Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Saturday 26 September 2015

Jerebu – MBM Edar 10 Ribu Penutup Mulut



SUBANG JAYA – Majlis Belia Malaysia (MBM) sudah mengedarkan hampir 10 ribu keping penutup mulut disekitar lembah Klang bermula khamis minggu lepas.

Keadaan Jerebu yang dilihat semakin membimbangkan menjadi faktor MBM tampil menghulurkan bantuan dengan mengedarkan penutup mulut di sekitar lembah Klang khususnya melibatkan pelajar sekolah .

Pagi tadi, MBM bersama sukarelawan MyVoc telah menyerahkan hampir 2 ribu keping penutup mulut kepada guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara untuk diedarkan kepada murid sekolah terbabit.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden MBM, Saudara Mohd Zaidi Aziz dan beberapa orang sukarelawan Myvoc yang turun membantu.

“Ini merupakan satu usaha murni MBM dan Myvoc dalam memberi kesedaran berkenaan kesihatan dalam keadaan jerebu ini dan ia merupakan salah satu klausa didalam perlaksanaan program Myvoc iaitu pendidikan dan kaunseling”, Zaidi Mohd Aziz.

12036552_10205288369594795_471759385011327340_n

Turut berlangsung pagi tadi ialah penyerahan penutup mulut oleh Kongres Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Cawangan Malaysia bersama MBM di hentian Bas KLCC.

Selain dari kawasan sekolah, MBM turut mengedarkan penutup mulut secara percuma di sekitar Bangsar dan Bandar Kuching dan mereka dalam perancangan untuk mengedarkan lebih banyak lagi penutup mulut kepada orang awam dalam minggu ini sehinggalah keadaan udara di negara ini kembali kepada paras normal.

Lewat tengah malam tadi, Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan dalam Twitter beliau mengumumkan persetujuan Menteri Pendidikan untuk menutup sekolah hari ini yang melibatkan Kuala Lumpur/Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Melaka kerana Indeks Pencemaran Udara IPU dikawasan terbabit kebanyakannya hampir mencecah 200, iaitu paras bahaya.

No comments:

Post a Comment

GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...