Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Sunday 17 March 2013

Perwira Lahad Datu 'Syahid Akhirat', Majlis Fatwa Silap ??


KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai 'syahid dunia'.

Kenyataan dibuat Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah.

“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya. SINAR HARIAN

 
GP : Mana satu boleh pakai nie? Ulama POLITIK atau Majlis Fatwa Kebangsaan??
 


3 comments:

  1. dont be stupid...tu bukan masalah kita nak persoal mati syahid ke tidak...kenapa puak2 UMNGOK suka sangat buat hukum sendiri...sorry to say...ulama PAS adalah ULAMA yg diiktiraf oleh dunia...ada ko tgok ulamak najib dlm senarai ulamak n pemimpin yang disegani...hanya TG NIK AZIZ jer yg layak...puak2 UMNO cuma pentingkan kebangsaan n duniawi...kalau ko cakap janji PR tak ditepati ko fikir lah guna otak...kerajaan ko dah diberi peluang perintah negara...kalau ikutkan negara kita bleh maju mcm negara singapura yg takder apa2 sumber pun...tetapi negara kita ada sumber mana hilangnye duit kalau tak masuk poket sendiri...nanti ko mati pun kena soal sbb apa ko pilih pemimpin yang kejam...ko jawab lah sbb ko pun jahil seharusnyer terima pemimpin yang zalim mcm najib...ingat balasan Allah nanti bila ko mampus...rezeki bukan najib yg bagi...

    ReplyDelete
  2. bukan urusan kita utk berbalah sama ada mereka yang terkorban itu syahid dunia atau akhirat..itu kerja Allah..kita hanya boleh berdoa smoga mereka ditmptkn dikalangan org yang beriman dan pemergian mereka diredhai Allah..

    ReplyDelete
  3. ulama PAS ulama yang diiktiraf oleh dunia? hahaha.. mimpi siang la ko nie.. mengarut sungguh.. syok sendiri ke?

    ReplyDelete

GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...