Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Showing posts with label pembangkang. Show all posts
Showing posts with label pembangkang. Show all posts

Friday, 1 March 2013

Konspirasi Jenayah Terancang Antara PI Bala Dan Deepak

Chegu Bard terpaksa memainkan peranan dalam menentukan hala tuju percakapan Bala agar dapat dikaitkan dengan pimpinan negara

Setelah hampir lima tahun menyepi kerana melarikan diri ke Chennai India, bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau lebih dikenali dengan panggilan PI Bala, tampil buat julung kalinya di sebuah program ceramah pakatan pembangkang anjuran Chegu Bard. Dia sebelum ini telah menarik perhatian masyarakat di negara ini dengan kenyataan bersumpahnya (SD1) pada 1 July 2008.

SD1 antara lainnya cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan bekas model Monggolia Altantuyya. Namun 3 hari selepas itu, Bala sekali lagi menarik perhatian umum, apabila tampil membuat kenyataan bersumpah (SD2) bagi menafikan tuduhan yang dilakukan sebelum ini di dalam SD1 pada 4 Julai 2008.

Sejurus selepas kenyataan tersebut, dia akhirnya ‘hilang’ dari pengetahuan umum serta gagal untuk di kesan, dipercayai telah melarikan diri ke luar negara. Seperti yang telah diduga ketika negara sedang berada di ambang pilihanraya umum, Bala akhirnya muncul semula bersama pimpinan pakatan pembangkang.

Kehadirannya bukan sahaja untuk mengatakan kononnya SD1 adalah benar namun turut mengatakan objektif utamanya adalah untuk memastikan kerajaan BN/Umno tumbang sekaligus meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ekoran dari itu, maka satu program ceramah telah diadakan oleh Chegu Bard dan konco-konconya di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam. Namun apa yang peliknya program tersebut hanya mampu mengumpul sekitar 800 – 1000 orang sahaja, walaupun pihak penganjur berhempas pulas mempromosikan program tersebut dan mengangarkan kehadiran sekitar 5 – 10 ribu.

Ia secara tidak langsung membuktikan rakyat secara keseluruhan tidak merasakan pertuduhan Bala mempunyai hujah yang kuat dan boleh dijadikan sebagai sandaran. Maka walaupun pihak penganjur cuba mengumpan masyarakat untuk hadir dengan mengatakan Bala akan membuat pendedahan terbaru, ia tetap gagal menarik perhatian masyarakat.

Tambahan pula tindakannya yang ‘flip flop’ sebelum ini, membuatkan rakyat kembali berfikir dan menilai semula kredibiliti Bala yang jelas meragukan dan mempunyai agenda tersembunyi.
Bala juga ketika ditanya mengenai pendirian beliau mengenai kerajaan, mengatakan sejak dari kecil lagi telah wujud perasaan benci terhadap kerajaan BN/Umno.

 Dan tanpa berselindung mengatakan dia adalah merupakan antara tenaga pengerak kepada gerakan Hindraf suatu ketika dahulu. Maka atas sebab itu, Chegu Bard berusaha untuk menyucikan kembali imej Bala dengan mengatakan wujud ancaman sehingga membahayakan nyawa beliau yang telah menyebabkan Bala bertindak mengeluarkan SD2 dan melarikan diri ke luar negara.

Dan ketika seisi pendedahan yang diadakan itu, acapkali juga Chegu Bard terpaksa memainkan peranan dalam menentukan hala tuju percakapan Bala agar dapat dikaitkan dengan pimpinan negara. Dan lebih menghairankan percakapan beliau juga tersekat-sekat dan sering terlupa dengan fakta yang terkandung di dalam SD1.

 Percakapan Bala pada malam semalam seolah-olah bercakap dengan mengunakan skrip pihak tertentu dan bukannya berdasarkan pengalaman sendiri seperti yang di dakwa. Sedangkan Bala sebelum ini mendakwa SD1 satu adalah merupakan kenyataan beliau sendiri berdasarkan fakta sebenar sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda.

Sekiranya pertuduhan tersebut mempunyai asas dan kebenaran, masakan Bala boleh terlupa ‘poin-point’ penting pertuduhan? Melainkan SD1 adalah merupakan hasil ciptaan dan rekaan semata-mata yang direka khusus untuk merosakkan imej Datuk Seri Najib dan isteri beliau.

Bagi menyelamatkan keadaan, Chegu Bard terpaksa mengunakan alasan, ekoran telah berada dalam tempoh yang lama di luar negara, maka Bala sudah tidak lagi fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sedangkan isu terlupa fakta dengan tidak fasih bercakap adalah dua fakta yang jauh berbeza.


Dan yang paling mengejutkan, Bala juga secara tidak sengaja mendedahkan bahawa dia telah dibayar oleh Deepak sebanyak RM100 ribu tunai dan diberi sebuah kondomiun di Berjaya Times Square. Wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun bini Bala beserta dokumen perjanjian hakmilik kondominium tersebut.

Ia secara tidak langsung membuktikan wujud konspirasi dan jenayah terancang diantara Bala dan Deepak. Dan yang paling penting ialah, Bala gagal megemukan sebarang bukti yang kukuh dalam pertuduhan beliau.

Kesimpulannya isu yang cuba dibawa ini adalah merupakan sandiwara terbaru pakatan pembangkang dalam mempegaruhi rakyat sebagai satu strategi untuk merampas kerajaan. Jenayah terancang ini juga jelas membuktikan terdapatnya dalang sebenar di sebalik sandiwara yang sengaja diada-adakan ini.

Tuesday, 26 February 2013

Mana Bala Sorok Duit Altantuya Yang Di Curi?


PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.

Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.

Malah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.

Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?

Dalam pada itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta Altantuya tidak sampai ke tangannya.

Bala tentu masih ingat pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.

Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.

Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya, menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan Razak Baginda.

Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa tragis ini tidak berlaku.

Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya satu nyawa telah melayang.

Kini Bala kembali semula, bukannya untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya demi memenuhi kehendak politik PR.

Saturday, 23 February 2013

Ku Li PM Jika PR Menang


Anwar ditolak oleh Majlis Syura PAS bukan lagi merupakan desas-desus atau khabar angin yang digembar-gemburkan atas nama propaganda politik.   Hakikatnya, Majlis Syura PAS kini benar-benar tegas enggan menerima Anwar sebagai Perdana Menteri kerana diselubungi masalah moral, LGBT, liberalisme dan pluralisme. 

Penolakan itu diketuai sendiri oleh Hadi Awang, Haron Din, Haron Taib, Tuan Ibrahim dan beberapa lagi nama-nama penting dalam Majlis Syura. 

Nama Hadi Awang dan Ku Li kemudiannya diumumkan sebagai calon Perdana Menteri.  
Namun, Ku Li dilihat mempunyai lebih berpotensi kerana beliau mampu mengekalkan Kelantan, selain mempunyai imej yang lebih bersih dari Anwar.  

Ku Li juga diterima baik oleh orang Melayu, malah dilihat mampu melonjakkan sokongan Melayu terhadap PAS yang sudah berada di tahap tepu.  

Selain itu, Ku Li yang telah lama di dalam UMNO juga mempunyai imej lebih terbuka yang mana memudahkan penerimaan kaum bukan Melayu terhadapnya. 

Atas faktor ini maka nama Hadi telah terpaksa dibelakangkan buat sementara waktu, terutamanya bagi mengelak sebarang masalah dengan DAP. 

Strategi PAS ialah, Ku Li yang telah disahkan akan bertanding atas tiket UMNO di kawasan azalinya, Gua Musang, tidak akan dicabar, sebaliknya dibiarkan menang tanpa bertanding.   Setelah menang, Ku Li kemudiannya akan mengumumkan keluar UMNO dan berkempen untuk Pakatan Rakyat sebagai calon PM.  

Bagaimanapun, keputusan ini diambil oleh PAS secara sendirian, iaitu tanpa berbincang dengan PKR dan DAP kerana menganggap perbincangan mengenai calon PM dengan kedua-dua sekutu mereka itu sebagai sia-sia berdasarkan pengalaman di mana semua isu yang berbangkit, tidak akan sama sekali memihak kepada PAS. 

Selama ini juga, keputusan meletakkan Anwar sebagai PM tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah dipersetujui oleh PAS tetapi tetap dikira sebagai keputusan bersama atas dasar demokrasi 2-1.
  
Nampaknya, PAS sudah mula bangkit dan tidak sanggup lagi dipijak-pijak oleh DAP dan PKR.  Majlis Syura melalui suara lantang Dato’ Haron Din, kini berusaha membuktikan bahawa mereka bukanlah sampah atau anjing kurap mahupun kuda tunggangan kepada sesiapa dan PAS tidak akan lagi bertolak ansur dalam isu-isu yang membabitkan Melayu dan Islam, terutamanya isu Kalimah Allah.
    
Keputusan mengenai ‘Perdana Menteri PR’ ini disampaikan kepada Anwar dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din di pihak PAS serta Azmin, Saifuddin Nasution, Rahim Ghouse dan Anwar sendiri di pihak PKR.  Anwar dilaporkan begitu berang, tetapi terpaksa menahan kemarahannya apabila diberitakan bahawa beliau ditolak mentah-mentah sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat. 

Anwar yang tidak dapat menerima penolakan tersebut telah menemui Haron Din secara peribadi di rumah.  Bagi mengelak desakan Anwar, Haron Din memberi alasan bahawa perlantikan Ku Li hanyalah bersifat transisi, iaitu sekadar untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya sebelum menyerahkan jawatan PM kepada Anwar. 

Namun, pastinya Anwar lebih tahu apakah alasan itu logik atau tidak. keputusan yang diambil oleh Majlis Syura ini, bagaimanapun, masih bersifat ‘tergantung’. 

Ini kerana pihak yang terlibat, iaitu Ku Li sendiri, belum lagi bersuara dan kalaupun beliau bersuara kita belum tahu lagi apakah ia suara hati atau suara politik.
 
Dengan DAP tidak dilibatkan dalam perbincangan yang membawa kepada keputusan ini, tentulah lebih sukar lagi bagi Majlis Syura untuk memastikan rancangan mereka berjaya.
 
Apa yang pasti, Anwar benar-benar berang dan kemarahan tersebut telah dihamburkannya tanpa sembunyi-sembunyi lagi di dalam mesyuarat PKR.  Dan pastinya, DAP lebih lagi berangnya kerana PAS jelas ‘tidak mendengar kata’.
 
Ini bukan kali pertama PAS membuat U-Turn ketika bersama Pakatan Rakyat.  PAS telah beberapa kali U-turn dalam isu hudud, begitu juga dengan isu-isu arak, judi dan lain-lain. 

Isu Kalimah Allah ini juga belum pasti merupakan U-turn PAS yang terakhir.  Pada tahun 2010 PAS bersuara senada dengan DAP tetapi pada 2012, PAS bermain irama berlainan pula.
 
Oleh itu, selagi PAS masih berangan untuk ke Putrajaya dan menduduki kuasa, apakah jaminan yang parti itu tidak akan membuat U-turn sekali lagi dan turut menyertai koir DAP menyanyikan lagu Kalimah Allah di dalam Injil demi mencapai cita-citanya?
 
Jika Majlis Syura benar-benar ikhlas untuk kembali meletakkan agama mengatasi politik, maka ia adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.  Tetapi, kita masih tidak faham bagaimana sekumpulan Ulama boleh menggunakan strategi yang licik, tidak ikhlas, malah khianat kepada rakan sekutu sendiri dalam usaha untuk berkuasa.
   
Seharusnya, para Ulama membawa sikap tulus dalam berpolitik iaitu tanpa tipu helah atau muslihat serta menyatakan kebenaran secara konsisten, tidak kira sama ada sesama sendiri atau di depan rakan sekutu, di depan musuh atau di dalam media.

Lihat saja bagaimana para Ulama ini yang masih enggan mengambil risiko kehilangan peluang untuk menang PRU, maka mereka pun menghantar ‘bola’ ke kaki Ku Li.  Tetapi dihalang oleh Anwar dan DAP.  Justeru, apakah kesudahannya permainan para Ulama di dalam Majlis Syura ini? 

Jelaslah bahawa PR sudah pun kehilangan arah sebelum Pilihanraya.  Justeru, bagaimana kita boleh mengharap kepada parti yang kehilangan arah ini, untuk membawa kita ke mana-mana?   

Wednesday, 20 February 2013

PR Ambil Masa 18 Bulan Untuk Sediakan Manifesto Tipu Rakyat 2013


“Manifesto bukan satu perjanjian” merupakan kata-kata ‘keramat’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang terus menghantui rakyat sehingga kini. Dalam kata lain, Khalid menegaskan bahawa Manifesto PR hanyalah satu penipuan.

Sementelah dengan itu, semalam, PR mengumumkan yang parti itu akan melancarkan Manifesto baru pula sempena PRU-13.

Manifesto tersebut yang dinamakan Manifesto Rakyat bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Walaupun Manifesto PR tidak membawa makna apa-apa kerana ia bukan satu perjanjian, tetapi penyediaan Manifesto Tipu tersebut, seperti dikhabarkan oleh Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli, telah mengambil masa selama 18 bulan untuk proses rundingan dan kajian sebelum dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Menurut beliau juga, ‘Manifesto Tipu Rakyat’ kali ini menggabungkan ke semua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan juga belanjawan 2013.

Mengimbas kembalil Manifesto Tipu Rakyat 2008, ianya turut mengandungi beberapa teras utama yang merangkumi pentadbiran, sosial dan kebajikan rakyat, kesihatan rakyat, dan keselamatan rakyat.
Di dalam perinciannya, termaktub ikrar untuk memastikan ketelusan ADUN dan Exco, menubuhkan badan khas untuk menyiasat penyelewengan tanah dan sumber negeri, dan memberhentikan projek yang membazir.



Namun, apa yang berlaku ialah sumber tanah dan negeri terus dikorek sehingga lohong dan gondol, siasatan SPRM terhadap kes rasuah Exco PR dipolitikkan sehingga ada yang menyebabkan kematian saksi penting, dan projek-projek membazir dan tidak masuk akal terus berjalan.

Mengenai pemberian wang tunai pula, termasuk wang tunai bagi anak Selangor yang masuk universiti, tabung permulaan pada bayi kelahiran Selangor, subsidi TASKA tanpa had anak, elaun ibu tunggal, elaun suri rumah, insurans untuk OKU, biasiswa, pendidikan pra-sekolah percuma dan rumah bagi setiap keluarga kini masih lagi menjadi mimpi.

Bagaimanapun, kerajaan Selangor menafikan yang semua janji wang tunai ini tidak dilaksanakan dan menurut ‘checklist’ mereka, ada beberapa perkara yang telah terlaksana, atau dalam kata lain, ada rakyat yang telah menikmatinya. Antaranya, wang subsidi TASKA RM50-RM100 dan tabung permulaan RM100 anak kelahiran Selangor.

Kita pun tertanya-tanya siapakah yang penerima itu? Ini kerana tiada satu prosedur atau pengumuman tertentu yang memaklumkan rakyat cara untuk menuntut janji-janji ini tetapi tiba-tiba saja mengumumkan yang ada rakyat yang telah menerimanya? Bila dan bagaimana mereka menerimanya?

Terdapat juga di dalamnya kenyataan bahawa cukai pintu akan diturunkan. Namun, ia bukan sahaja tidak dilaksanakan, tetapi di beberapa tempat di Selangor, ia telah dinaikkan.

Begitu juga dengan kenyataan untuk memantau pembangunan dan memelihara alam sekitar, tetapi jangankan soal pembangunan, soal sampah yang tidak pernah bermasalah di zaman BN pun kini sudah menjadi masalah yang tidak berkesudahan di Kedah, Selangor dan selamanya di Kelantan.
Walau apapun, kita harus akur bahawa rakyat tidak berhak mempersoalkan segala yang tidak tertunai itu kerana “Manifesto Bukan Satu PerJanjian” dan hanyalah satu “Penipuan”.

Justeru, rakyat juga tidak wajar mengharapkan apa-apa dari Manifesto Tipu Rakyat yang bakal dilancarkan oleh PR pada 25 Februari ini kerana ia sekadar satu kertaskerja yang dibuat untuk suka-suka bagi menyedapkan telinga rakyat.

Rupanya, bukan satu kerja mudah untuk memikir dan menyenaraikan penipuan-penipuan terbaik untuk dibentangkan kepada rakyat di mana persediaannya mengambil masa sehingga 18 bulan! Jelas, penipuan-penipuan ini telah pun difikirkan secara terperinci dan dari segala segi bagi memastikan ia enak dan lazat untuk ditelan.

Oleh itu, tidak salah untuk kita meluangkan masa untuk mendengar pengumuman senarai penipuan yang enak-enak oleh PR, asalkan jangan kita mempercayainya. Tidak salah juga untuk berangan mendapat berbagai bantuan dan kemudahan termasuk wang tunai dan di masa yang sama segala-galanya turun harga atau percuma seperti yang bakal disenaraikan PR, asalkan kita mampu mencongak dan membezakan yang logik dengan yang tidak.

Sesungguhnya, bukan semua rakyat Malaysia sebodoh Anwar Ibrahim yang gagal memahami ekonomi mudah sehingga hampir membangkrapkan negara dalam kebuntuannya sebagai Menteri Kewangan, ketika menangani krisis ekonomi Asia 1997/98.

Lagipun, seseorang itu tidak perlu menjadi begitu bijak untuk memahami ayat “Manifesto bukan satu perjanjian”.

NURUL IZZAH PASTI MENANG LAWAN UTUSAN MALAYSIA


Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013.  Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan.  Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara. 

Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.
 
Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara. 

Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita. 

Sikap ‘tidak serupa bikin’ pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara.  Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus. 

Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri.  Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah. 

Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang.

Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya. 
Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC yang didakwanya sebagai berniat jahat. 

Sedangkan Utusan hanya bertindak sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk mengesahkan laporan mereka. 

Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.
Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia. 

Keyakinan ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu.  Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas.

Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes jenayah.  Antaranya:   

1.Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman tersebut ditarik balik.

2.Kes Bunuh seorang pemuda dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri.  Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).

Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.

3.      Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011  melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya.  Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah. 

Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT.  Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita. 

Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.  

P/S : Apa nak jadilah dengan Negara Malaysia Sekarang nie...

Tuesday, 19 February 2013

GEMPAR!!! BUKTI PEMBANGKANG BAYAR CYBER TROOPER GUNA DUIT RAKYAT.


Sabotage Media Troopers?

Dasyat betul PR ni hired budak² blogger dengan tujuan untuk mensabotaj hasil usaha kerajaan BN terhadap rakyatnya.

Yang lagi menariknya lagi tu, setiap blogger dibayar RM3,000 seorang oleh YB Ampang, Zuraida Kamaruddin. Jumlah keseluruhan yang dibayar sebanyak RM36,000 sebulan. Jika dikira setahun pula berjumlah RM432,000 dan jika dikira pembayarannya bermula tahun 200...8, sebanyak RM1,728,000.

Mak aihhh hampir RM2 juta diperuntukan untuk blogger penfitnah?

Kalo lah duit tu digunakan seperti yang dirancang dalam manifesto 2008, nescaya hari ini ibu² tunggal tak berperang dengan kerajaan negeri Selangor.


Hebat kerajaan Negeri Selangor menggunakan duit rakyat untuk membayar blogger - blogger mereka, bukan sikit tapi sampai RM 3,000 seorang. Jika dilihat dari dokumen sulit yang kami terima, duit tersebut dibayar menggunakan duit rakyat, melalui YB Zuraidah Kamaruddin. Persoalannya sekarang, mana integriti pihak pembangkang yang sanggup menggunakan duit rakyat untuk kepentingan mereka sendiri?

Selain itu, apa pula komen penyokong pembangkang? adakah ini ok dan boleh diterima? Saya harap penyokong pembangkang tidak diam seribu bahasa dan terima sahaja perkara ini buta - buta.

I want to hear from you...
 
Kredit To Klik Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...