Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Showing posts with label manifesto PR. Show all posts
Showing posts with label manifesto PR. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

PAS Membisu Tiada Hudud Dalam Manifesto PR

  

Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.

Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya.

Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.

Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.

Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya.

Hingga saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan PAS dengan PKR semakin renggang.

Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian.

Alih-alih ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.

Akhirnya dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh mereka dan pemimpin PAS pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut perintah.

Mungkin dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin PAS yang masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi apa lagi gunanya?

Hakikat kebenarannya PAS telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di canang oleh PAS akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian sahaja.

Monday, 11 March 2013

Meraikan 5 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat



Pejam celik, pejam celik, sudah lima tahun rupanya Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ini bermakna selama 5 tahun, rakyat diberikan peluang meneliti dan menilai kepimpinan PR dan membandingkannya dengan BN.

5 tahun rakyat dipertontonkan dengan sikap pemimpin PR selepas menjadi wakil rakyat berbanding sebelumnya. 5 tahun juga rakyat berpeluang melihat keadaan sekeliling mereka dan membandingkan dengan sebelumnya, dari segi pembangunan, persekitaran, kebajikan termasuk dari segi spiritual yang kononnya begitu penting bagi PR, atau lebih spesifik, PAS.

Pada waktu itu, kita menjangkakan robohnya kilang arak yang menjadi tonggak penentangan PAS terhadap UMNO.

Manakala surirumah pula menjangkakan elaun khas untuk menghargai khidmat dan jasa mereka, begitu juga golongan ibu tunggal dan warga emas. Ibubapa dengan anak kecil pula menjangkakan bantuan tunai bagi bayaran TASKA dan berbagai-bagai golongan lagi menjangkakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sepertimana yang tertulis dalam Manifesto PR yang diumumkan 5 tahun lalu.

Pendek kata, rakyat Selangor menjangkakan sebuah negeri yang hebat lagi ‘Islamik’ berdasarkan Manifesto serta Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan pada 2009 oleh kerajaan PR Selangor, dengan tarikan pelaburan berjumlah RM50 billion yang mampu mencipta 150,000 peluang pekerjaan.

Namun, tidak mungkin sesiapa dapat menafikan bahawa sekali pandang, tampak tiada banyak perbezaan di Selangor antara pemerintahan BN dan PR, selain pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan dan tanpa kawalan sejak 5 tahun lalu.

Lebih dari itu, kilang arak masih di situ dan golongan yang dijanjikan tunai juga langsung tidak menerima apa-apa.

Jika ada pun yang diterima mereka hanyalah BR1M, wang bantuan persekolahan RM100, PR1MA dan bermacam-macam lagi yang mana diberikan oleh kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional dan bukannya kerajaan PR Selangor.

Pakej Rangsangan Ekonomi untuk menarik RM50 billion pelaburan yang dicanangkan, ternyata hanya satu lagi cakap kosong. Pakej tersebut kononnya merangkumi 6 projek utama iaitu Projek Pemulihan Sg. Klang, Pemulihan Projek Terbengkalai, Pembaharuan Bandar, Meningkatkan Hasil Padi, Meningkatkan Pengangkutan Awam dan Pengstukturan Perkhidmatan Air Selangor.

Namun, setelah 5 tahun berlalu, 120km Sg. Klang masih tiada peningkatan dan apa yang dikatakan pembaharuan bandar pula hanya menyaksikan pemaju semakin rakus mengaut untung sehingga mengakibatkan rakyat tempatan merasa terancam dan terpinggir.

Yang selebihnya tidak perlulah dibincangkan lagi kerana kita semua sedia maklum yang tiadanya peningkatan apa-apa, selain dari peningkatan masalah air di sekitar Selangor.

Sebaliknya, RM50 billion pelaburan yang dijangka masuk ke Selangor, bukannya bertitik tolak dari projek yang disenaraikan oleh kerajaan PR Selangor tetapi daripada kerajaan persekutuan juga, iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Antaranya, RM7.4 bilion bagi pembinaan tiga hingga empat lebuhraya, dan projek My Rapid Transit (MRT) serta sambungan LRT. Bakinya adalah dari pelaburan langsung asing yang diterajui oleh MIDA atau kerajaan pusat.

Justeru, apakah yang akan diraikan oleh PR selama 5 tahun pemerintahan mereka? Kejayaan menambah rumah urut dan pusat maksiat? Kejayaan memurtadkan umat Islam? Kejayaan mengorek pasir secara besar-besaran? Atau kejayaan melanjutkan dan merumitkan masalah bekalan air?
Atau kegagalan menyelenggara sistem saliran agar selari dengan pembangunan yang pesat sehingga menyebabkan banjir di tempat-tempat yang tidak pernah banjir sebelum ini?

Hakikatnya, 5 tahun di bawah PR sudah cukup untuk membuktikan bahawa parti tersebut tidak pernah berniat menepati janji, tidak tahu apa yang mereka katakan, dan tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat sebaliknya hanya mementingkan golongan peniaga dan keuntungan.

Selama 5 tahun juga, rakyat kini mampu membaca bahawa di dalam parti PR, yang memerintah tetap DAP, walaupun Menteri Besarnya dari PKR.

Sunday, 3 March 2013

Manifesto: Hudud Gugur, Perjuangan PAS Sudah Ibarat Sampah



Manifesto PR bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2013 yang lepas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS.

Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan. Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak hampir tiga dekad lalu.

Ia mengejutkan ramai pemerhati politik kerana dengan gugurnya isu perlaksanaan hudud dari Manifesto PR membawa maksud akar kekuatan PAS telah dicabut keluar, meletakkan parti yang sekian lama memperalatkan Islam sebagai jenama parti itu semakin tergadai prinsip juangnya.

PAS kelihatan seperti ketiadaan pengaruh dan tidak berkemampuan mendesak agendanya dijadikan prioriti dalam Manifesto PR, dengan ini meletakkan perjuangan PAS dalam isu perlaksanaan hudud sudah tidak bernilai kerana dianggap tidak membawa sebarang manfaat kepada PR.

Akibatnya sebahagian besar ahli dan penyokong PAS hanya mampu terkebil-kebil dan mati kutu dibuatnya kerana ia jelas mengulangi kegagalan PAS sebelum ini dalam isu pengguguran Negara Islam dari kamus perjuangan PAS untuk digantikan dengan Negara Berkebajikan.

Dari satu sudut pengguguran isu hudud ini boleh dianggap satu kejayaan besar bagi Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu pernah berjanji dan memberi jaminan kepada sekumpulan pemimpin masyarakat Cina pro DAP dan PKR di Subang Jaya, Selangor bahawa hudud tidak akan mendapat tempat dalam PR.

Dan Anwar terbukti berjaya merealisasikan janji dan jaminan itu sekaligus senario ini juga mengesahkan kedudukan PAS dalam PR hanya setaraf kasta rendah yang hanya sekadar menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.

Thursday, 28 February 2013

PAS Hanya Rugi Di Dalam Manifesto Pembangkang


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

“(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa… kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu,” katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr. Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata, sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

“Pemimpin Pas tahu the in and out (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim,” katanya.

Hasan berkata isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang. – BERNAMA
sumber : KLIK SINI

Tuesday, 26 February 2013

“Manifesto Bukan Janji-Pakatan Hancurkan Rakyat”



Analisis awal intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :

 

1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
 
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

 
Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!

 

2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
 
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

 
Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

 

3) Gaji Minimum RM1,100??
 
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

 
Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

 

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
 
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

 
Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

 

5) Hapus dan Batalkan AES
 
Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!

 

6) Perumahan Selesa?
 
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

 

7) Turun Harga Kereta
 
Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?

 
Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........

 

Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!

Oleh:hulubalangKANAN

BUKTI !!! Anwar Tidak Pernah Mungkiri Janji


 
GP : Anwar TIDAK PERNAH MUNGKIRI JANJI UTK TERUS BERJANJI PALSU..

Monday, 25 February 2013

Manifesto Pakatan Pembangkang - Beri Macam-Macam, Mansuh Macam-Macam


1.   Usai sudah majlis pelancaran Manifesto Pakatan Pembangkang tengahari tadi di SACC Mall Shah Alam yang menyaksikan lagi tambahan janji demi janji untuk rakyat jelata yang kehausan kemanisan mulut pemimpin yang suka berjanji.

2.   Tiada yang istimewanya manifesto kali ini yang hanya mengubah dan mencedok sebahagian besar dasar 100 hari Buku Jingga yang menemui kegagalan dalam memikat hati rakyat Malaysia.

3.   Harga minyak turun,mengurangkan hutang negara,pendidikan percuma,rumah mampu milik,sejuta peluang pekerjaan dan pelbagai lagi janji ditaburi di dalam SACC Mall ini hanya menambahkan kemarahan rakyat di Negeri yang di perintah mereka. Lihat sahaja di Selangor dimana hanya 1-2 manifesto yang di tunaikan dari 31 Janji dalam Manifesto, dan apakah rakyat akan terus percaya dengan manifesto yang baru dan menghalalkan manifesto yang dirangka pada PRU12?

4.   Turun Harga Minyak- Menurunkan harga minyak salah satu janji yang sangat lemah, dan rakyat seharusnya tidak mudah tertipu dengan segala yang dijanjikan. Anwar dalam ceramah sering membandingkan tentang harga minyak ketika zaman dia menjadi Menteri Kewangan dahulu, apakah Anwar lupa ketika dia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri harga minyak dunia sekitar USD20 , berbanding sekarang yang mencecah USD90.

Ya boleh guna duit Petronas tetapi sampai bila? Bukit kalau ditarah akan rata juga, kerana jika diikutkan kalau harga minyak dikurangkan bermakna subsidi kerajaan tanggung lebih besar dan adakah itu tidak melibatkan bebanan kerajaan dan menambah hutang negara yang sedia ada? dan apakah ada negara yang sedang membangun dan maju tidak berhutang?

5.   Pendidikan percuma- Jika benar Pakatan Pembangkang serius mahu menunaikan janji ini kenapa ia tidak dimulakan di Selangor atau Kedah? Apa jadi pada UNISEL?? Apakah rakyat Selangor menikmati pendidikan percuma di UNISEL? Sama juga soalnya di Kedah, krisis yang melanda KUIN bukti kegagalan Pakatan Pembangkang mengurus tadbir Polisi dan Dasar Pendidikan dengan cekap.

6.   Sejuta Peluang Pekerjaan-Mengenai peluang pekerjaan yang dijanjikan lebih sejuta rakyat akan nikmati peluang pekerjaan jika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya,Exco Selangor Terresa Kok mendakwa bahawa pelaburan di Selangor 2012 mencatat rekod terbaik dalam sejarah Pakatan Pembangkang dengan jumlah RM10.5 bilion melibatkan 211 projek perkilangan yang diluluskan masing-masing 131 projek baru dengan nilai RM7.477 bilion dan 80 projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan berjumlah RM3.043 bilion, akan tetapi mengapakah rakyat selangor masih ada yang sukar mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dalam projek-projek yang kononya ada di Selangor seperti yang di war-warkan?

7.   Bagaimana pula dengan bantahan demi bantahan ke atas projek LYNAS dan RAPID Penggerang yang mampu memberi ribuan pekerjaan kepada rakyat tetapi dinafikan hak mereka oleh NGO-NGO yang kononya mencintai alam sekitar tetapi sebenarnya alat Pakatan Pembangkang yang berniat jahat? Mereka tutup pintu rezeki rakyat Malaysia yang rata-ratanya dari kalangan orang Melayu sendiri di LYNAS dan RAPID tetapi tengahari tadi mereka berjanji mahu memberikan lebih Sejuta peluang pekerjaan jika berjaya menawan Putrajaya, apakah rakyat perlu percaya?

8.   Rumah mampu milik- Selama 23 tahun PAS mentadbir Kelantan tetapi sebuah rumah mampu milik pun mereka tak bina. Semua rumah itu dibina oleh agensi-agensi milik kerajaan pusat seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB. Untuk Rekod Kelantan juga adalah negeri penerima terbanyak Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibawah program anjuran SPNB.

PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Selangor pula hanya membina rumah-rumah yang nilainya tidak mampu dibeli rakyat selangor walaupun bergaji 3-4 ribu sebulan. Begitu juga di Pulau Pinang dan manakala di Kedah pula Kerajaan PAS menagih simpati sepenuhnya kepada SPNB, untuk membina rumah mampu milik kepada rakyat Kedah. Jika kita imbas kembali janji PRU12 Pakatan Pembangkang di Selangor dimana mereka berjanji akan membantu rakyat selangor memiliki kediaman sendiri dan sehingga hari ini rakyat nak tahu berapa ramai rakyat Selangor telah dibantu untuk memiliki kediaman sendiri?

9.   Negara Islam-Akhir sekali, manifesto kali ini hanya membawa agenda PKR dan DAP berbanding PAS yang dinafikan hak untuk membentangkan dasar Negara Islam dan Hudud di Malaysia jika Pakatan ke Putrajaya. Apakah Tuan Guru Haji Hadi akan berani mengumumkan “Hari ni PR Menang! Esok Kita Laksana Hudud!”

Pasti ramai ahli PAS terutama dari Majlis Syura kecewa dengan Pembentangan pagi tadi kerana dasar dan perjuangan PAS langsung tidak diketengahkan dalam Konvensyen pagi tadi dan usaha mereka untuk menghapuskan undang-undang penjajah yang diguna pakai UMNO/BN sepanjang 56 tahun ini menemui jalan buntu kerana tidak langsung dibahaskan dalam perbentangan tadi dan ahli dan alim Ulama PAS kena akur dan meneruskan undang-undang sekular ini jika mereka berjaya menakluk Putrajaya.

Lihat lagi, KLIK SINI

DOWNLOAD MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PRU 13



sila nilaikan janji - janji yg telah ditaburkan.. jangan tertipu lagi...

DOWNLOAD MANIFESTO PR PRU13

Pesanan Buat Anwar Ibrahim Jika Berjaya Jadi PM


Siapa yang tidak ingat, betapa yakinnya Anwar Ibrahim berjanji pada seluruh dunia, 16 September 2008, PR akan mengambil alih kuasa di Parlimen dan beliau akan 'mengangkat sumpah' sebagai PM ke-7.. Tetapi, itulah Anwar Ibrahim... politiknya penuh dengan angan-angan!

 

Sekali lagi, menjadi 'Raja Propaganda' menggunakan media luar, BloombergNews, Anwar Ibrahim 'menjaja' PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU-13 dengan janji ‘smooth and peaceful transition’.

 
Apa mimpi Anwar Ibrahim begitu yakin 'menjaja' pelaksanaan 'smooth and peaceful transition' ini?

 

Selangor - isunya terlalu banyak dan sudah diketahui umum! Isu keangkuhan untuk bekerjasama dengan SYABAS sehingga rakyat merana ketiadaan air, isu ibu tunggal dan warga emas yang 'ditipu' bantuan, isu bantuan persekolahan pra-sekolah yang tidak diserah-serah. Ditambah lagi, isu dalaman, apabila anak muda, Rafizi Ramli dipinggirkan, 'anak derhaka', YB Azmin Ali yang ditatang dan YB Tan Sri Khalid sudah tidak lagi sehaluan, kepimpinan negeri yang sudah celaru!

 
Di mana asasnya rakyat Selangor masih 'sudi' mengundi kepimpinan anda, Anwar Ibrahim?

 

Kedah - isunya sudah melarat-melarat. Terbaru, ADUN dan Ahli-ahli PAS Kedah dengan jujurnya melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap YB MB Kedah, Datuk Seri Azizan atas ketidakmampuan mentadbir sehingga menampakkan kelemahan PR & PAS di Kedah. Seperkara lagi, gelombang 'Depa nak tukaq dah' dan kempen maya #SaveKedah semakin mendapat perhatian rakyat Kedah.

 
Apa pula rasional Anwar Ibrahim, masyarakat Kedah masih ingin mengundi pakatan anda?

 

Kelantan - Gelombang Merah sudah terlalu kuat. Logo 'T' (TUKAR) semakin mendapat tempat di hati masyarakat Kelantan. Sudah bertahun lamanya, keperluan pembangunan dan kemajuan rakyat Kelantan dinafikan sehingga menyebabkan hampir setengah juta rakyatnya terpaksa berhijrah. Selain itu, kebergantungan kepada kudrat veteran untuk terus memimpin negeri adalah bukti 'ketamakan kuasa' PAS dan PR. Ketahuilah, pada ketika PR masih bergantung kepada pimpinan lama, BN sudah rancak melakukan transformasi politik membariskan pimpinan-pimpinan segar!

 
Sedarkan Anwar Ibrahim yang rakyat Kelantan punya kuasa untuk Ubah?

 

WP Kuala Lumpur - Kegigihan ahli-ahli BN Kuala Lumpur membantu rakyat KL menyelesaikan isu-isu perbandaran sehingga menyebabkan salah seorang wakil rakyat PR, anakanda Anwar Ibrahim, Nurul Izzah melenting. Pemahaman mudah anak muda itu, untuk menilai siapa buat kerja maka diajaknya berdebat! Andai semudah itu tafsiran seorang pemimpin, punahlah masa depan anak bangsa kita!

Tidakkah Anwar Ibrahim melihat kelonggaran jentera PR di Kuala Lumpur?

Pulau Pinang - Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM120 juta pada 2012 dan unjuran defisit sebanyak RM260 juta pada tahun 2013. Isu defisit ini menjadi 'senjata kuat' untuk membuktikan betapa kerajaan DAP lemah dalam pentadbiran negeri. Tidak cukup dengan itu, isu perbalahan antara Ketua Menteri dan Timbalannya seringkali menjadi bualan. Juga, isu-isu rakyat terutamanya Melayu dan India yang 'dihalau' dari premis perniagaan mahupun kediaman mengakibatkan kebanyakan rakyat sudah serik dengan PR!


 

Sudahkah Anwar Ibrahim mendengar rakaman majoriti rakyat Pulau Pinang melaungkan ‘Are you ready for BN?’ … ‘YESSS!!!’

 

Erti kata mudahnya, di negeri-negeri pimpinan ‘Pakatan Rapuh’ pun sudah lemah dan di ambang kejatuhan, negeri-negeri pimpinan BN sentiasa tetap utuh dan ampuh bersama untuk ‘TOLAK PAKATAN RAKYAT’

 

Pesanan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
1Malaysia mendoakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji 'smooth and peaceful transition' apabila Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan WP Kuala Lumpur KEMBALI KE PIMPINAN BN selepas PRU-13 ini!

 

Jangan sekadar untuk mengalih isu tumpuan rakyat daripada masalah dalaman DAP-PKR di Johor dan perselisihan pendapat Kalimah Allah sehingga terpaksa menjaja cerita di media antarabangsa.

 

Tidak usah lagi memperdaya, kerana rakyat sudah tidak percaya!

Friday, 22 February 2013

EIU: BN akan Menang PRU13, Pembangkang Tak Dapat Terima Hakikat


Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist,' meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.

Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.

Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.

EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala, berkata 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.

Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.

Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.

"Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.

Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.

Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.

"Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan) ... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.

"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.

EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU-13.

Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.

Sementara itu, Umno yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.

"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita Jumaat lalu.

Najib, yang juga presiden Umno dan pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.

Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.

Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah US$9,700 daripada US$7,500 pada tahun 2010.

EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."

Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.

Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU-13".

- Bernama

Wednesday, 20 February 2013

PR Ambil Masa 18 Bulan Untuk Sediakan Manifesto Tipu Rakyat 2013


“Manifesto bukan satu perjanjian” merupakan kata-kata ‘keramat’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang terus menghantui rakyat sehingga kini. Dalam kata lain, Khalid menegaskan bahawa Manifesto PR hanyalah satu penipuan.

Sementelah dengan itu, semalam, PR mengumumkan yang parti itu akan melancarkan Manifesto baru pula sempena PRU-13.

Manifesto tersebut yang dinamakan Manifesto Rakyat bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Walaupun Manifesto PR tidak membawa makna apa-apa kerana ia bukan satu perjanjian, tetapi penyediaan Manifesto Tipu tersebut, seperti dikhabarkan oleh Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli, telah mengambil masa selama 18 bulan untuk proses rundingan dan kajian sebelum dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Menurut beliau juga, ‘Manifesto Tipu Rakyat’ kali ini menggabungkan ke semua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan juga belanjawan 2013.

Mengimbas kembalil Manifesto Tipu Rakyat 2008, ianya turut mengandungi beberapa teras utama yang merangkumi pentadbiran, sosial dan kebajikan rakyat, kesihatan rakyat, dan keselamatan rakyat.
Di dalam perinciannya, termaktub ikrar untuk memastikan ketelusan ADUN dan Exco, menubuhkan badan khas untuk menyiasat penyelewengan tanah dan sumber negeri, dan memberhentikan projek yang membazir.



Namun, apa yang berlaku ialah sumber tanah dan negeri terus dikorek sehingga lohong dan gondol, siasatan SPRM terhadap kes rasuah Exco PR dipolitikkan sehingga ada yang menyebabkan kematian saksi penting, dan projek-projek membazir dan tidak masuk akal terus berjalan.

Mengenai pemberian wang tunai pula, termasuk wang tunai bagi anak Selangor yang masuk universiti, tabung permulaan pada bayi kelahiran Selangor, subsidi TASKA tanpa had anak, elaun ibu tunggal, elaun suri rumah, insurans untuk OKU, biasiswa, pendidikan pra-sekolah percuma dan rumah bagi setiap keluarga kini masih lagi menjadi mimpi.

Bagaimanapun, kerajaan Selangor menafikan yang semua janji wang tunai ini tidak dilaksanakan dan menurut ‘checklist’ mereka, ada beberapa perkara yang telah terlaksana, atau dalam kata lain, ada rakyat yang telah menikmatinya. Antaranya, wang subsidi TASKA RM50-RM100 dan tabung permulaan RM100 anak kelahiran Selangor.

Kita pun tertanya-tanya siapakah yang penerima itu? Ini kerana tiada satu prosedur atau pengumuman tertentu yang memaklumkan rakyat cara untuk menuntut janji-janji ini tetapi tiba-tiba saja mengumumkan yang ada rakyat yang telah menerimanya? Bila dan bagaimana mereka menerimanya?

Terdapat juga di dalamnya kenyataan bahawa cukai pintu akan diturunkan. Namun, ia bukan sahaja tidak dilaksanakan, tetapi di beberapa tempat di Selangor, ia telah dinaikkan.

Begitu juga dengan kenyataan untuk memantau pembangunan dan memelihara alam sekitar, tetapi jangankan soal pembangunan, soal sampah yang tidak pernah bermasalah di zaman BN pun kini sudah menjadi masalah yang tidak berkesudahan di Kedah, Selangor dan selamanya di Kelantan.
Walau apapun, kita harus akur bahawa rakyat tidak berhak mempersoalkan segala yang tidak tertunai itu kerana “Manifesto Bukan Satu PerJanjian” dan hanyalah satu “Penipuan”.

Justeru, rakyat juga tidak wajar mengharapkan apa-apa dari Manifesto Tipu Rakyat yang bakal dilancarkan oleh PR pada 25 Februari ini kerana ia sekadar satu kertaskerja yang dibuat untuk suka-suka bagi menyedapkan telinga rakyat.

Rupanya, bukan satu kerja mudah untuk memikir dan menyenaraikan penipuan-penipuan terbaik untuk dibentangkan kepada rakyat di mana persediaannya mengambil masa sehingga 18 bulan! Jelas, penipuan-penipuan ini telah pun difikirkan secara terperinci dan dari segala segi bagi memastikan ia enak dan lazat untuk ditelan.

Oleh itu, tidak salah untuk kita meluangkan masa untuk mendengar pengumuman senarai penipuan yang enak-enak oleh PR, asalkan jangan kita mempercayainya. Tidak salah juga untuk berangan mendapat berbagai bantuan dan kemudahan termasuk wang tunai dan di masa yang sama segala-galanya turun harga atau percuma seperti yang bakal disenaraikan PR, asalkan kita mampu mencongak dan membezakan yang logik dengan yang tidak.

Sesungguhnya, bukan semua rakyat Malaysia sebodoh Anwar Ibrahim yang gagal memahami ekonomi mudah sehingga hampir membangkrapkan negara dalam kebuntuannya sebagai Menteri Kewangan, ketika menangani krisis ekonomi Asia 1997/98.

Lagipun, seseorang itu tidak perlu menjadi begitu bijak untuk memahami ayat “Manifesto bukan satu perjanjian”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...