Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Saturday 12 July 2014

BERSIH Atau Negara-ku, Semuanya Nama Lain Untuk Anwar Ibrahim!!


BARU-BARU ini sebuah NGO baru ditubuhkan dengan menggunakan nama Gerakan Rakyat Untuk menebus kembali  Negara Malaysia atau singkatannya Negara-ku.
 
Sekali pandang, nama NGO ini macam patriotik, tapi percayalah tidak ada apa yang patriotik tentang NGO ini melainkan alat politik Anwar Ibrahim semata-mata, dalam masa yang sama, dijadikan alat untuk menyebarkan fahaman liberal di kalangan rakyat negara ini.
 
Justifikasi kenyataan di atas ialah, walaupun namanya lain tapi penggerak ‘NGO baru’ ini adalah muka hampir sama yang menggerakkan BERSIH seperti Ambiga, Samad Said dan beberapa orang lagi.
 
Agenda penubuhan pun hampir, semuanya berkaitan liberalisme dan hak asasi manusia – tak jauh beza dengan majoriti NGO cap ayam yang pembangkang tubuhkan sebelum ini.
 
Walaupun penulis tahu NGO ini bertopengkan agenda politik Anwar Ibrahim, tapi penulis sedikit tak faham kenapa nak tubuh banyak NGO dengan matlamat yang hampir sama?
 
Macam kuih raya yang dijual di pasaraya pulak, coraknya lain tapi rasa semua sama.  Sememangnya sejak 2008, majoriti NGO pro pembangkang semuanya ada kaitan dengan identiti Anwar – LGBT, kebebasan beragama di kalangan orang Islam, seks dan sebagainya.
 
Tambah satu lagi hampir sama macam Negara-ku ni nak buat apa pulak?  Mungkin nak dapat sumbangan dari pertubuhan hak asasi manusia di luar negara, macam BERSIH pernah dapat sumbangan asing dulu lah.  Mungkinlah, penulis tidak pasti.
 
Apa pun penulis melihat positif penubuhan NGO ini kerana ia membuktikan secara tidak langsung bahawa pembangkang akui BERSIH gagal mencapat matlamat yang diharapkan – menumbangkan kerajaan secara jalanan.  Kedua, kegagalan BERSIH juga membuktikan sistem pilihanraya kita memang adil, tak seperti yang p
embangkang war-warkan selama ini.
 
Tak sia-sia lawan BERSIH selama ini, akhirnya mereka sendiri buktikan matlamat penubuhan NGO itu hanyalah palsu, sebab itu senang dilupakan dan tubuh NGO baru.
 
Bagaimanapun, penulis harap rakyat tidak tertipu dengan penubuhan NGO baru ini.  Percayalah ini semua hanya permainan politik Anwar Ibrahim dalam usaha  nak gerak momentum politik baru selepas momentum sebelum ini gagal menumbangkan kerajaan. Tapi kalau nak kena tipu juga lantaklah,dah tak boleh nak buat apalah tu. - SUMBER

No comments:

Post a Comment

GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...