Popular Posts
-
Baru-baru ini Deepak Jaikishan, si penjual karpet yang menghadapi masalah hutang piutang keliling pinggang pernah cuba menarik perhatian ...
-
Penjara 30 hari dan denda RM8000 adalah nilai maruah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong kepada seorang pemuda berbangsa Cina berusi...
-
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pe...
-
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira...
Sunday, 20 September 2015
Cecair Rokok Elektronik Berbahaya – Pakar
KUALA LUMPUR: Penggunaan rokok elektronik atau vape adalah berbahaya disebabkan kandungan nikotin yang terkandung di dalam cecairnya.
Pakar Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok di Pusat Pakar Universiti Malaya, Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkata lebih membimbangkan apabila penjual membancuh sendiri cecair mengikut permintaan pelanggan tanpa mengetahui isi kandungannya.
“Belum ada bukti mengatakan vape selamat digunakan dan kita risau apabila penjual membancuh cecair itu tanpa pengetahuan akan memberi kesan kesihatan kepada pengguna,” katanya pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Pencegahan dan Rawatan 2015 (ICAPT 2015) di sini, hari ini.
Justeru, Dr Amer Siddiq berkata, penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan vape adalah perlu untuk mengelakkan orang ramai khususnya golongan remaja memulakan tabiat merokok.
Katanya, walaupun ramai beranggapan vape membantu perokok tegar untuk berhenti merokok, disebabkan warna dan kepelbagaian rasa yang ditawarkan, vape juga menarik golongan bukan perokok untuk mencubanya.
ICAPT 2015 yang bermula semalam bertindak sebagai pentas perbincangan kepada permasalahan dadah dan yang berkaitannya serta kaedah rawatan yang diperlukan.
Ia disertai pihak bertanggungjawab seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, para pensyarah dan penyelidik tempatan dan antarabangsa. – BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...