Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Sunday 20 September 2015

Kembara ASEAN 2015 : Team MyVOC Bantu Memperindah Pulau Kasiak Dan Pulau Ango Dua, Kota Pariaman


mbmgreen2


Kota Pariaman – GENERASI muda atau Gen Y perlu diberi pendedahan secukupnya dalam menghargai alam sekitar. Program yang bersifat pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sepatutnya di perbanyakkan lagi sebagai satu usaha berterusan mencegah berlakunya bencana alam.

Menyedari hal itu. Seramai 13 orang sukarelawan Malaysia Youth Volunteer Community (MyVOC) dari kalangan pelajar tahun akhir Universiti Malayia Pahang (UMP) mengadakan kegiatan GO GREEN di Pulau Kasiak dan Pulau Ango Dua yang terletak di Kota Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia.

Kegiatan ini adalah sebahagian pengisian sempena Kembara ASEAN 2015 kerjasama KBS-MBM-UMP yang diketuai oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.

Pasukan sukarelawan ini telah berjaya mengindahkan kawasan hijau di Pulau Angso Dua dengan membina beberapa monumen dan replika berasaskan dahan pokok, batu karag dan dahan kelapa yang ada. Usaha kreatif mereka turut menarik perhatian para pengunjung.

Kemudian pasukan ini juga telah ke Pulau Kasiak untuk melepaskan anak penyu di samping melakukan aktiviti pemuliharaan batu karang di sekitar pulau itu.

Turut sama dalam kegiatan ini ialah Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM) dan Puan Farah Hazlini Mohd San (Pegawai Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP. – youthcharacter.net

mbmgreen1

mbmgreen3

mbmgreen4

mbmgreen5

mbmgreen6

mbmgreen7

mbmgreen8

mbmgreen9

mbmgreen10

No comments:

Post a Comment

GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...