Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Wednesday 20 February 2013

PR Ambil Masa 18 Bulan Untuk Sediakan Manifesto Tipu Rakyat 2013


“Manifesto bukan satu perjanjian” merupakan kata-kata ‘keramat’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang terus menghantui rakyat sehingga kini. Dalam kata lain, Khalid menegaskan bahawa Manifesto PR hanyalah satu penipuan.

Sementelah dengan itu, semalam, PR mengumumkan yang parti itu akan melancarkan Manifesto baru pula sempena PRU-13.

Manifesto tersebut yang dinamakan Manifesto Rakyat bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Walaupun Manifesto PR tidak membawa makna apa-apa kerana ia bukan satu perjanjian, tetapi penyediaan Manifesto Tipu tersebut, seperti dikhabarkan oleh Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli, telah mengambil masa selama 18 bulan untuk proses rundingan dan kajian sebelum dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Menurut beliau juga, ‘Manifesto Tipu Rakyat’ kali ini menggabungkan ke semua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan juga belanjawan 2013.

Mengimbas kembalil Manifesto Tipu Rakyat 2008, ianya turut mengandungi beberapa teras utama yang merangkumi pentadbiran, sosial dan kebajikan rakyat, kesihatan rakyat, dan keselamatan rakyat.
Di dalam perinciannya, termaktub ikrar untuk memastikan ketelusan ADUN dan Exco, menubuhkan badan khas untuk menyiasat penyelewengan tanah dan sumber negeri, dan memberhentikan projek yang membazir.



Namun, apa yang berlaku ialah sumber tanah dan negeri terus dikorek sehingga lohong dan gondol, siasatan SPRM terhadap kes rasuah Exco PR dipolitikkan sehingga ada yang menyebabkan kematian saksi penting, dan projek-projek membazir dan tidak masuk akal terus berjalan.

Mengenai pemberian wang tunai pula, termasuk wang tunai bagi anak Selangor yang masuk universiti, tabung permulaan pada bayi kelahiran Selangor, subsidi TASKA tanpa had anak, elaun ibu tunggal, elaun suri rumah, insurans untuk OKU, biasiswa, pendidikan pra-sekolah percuma dan rumah bagi setiap keluarga kini masih lagi menjadi mimpi.

Bagaimanapun, kerajaan Selangor menafikan yang semua janji wang tunai ini tidak dilaksanakan dan menurut ‘checklist’ mereka, ada beberapa perkara yang telah terlaksana, atau dalam kata lain, ada rakyat yang telah menikmatinya. Antaranya, wang subsidi TASKA RM50-RM100 dan tabung permulaan RM100 anak kelahiran Selangor.

Kita pun tertanya-tanya siapakah yang penerima itu? Ini kerana tiada satu prosedur atau pengumuman tertentu yang memaklumkan rakyat cara untuk menuntut janji-janji ini tetapi tiba-tiba saja mengumumkan yang ada rakyat yang telah menerimanya? Bila dan bagaimana mereka menerimanya?

Terdapat juga di dalamnya kenyataan bahawa cukai pintu akan diturunkan. Namun, ia bukan sahaja tidak dilaksanakan, tetapi di beberapa tempat di Selangor, ia telah dinaikkan.

Begitu juga dengan kenyataan untuk memantau pembangunan dan memelihara alam sekitar, tetapi jangankan soal pembangunan, soal sampah yang tidak pernah bermasalah di zaman BN pun kini sudah menjadi masalah yang tidak berkesudahan di Kedah, Selangor dan selamanya di Kelantan.
Walau apapun, kita harus akur bahawa rakyat tidak berhak mempersoalkan segala yang tidak tertunai itu kerana “Manifesto Bukan Satu PerJanjian” dan hanyalah satu “Penipuan”.

Justeru, rakyat juga tidak wajar mengharapkan apa-apa dari Manifesto Tipu Rakyat yang bakal dilancarkan oleh PR pada 25 Februari ini kerana ia sekadar satu kertaskerja yang dibuat untuk suka-suka bagi menyedapkan telinga rakyat.

Rupanya, bukan satu kerja mudah untuk memikir dan menyenaraikan penipuan-penipuan terbaik untuk dibentangkan kepada rakyat di mana persediaannya mengambil masa sehingga 18 bulan! Jelas, penipuan-penipuan ini telah pun difikirkan secara terperinci dan dari segala segi bagi memastikan ia enak dan lazat untuk ditelan.

Oleh itu, tidak salah untuk kita meluangkan masa untuk mendengar pengumuman senarai penipuan yang enak-enak oleh PR, asalkan jangan kita mempercayainya. Tidak salah juga untuk berangan mendapat berbagai bantuan dan kemudahan termasuk wang tunai dan di masa yang sama segala-galanya turun harga atau percuma seperti yang bakal disenaraikan PR, asalkan kita mampu mencongak dan membezakan yang logik dengan yang tidak.

Sesungguhnya, bukan semua rakyat Malaysia sebodoh Anwar Ibrahim yang gagal memahami ekonomi mudah sehingga hampir membangkrapkan negara dalam kebuntuannya sebagai Menteri Kewangan, ketika menangani krisis ekonomi Asia 1997/98.

Lagipun, seseorang itu tidak perlu menjadi begitu bijak untuk memahami ayat “Manifesto bukan satu perjanjian”.

No comments:

Post a Comment

GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...