Popular Posts
-
LAPORAN LANGSUNG REFRESH untuk Laporan Terkini!!! 2.50 pm - 3 Jet Pejuang F18 dan 5 Pesawat Hawk Digunakan Dalam Operasi Ofensif Te...
-
Pada 10 Februari 2013 lepas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak p...
-
Penjara 30 hari dan denda RM8000 adalah nilai maruah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong kepada seorang pemuda berbangsa Cina berusi...
-
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, ...
Saturday, 19 September 2015
Pasukan ‘Sukarelawan Belia Berkemahiran’ (MyVOC) Siap Sedia Membantu Mangsa Bencana
Putrajaya – Seramai hampir 300 orang sukarelawan pelbagai bidang telah berkumpul di Galeri Menara KBS sempena Majlis Pelancaran Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
MyVOC sebuah program kelolaan Sahabat MBM merupakan gerakan kesukarelaan berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh individu dan kumpulan tertentu bagi membantu mangsa-mangsa bencana ataupun golongan yang memerlukan bantuan.
Pelancaran MyVOC ini menunjukkan kesediaan MBM sebagai teraju utama dalam mengerakkan youth wave dan melahirkan demografi sukarelawan yang merangkumi pelbagai aspek kemahiran bagi menghadapi sebarang situasi.
Pada majlis tersebut, MBM turut memperkenalkan rakan-rakan strategik MyVOC yang terdiri daripada kumpulan kemahiran pertukangan, radio amatur dan SAR, perubatan, kenderaan bermotor, pendidikan, media, pengurusan bencana, kulinari dan sukarelawan orang kurang upaya.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh bersama Sdr Mua’amar Ghadafi Jamal, Presiden MBM turut melakukan simbolik pelepasan Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC #sehatisejiwa sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2015.-Belia.org.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...