalam.

“Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi,” katanya.

Bagaimanapun ketika ditemui pemberita pada majlis sama, beliau menjelaskan, sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam.

Beliau berkata, keadaan semasa dalam PR tidak menimbulkan sebarang isu yang menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam apabila PR menerima Perlembagaan negara yang turut meletakkan Islam sebagai agama teras, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, mengiktiraf hak keistimewaan bumiputera dan Raja Berperlembagaan.

Mengulas lanjut katanya, kerjasama politik atau diistilahkan Pas sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP masih lagi memperkasa Melayu dan Islam.

“Bahkan kita berjaya membuat anjakan paradigma dengan kemenangan calon-calon seperti Dr Siti Mariah Mahmud, Fuziah Salleh yang bertanding dengan calon-calon bukan Melayu Islam dimenangkan oleh pengundi Melayu dan bukan Islam. Itu perubahan yang besar yang dapat kita wujudkan,” katanya.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-pas-keluar-pr-jika-kerjasama-rugi-1.131824

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ulasan GP : mesti ramai pembaca blog ini memaki hamun GP dgn kata2 spt ayat tv3 suku, lidah biawak dsb.. tp apa yg GP tulis ttg tajuk tersebut adalah hakikat.. kpd tuan hj. hadi, sebenarnya PAS sudah lama rugi bila duduk dlm pakatan haram tersebut. ingat lah tuan guru, PAS menang PRU dulu pun bukan sebab bekerjasama dgn DAP dan PKR, so, x perlulah sehingga sanggup mengadaikan PRINSIP PARTI iaitu MATLAMAT MENUBUHKAN NEGARA ISLAM disebabkan bantahan dari kaum2 yg benci dan anti islam..

Pada pandangan GP, sepatutnya PAS tidak perlu bersubahat dan bergaul dengan PKR dan DAP sejak dahulu lagi. Pada pandangan GP, PAS lebih mulia dan disukai oleh masyarakat jika berjuang tanpa kaum2 kafir dan liberal..

Sungguh malang PAS kerana sedang diratah, dihina, diperkosa dan dipergunakan oleh musuh2 islam demi menjayakan rancangan jahat mereka..

P/S : bak kata cikgu non, PAS dah macam UMNO.. so, baik undi umno, sebab UMNO lebih dominan.

No comments:

Post a Comment

GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...