Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Sunday 20 September 2015

PAS Tegaskan Hasrat Tanding Kerusi MP ‘Berpaling Tadah’ Dalam PRU-14


Mustafa Ali


>> Datuk Mustafa Ali

PETALING JAYA: PAS menegaskan bahawa parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen di mana ahli Parlimen asalnya telah ‘lari’, dalam pilihan raya umum akan datang.

“Mereka yang telah melarikan diri dengan kerusi kami, kerusi-kerusi itu masih milik PAS.

“PAS akan bertanding. Jika mereka mahu bertanding ia akan menjadi satu pertandingan tiga penjuru,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali memetik laporan Harakahdaily.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Dungun, Terengganu malam Jumaat.

Mustafa merujuk kepada bekas Ahli Parlimen PAS yang keluar parti untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang baru dilancarkan.

Antara mereka yang telah berpaling tadah ialah Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

Mustafa juga berkata, PAS mungkin bertanding di lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2013, sambil menambah jabatan pilihan raya akan memutuskan tentang kerusi mana yang akan ditanding.-MS.

No comments:

Post a Comment

GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...