Popular Posts
-
PETALING JAYA: Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasiona...
-
POKOK SENA – Maahad Tarbiah Islamiah Derang menarik nafas lega apabila terpilih untuk progam menambah baik sistem pendawaian elektrik d...
-
Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinan...
-
Puchong, 18 September 2015 – Komuniti Sukarelawan Belia MyVOC, Majlis Belia Malaysia telah mengedarkan sebanyak 1000 keping topeng muka...
Saturday 12 July 2014
PERKASA gesa NGO guna nama 'ANWAR-KU'
Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali berkata Pendaftar Pertubuhan tidak seharusnya membenarkan NGO atau Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARA-KU) mengguna nama tersebut untuk pendaftaran.
Beliau berpendapat, nama NEGARA-KU seolah-olah memberi gambaran bahawa negara ini hanya milik NGO itu semata-mata.
"Nama-nama seperti itu sewajarnya perlu kelulusan menteri dahulu jika hendak digunakan.
"Kami percaya ada nama-nama tertentu dilarang digunakan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah.
"Mengapa mahu letak nama NEGARAKU? Apa ingat Malaysia ini puak-puak kamu punya sahajakah?" tanya Syed Hassan dalam kenyataannya.
Beliau percaya nama tersebut, yang juga sama dengan nama lagu kebangsaan, termasuk dalam senarai nama yang tidak dibenarkan untuk didaftar sebagai nama pertubuhan.
Syed Hassan secara sinis juga cuba mengaitkan NGO tersebut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menggesa agar pertubuhan berkenaan menukar namanya sempena nama ketua pembangkang itu.
"Suruh mereka cari nama lain. Bukankah elok letak nama Anwar-ku," katanya.
Beliau turut memberi amaran kepada NGO yang mempunyai nama sama dengan lagu kebangsaan itu agar tidak mempertikaikan hak istimewa Melayu serta kedudukan Islam di negara ini dalam kegiatan mereka.
"Kalau tidak mahu iktiraf keistimewaan Melayu dan bumiputera serta Islam yang ada dalam Perlembagaan negara jangan mengaku ini negara kamulah.
"Jika masih ada lagi bersifat benci dan tidak boleh terima keistimewaan Melayu dan Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Negara, lebih baik jangan sibuk-sibuk tubuhkan NEGARA-KU," katanya.
BERSIH Atau Negara-ku, Semuanya Nama Lain Untuk Anwar Ibrahim!!
BARU-BARU ini sebuah NGO baru ditubuhkan dengan menggunakan nama Gerakan Rakyat Untuk menebus kembali Negara Malaysia atau singkatannya Negara-ku.
Sekali pandang, nama NGO ini macam patriotik, tapi percayalah tidak ada apa yang patriotik tentang NGO ini melainkan alat politik Anwar Ibrahim semata-mata, dalam masa yang sama, dijadikan alat untuk menyebarkan fahaman liberal di kalangan rakyat negara ini.
Justifikasi kenyataan di atas ialah, walaupun namanya lain tapi penggerak ‘NGO baru’ ini adalah muka hampir sama yang menggerakkan BERSIH seperti Ambiga, Samad Said dan beberapa orang lagi.
Agenda penubuhan pun hampir, semuanya berkaitan liberalisme dan hak asasi manusia – tak jauh beza dengan majoriti NGO cap ayam yang pembangkang tubuhkan sebelum ini.
Walaupun penulis tahu NGO ini bertopengkan agenda politik Anwar Ibrahim, tapi penulis sedikit tak faham kenapa nak tubuh banyak NGO dengan matlamat yang hampir sama?
Macam kuih raya yang dijual di pasaraya pulak, coraknya lain tapi rasa semua sama. Sememangnya sejak 2008, majoriti NGO pro pembangkang semuanya ada kaitan dengan identiti Anwar – LGBT, kebebasan beragama di kalangan orang Islam, seks dan sebagainya.
Tambah satu lagi hampir sama macam Negara-ku ni nak buat apa pulak? Mungkin nak dapat sumbangan dari pertubuhan hak asasi manusia di luar negara, macam BERSIH pernah dapat sumbangan asing dulu lah. Mungkinlah, penulis tidak pasti.
Apa pun penulis melihat positif penubuhan NGO ini kerana ia membuktikan secara tidak langsung bahawa pembangkang akui BERSIH gagal mencapat matlamat yang diharapkan – menumbangkan kerajaan secara jalanan. Kedua, kegagalan BERSIH juga membuktikan sistem pilihanraya kita memang adil, tak seperti yang p
embangkang war-warkan selama ini.
Tak sia-sia lawan BERSIH selama ini, akhirnya mereka sendiri buktikan matlamat penubuhan NGO itu hanyalah palsu, sebab itu senang dilupakan dan tubuh NGO baru.
Bagaimanapun, penulis harap rakyat tidak tertipu dengan penubuhan NGO baru ini. Percayalah ini semua hanya permainan politik Anwar Ibrahim dalam usaha nak gerak momentum politik baru selepas momentum sebelum ini gagal menumbangkan kerajaan. Tapi kalau nak kena tipu juga lantaklah,dah tak boleh nak buat apalah tu. - SUMBER
Subscribe to:
Posts (Atom)