Popular Posts
-
KUALA LUMPUR: Berikut adalah intipati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transfor...
-
PETALING JAYA: Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasiona...
-
POKOK SENA – Maahad Tarbiah Islamiah Derang menarik nafas lega apabila terpilih untuk progam menambah baik sistem pendawaian elektrik d...
-
Ipoh, 6 September 2015 – Menyedari betapa pentingnya komunikasi ketika bencana alam, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil langkah p...
Friday, 18 December 2015
PTPTN Lebih Zalim Dari Binatang, Gaji tinggal RM19 selepas RM2,063.75 dipotong PTPTN
PETALING JAYA: Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencetuskan panik dalam kalangan peminjam yang masih belum melangsaikan hutang.
Batrisyia Fauzan, yang memuat naik slip gaji tersebut di Facebooknya menyatakan bahawa beliau pernah dimaklumkan pegawai agensi itu mengenai operasi mengesan peminjam pada hujung tahun ini namun tidak menyangka perkara itu akan berlaku kepada dirinya.
“Ingat tak masa bulan 8 hari itu, saya ada kongsi tentang PTPTN ini. Pada masa itu, saya pergi untuk membayar tunggakan. Saya ada beritahu yang Pegawai PTPTN memaklumkan saya mengenai operasi besar-besaran bagi mengesan peminjam pada hujung tahun ini.
“Pegawai masa itu kata tempoh diberi hingga bulan 10 untuk peminjam datang berunding dengan kami, kalau tidak kami akan buat pemotongan ikut kadar kami.
“Rupanya, memang mereka serius buat. Tadi dalam group Whatsapp kami kecoh bincang mengenai hal ini. Sekolah dah tak lama (lagi) dah nak buka. Kesiannya kalau potong sampai macam ini sekali. Sampai tinggal RM19,” ujarnya.
Bagi mengelakkan perkara sama berulang, Batrisyia menasihatkan kepada mana-mana peminjam PTPTN yang masih belum membuat pembayaran supaya segera pergi ke pejabat PTPTN berdekatan untuk menjelaskan bayaran.
“Jadi yang mana dah kerja kakitangan awam, ada pinjaman PTPN jangan lupa pergi pejabat PTPTN berdekatan untuk runding. Hari itu pun berunding sepatutnya kena bayar tunai RM12,000. Bincang punya bincang RM6,000. Rayu lagi barulah dapat bayar kurang sikit pada RM6,000 itu. Cubalah,” katanya.
Sementara itu, PTPTN dalam satu kenyataan media menggesa peminjam dalam kalangan penjawat awam yang tidak pernah membuat bayaran balik agar segera tampil berunding untuk membuat penstrukturan semula hutang selewat-lewatnya pada 18 Januari 2016.
Sekiranya peminjam gagal berunding dalam tempoh ditetapkan, jumlah ansuran potongan gaji mandatori berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik yang sedang dilaksanakan akan diteruskan.
Selain, agensi itu juga akan meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam yang tidak membuat bayaran balik seperti notis-notis peringatan pertama, kedua dan ketiga, senarai hitam Jabatan Imigresen, saman dan lain-lain tindakan undang-undang.
“Sebelum ini, PTPTN telah mengeluarkan surat arahan potongan gaji mandatori bertarikh 4 Disember 2015 kepada majikan dan diberi salinan kepada 3,193 peminjam yang merupakan penjawat awam dan tidak pernah membuat bayaran balik dan gagal tampil berunding.
“Amaun potongan gaji yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik (bulan). PTPTN akan kembalikan semula amaun potongan setelah ditolak ansuran bulanan berdasarkan jadual bayaran balik semasa kepada 3,193 peminjam yang terlibat,” kata agensi itu.
BANJIR : Bukti Bahawa Fitnah Adalah 'Zikir' Harian Blogger Dan Media Pro PR
Isu mengenai petugas Pas
dihalau kerana memberi khidmat masyarakat kepada mangsa banjir di
Kapar, Selangor merupakan satu fitnah yang dibuat media dan blogger
pembangkang.
Media dan blogger
pembangkang cuba mensensasikan isu terbabit untuk melaga-lagakan Pas dan
Umno kerana takut Pas akan menyambut jalinan kerjasama yang dihulur
Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang lalu.
Mereka menuduh petugas
Pas yang memberi khidmat masyarakat kepada banjir di Kapar dihalau oleh
petugas Umno, walhal perkara yang sebenarnya adalah petugas Pas
diarahkan memindahkan mangsa banjir ke dalam bilik darjah kerana dewan
yang ditempatkan itu akan digunakan untuk majlis kenduri kahwin pada
Sabtu ini.
Biasalah, bila dah takut
umat Melayu akan bersatu, pihak pembangkang mula mencari isu-isu untuk
diputar-belit bagi melaga-lagakan umat Melayu.
Susulan isu terbabit
tersebar di media sosial, Timbalan Umno Bahagian Kapar, Datuk Saroni
Judi tampil menjelaskan mengenai keadaan sebenar sekaligus menafikan
dakwaan yang dibuat media dan blogger pembangkang.
Saroni berkata, petugas
Pas bukan dihalau sebaliknya diminta untuk mengosongkan dewan tersebut
dan perkara demikian telah dimaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Pas, Dr Abdul Rani Osman.
"Pemilik majlis menempah
dewan melalui pihak SMK Meru sejak beberapa bulan lalu. Jumaat kerja
persiapan untuk perkahwinan akan dimulakan. Sudah pasti persiapan
perkahwinan memerlukan masa untuk disiapkan.
"Oleh itu, pihak sekolah
minta dewan ini dikosongkan dan Dr Rani bersetuju dengan cadangan ini.
Hasil perbincangan, pihak sekolah mencadangkan semua 45 keluarga mangsa
banjir dipindahkan ke 9 bilik darjah," kata Saroni.
Dengan penjelasan Saroni
ini jelas menunjukkan bahawa media dan blogger pembangkang
memutar-belitkan mengenai isu sebenar. Memang sudah menjadi zikir harian
mereka untuk memutar-belit mengenai fakta sebenar.
Berikut merupakan catatan Saudara Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agong Majlis Belia Malaysia (MBM) di facebook beliau bagi menafikan dakwaan pembangkang.
16 Disember 2015.
Hadir ke Pusat Pemindahan Banjir SMK Meru, Kapar bersama team Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia - Myvoc Komuniti Pendidikan dan Komuniti Pengurusan Bencana Majlis Belia Malaysia.Turut hadir dan menjayaka projek kali ini grup sukarelawan MBD Klang diketuai oleh Haiziee Pengerusi MBD Klang.
Program dijalankan
1. Pendidikan Kanak-kanak2. Projek Tirai.3. Bantuan kepada OKU.
Sempat berkenalan dengan grup anak2 muda dan petugas AMAL MALAYSIA serta solat Asar di imam kan YB Dr Rani.
Istimewa hari ini, selepas Asar kehadiran Menteri Besar Selangor menziarahi pengungsi di sini berserta jentera nya.
Cuma dewan perlu dikosongkan kerana ada komitmen penggunaannya untuk majlis yang sudah awal ditempah. Dewan yang sudah teratur dengan khemah terpaksa dibuka dan dialihkan.
Pengungsi kena berpindah ke bilik darjah. Lalu MyVOC aplikasikan Projek Tirai.
Lewat Maghrib YB Datuk Seri Sahidan Kassim hadir mengejut membuat tinjauan. Ada banyak perkongsian sewaktu Meeting ringkas demi memperbaiki pengurusan sedia ada.
Dalam banyak2 tu dua perkara paling saya Respect dpd sikap beliau.
"Bila bencana , ia ruang utk kita bersama. Kaedah bersama adalah dengan Solat Berjemaah, Memasak dan makan bersama".
Kami pun solat berjemaah dengan diimamkan beliau.
Sepanjang mendampingi beliau menziarahi dan proses agihan sumbangan, watak 'hemoi' dan 'kampung' cukup sebati dalam diri beliau.
Mungkin sebab itu Hero Malaya dari Utara diraih nya.
Catatan dinihari sekembali dari PP SMK MERU.
Subscribe to:
Posts (Atom)