Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Friday 15 February 2013

DAP Tunjuk Belang, Mengaku Pulau Pinang Hakmilik Bangsa Cina


Penjara 30 hari dan denda RM8000 adalah nilai maruah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong kepada seorang pemuda berbangsa Cina berusia 29 tahun yang berasal daripada Pulau Pinang. Leong Pei Koe, berkelulusan daripada sebuah universiti luar negara bekerja di Singapura sebelum ini telah bertindak biadap dengan menunjukkan isyarat lucah kepada rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.



Tindakan biadap tersebut disedari oleh ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong. Amaran telah diberikan bahawa beliau boleh ditahan di bawah Seksyen 294 (a) KK namun keangkuhan penyokong DAP ini tidak bersempadan.

Bukan sahaja biadap terhadap raja-raja Melayu, malahan beliau telah mencabar supaya pihak plis menangkapnya serta menghina pasukan polis dengan menyatakan polis Melayu tidak mempunyai kuasa di Pulau Pinang kerana menurutnya Pulau Pinang adalah hak milik bangsa Cina.

Benarkah seperti dakwaan beliau? Betulkah Pulau Pinang sudah menjadi hakmilik bangsa Cina selepas DAP berjaya menubuhkan kerajaan Negeri di sana?

Jika diperhatikan rentetan peristiwa serta pembangunan yang berlaku sepanjang DAP memerintah Pulau Pinang, dapat disimpulkan bahawa mereka sedang cuba menjadi pemilik kepada negeri tersebut.

Pembinaan rumah-rumah mewah yang ternyata tidak mampu dimiliki oleh bangsa Melayu, sektor ekonomi yang dikuasai oleh bangsa mereka serta penghapusan orang Melayu daripada Pulau Pinang secara lembut dan tersembunyi, memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

Mungkin disebabkan terlebih yakin bahawa mereka adalah kuasa besar yang tidak mampu digugat oleh Barisan Nasional, mereka mengakui bahawa Pulau Pinang adalah hakmilik mereka. Adakah mereka terlupa bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan rakyat Pulau Pinang bukan kesemuanya berbangsa Cina?

Baru sahaja berjaya menjadi pemerintah di sebuah negeri, DAP sudah berani menunjukkan belang mereka. Bagaimana pula jika Pakatan Rakyat atau berjaya memperolehi majoriti 2/3 kerusi di Parlimen dan seterusnya menubuhkan kerajaan nanti?

Mungkin waktu itu, bukan sahaja Pulau Pinang, malahan Malaysia juga dikatakan hakmilik bangsa Cina. Bangsa Melayu yang memberikan undi mereka kepada parti chauvinist ini akhirnya hanya mampu menggigit jari.

Justeru, kalau perkara itu terjadi, jangan pula meletakkan kesalahan ke atas Barisan Nasional lagi kononnya tidak pandai mempertahankan bangsa Melayu sehingga terpaksa merempat di tanah sendiri.
  
Sumber KLIK SINI
 

6 comments:

  1. cha nun ya alif memang macam haram perangai jenis pemakan babi.....

    ReplyDelete
  2. memang pun.. nasib baik negara ada undang2.. klu x,.. only god have mercy,....

    ReplyDelete
  3. Semua ini berpunca PKR anwar kerana dialah melayu berpecah....ikut sejarah kalau setakat DAP n PAS, BN masih boleh bertahan tapi anwar pembelit dan perosak bangsa menjadi punca segalanya. Tapi insyaAlah BN akan menang....saya akan doakan semoga Agama Islam dan Bangsa Melayu terpelihara.

    ReplyDelete
  4. setuju dengan kenyataan diatas...kepada bangsa melayu yang nakkan sangat parti pembangkang ,kalau jadi sesuatu pada diri agama bangsa atau negara jangan menyesal dikemudian hari......jangan pulak nak salah kan orang lain sebab masa tu dah nasi jadi bubur....so renung renungkan

    ReplyDelete
  5. ya Allah jika Anuar Ibrahim adalah punca segala berlaku musibah di sabah ini, kau tunjukkanlah kekuasaanmu dengan menunjukkan segala nya ya Allah....kau buktikanlah kepada orang melayu islam khasnya di MAlaysia agar kami semua dapat bersatu demi kehidupan yang aman damai di bumi Malaysia tercinta ini...

    ReplyDelete
  6. keputusan pru13 adalah amaran untuk bangsa melayu, satu petanda yang ditunjukkan oleh ALLAH. orang -orang ISLAM dan MELAYU mesti bersatu demi mempertahankan agama dan negara kita. Buka mata dan lihat kenyataan yang benar2 berlaku di pulau pinang sekarang. Penyokong PKR letakkanlah otak di kepala bukan di lutut...

    ReplyDelete

GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...