Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Showing posts with label izzah. Show all posts
Showing posts with label izzah. Show all posts

Monday, 25 February 2013

Pesanan Buat Anwar Ibrahim Jika Berjaya Jadi PM


Siapa yang tidak ingat, betapa yakinnya Anwar Ibrahim berjanji pada seluruh dunia, 16 September 2008, PR akan mengambil alih kuasa di Parlimen dan beliau akan 'mengangkat sumpah' sebagai PM ke-7.. Tetapi, itulah Anwar Ibrahim... politiknya penuh dengan angan-angan!

 

Sekali lagi, menjadi 'Raja Propaganda' menggunakan media luar, BloombergNews, Anwar Ibrahim 'menjaja' PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU-13 dengan janji ‘smooth and peaceful transition’.

 
Apa mimpi Anwar Ibrahim begitu yakin 'menjaja' pelaksanaan 'smooth and peaceful transition' ini?

 

Selangor - isunya terlalu banyak dan sudah diketahui umum! Isu keangkuhan untuk bekerjasama dengan SYABAS sehingga rakyat merana ketiadaan air, isu ibu tunggal dan warga emas yang 'ditipu' bantuan, isu bantuan persekolahan pra-sekolah yang tidak diserah-serah. Ditambah lagi, isu dalaman, apabila anak muda, Rafizi Ramli dipinggirkan, 'anak derhaka', YB Azmin Ali yang ditatang dan YB Tan Sri Khalid sudah tidak lagi sehaluan, kepimpinan negeri yang sudah celaru!

 
Di mana asasnya rakyat Selangor masih 'sudi' mengundi kepimpinan anda, Anwar Ibrahim?

 

Kedah - isunya sudah melarat-melarat. Terbaru, ADUN dan Ahli-ahli PAS Kedah dengan jujurnya melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap YB MB Kedah, Datuk Seri Azizan atas ketidakmampuan mentadbir sehingga menampakkan kelemahan PR & PAS di Kedah. Seperkara lagi, gelombang 'Depa nak tukaq dah' dan kempen maya #SaveKedah semakin mendapat perhatian rakyat Kedah.

 
Apa pula rasional Anwar Ibrahim, masyarakat Kedah masih ingin mengundi pakatan anda?

 

Kelantan - Gelombang Merah sudah terlalu kuat. Logo 'T' (TUKAR) semakin mendapat tempat di hati masyarakat Kelantan. Sudah bertahun lamanya, keperluan pembangunan dan kemajuan rakyat Kelantan dinafikan sehingga menyebabkan hampir setengah juta rakyatnya terpaksa berhijrah. Selain itu, kebergantungan kepada kudrat veteran untuk terus memimpin negeri adalah bukti 'ketamakan kuasa' PAS dan PR. Ketahuilah, pada ketika PR masih bergantung kepada pimpinan lama, BN sudah rancak melakukan transformasi politik membariskan pimpinan-pimpinan segar!

 
Sedarkan Anwar Ibrahim yang rakyat Kelantan punya kuasa untuk Ubah?

 

WP Kuala Lumpur - Kegigihan ahli-ahli BN Kuala Lumpur membantu rakyat KL menyelesaikan isu-isu perbandaran sehingga menyebabkan salah seorang wakil rakyat PR, anakanda Anwar Ibrahim, Nurul Izzah melenting. Pemahaman mudah anak muda itu, untuk menilai siapa buat kerja maka diajaknya berdebat! Andai semudah itu tafsiran seorang pemimpin, punahlah masa depan anak bangsa kita!

Tidakkah Anwar Ibrahim melihat kelonggaran jentera PR di Kuala Lumpur?

Pulau Pinang - Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM120 juta pada 2012 dan unjuran defisit sebanyak RM260 juta pada tahun 2013. Isu defisit ini menjadi 'senjata kuat' untuk membuktikan betapa kerajaan DAP lemah dalam pentadbiran negeri. Tidak cukup dengan itu, isu perbalahan antara Ketua Menteri dan Timbalannya seringkali menjadi bualan. Juga, isu-isu rakyat terutamanya Melayu dan India yang 'dihalau' dari premis perniagaan mahupun kediaman mengakibatkan kebanyakan rakyat sudah serik dengan PR!


 

Sudahkah Anwar Ibrahim mendengar rakaman majoriti rakyat Pulau Pinang melaungkan ‘Are you ready for BN?’ … ‘YESSS!!!’

 

Erti kata mudahnya, di negeri-negeri pimpinan ‘Pakatan Rapuh’ pun sudah lemah dan di ambang kejatuhan, negeri-negeri pimpinan BN sentiasa tetap utuh dan ampuh bersama untuk ‘TOLAK PAKATAN RAKYAT’

 

Pesanan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
1Malaysia mendoakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji 'smooth and peaceful transition' apabila Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan WP Kuala Lumpur KEMBALI KE PIMPINAN BN selepas PRU-13 ini!

 

Jangan sekadar untuk mengalih isu tumpuan rakyat daripada masalah dalaman DAP-PKR di Johor dan perselisihan pendapat Kalimah Allah sehingga terpaksa menjaja cerita di media antarabangsa.

 

Tidak usah lagi memperdaya, kerana rakyat sudah tidak percaya!

Wednesday, 20 February 2013

NURUL IZZAH PASTI MENANG LAWAN UTUSAN MALAYSIA


Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013.  Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan.  Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara. 

Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.
 
Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara. 

Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita. 

Sikap ‘tidak serupa bikin’ pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara.  Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus. 

Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri.  Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah. 

Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang.

Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya. 
Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC yang didakwanya sebagai berniat jahat. 

Sedangkan Utusan hanya bertindak sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk mengesahkan laporan mereka. 

Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.
Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia. 

Keyakinan ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu.  Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas.

Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes jenayah.  Antaranya:   

1.Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman tersebut ditarik balik.

2.Kes Bunuh seorang pemuda dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri.  Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).

Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.

3.      Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011  melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya.  Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah. 

Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT.  Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita. 

Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.  

P/S : Apa nak jadilah dengan Negara Malaysia Sekarang nie...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...