Popular Posts
-
Baru-baru ini Deepak Jaikishan, si penjual karpet yang menghadapi masalah hutang piutang keliling pinggang pernah cuba menarik perhatian ...
-
Penjara 30 hari dan denda RM8000 adalah nilai maruah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong kepada seorang pemuda berbangsa Cina berusi...
-
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pe...
-
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira...
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts
Tuesday, 12 March 2013
Kerajaan PKR Selangor Di Ambang Bahaya !!!
Di sebalik tumpuan umum sedang memfokuskan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh pengganas Sulu, rupa-rupanya di masa yang sama rakyat di negeri Selangor masih tidak lekang dari mulut membicarakan skandal penyelewengan pasir di negeri mereka.
Di mana-mana sahaja tempat tumpuan ramai, rata-rata rakyat Selangor kerap merungut mengenai harga rumah yang melambung tinggi yang dipercayai salah satu puncanya berkait rapat dengan peningkatan harga pasir selain faktor asas harga tanah untuk projek perumahan yang dijual mengikut harga pasaran.
Isu ini kelihatan remeh bagi kebanyakan pemimpin PKR Selangor tanpa mereka sedari ia sebenarnya sedang menggoncang kedudukan PR di negeri ini.
Mereka mula membanding-bandingkan situasi dulu dan sekarang, kerana sedar banyak yang tidak kena dengan pemerintahan PKR di Selangor tika ini. Di zaman pemerintahan BN dulu, harga pasir untuk satu lori 30 tan hanya sekitar RM300.00 tetapi selepas PKR mengambil alih negeri ini harganya meningkat antara RM800.00 hingga RM1,200 untuk sebuah lori 30 tan, hampir tiga empat kali ganda berbanding sebelumnya.
Dari satu segi, peningkatan harga pasir ini memberi keuntungan dari segi kutipan royalti yang masuk ke kantung Kerajaan Negeri, namun di masa yang sama kesannya kenaikan harga pasir itu terpaksa ditanggung oleh pemaju yang kemudiannya memberi kesan langsung kenaikan harga rumah yang membebankan rakyat.
Begitu juga berkenaan harga tanah, kebiasaannya harga sekaki persegi untuk projek pembangunan yang melibatkan kepentingan orang ramai, Kerajaan Negeri pimpinan BN menetapkan harga jualan RM1.00 untuk sekaki persegi, tujuannya untuk memastikan pemaju perumahan dapat menyediakan rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan.
Malangnya semenjak PKR menguasai negeri ini, harga tanah milik kerajaan negeri di jual kepada pemaju perumahan dengan mengikut harga pasaran semasa yang berlipat kali ganda tingginya menyebabkan kesan samping di mana harga rumah mencanak naik dan sukar dimiliki oleh golongan pendapatan rendah dan sederhana.
Sejak hampir 5 tahun lalu memang agak sukar untuk rakyat negeri ini melihat projek perumahan baru yang nilai jualan setiap rumah yang siap di bina adalah sekitar RM30,000 hingga RM150,000, kalau ada pun kebanyakan projek perumahan rendah dan mampu milik itu disediakan oleh Kerajaan Pusat.
Dalam pada itu, tatkala kutipan royalti pasir meningkat berbanding zaman BN, sedar tak sedar pengeluaran tan metrik setahun hasil perlombongan pasir juga jauh berkali ganda lebih besar berbanding zaman BN.
Peliknya di sebalik peningkatan pengeluaran hasil bumi Selangor itu, sehingga sekarang Kerajaan PKR Selangor masih gagal mencapai sasaran kutipan royalti RM150 juta setiap tahun. Kenapa perkara ini berlaku dan ke mana hilangnya kutipan baki royalti itu? Jawapan kepada persoalan ini banyak berkait rapat dengan amalan monopoli dan penyelewengan yang dilakukan oleh syarikat anak Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) serta kontraktor lantikannya.
Malah peletakan jawatan oleh Pengarah Eksekutif KSSB, Ramli Abdul Majed hampir tiga tahun lalu sepatutnya sudah disedari oleh rakyat Selangor betapa kegiatan penyelewengan dan kes curi pasir serta penipuan kutipan wang royalti sedang berleluasa berlaku semenjak wujudnya KKSB.
Isu ini sudah acap kali diluahkan oleh pemimpin PKR sendiri iaitu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam namun gagal mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kerana sekumpulan penyangak yang terlibat merupakan kroni-kroni yang rapat dengan pimpinan PR Selangor.
Semua ini tidak akan berlaku sekiranya MB Selangor bijak menilai kemampuan dirinya dalam mengurus tadbir negeri dan tidak menganggap bumi Selangor ini seumpama syarikat korporat hak milik sendiri dan kroni.
Sepintas lalu isu harga pasir dan penyelewengan yang berlaku mungkin kelihatan remeh bagi pimpinan PR di negeri ini, namun bila mana ia memberi kesan langsung menyebabkan harga rumah meningkat secara mendadak, ramai rakyat yang semakin menggelodak amarahnya.
Masing-masing rakyat Selangor hanya menunggu masa untuk melakukan perubahan sebelum lebih banyak bebanan terpaksa di galas bahu sendiri gara-gara kelemahan Kerajaan PKR Selangor. Senario ini jika berterusan pastinya akan makin menggoncang kedudukan PKR di negeri ini.
Monday, 11 March 2013
Meraikan 5 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat
Pejam celik, pejam celik, sudah lima tahun rupanya Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ini bermakna selama 5 tahun, rakyat diberikan peluang meneliti dan menilai kepimpinan PR dan membandingkannya dengan BN.
5 tahun rakyat dipertontonkan dengan sikap pemimpin PR selepas menjadi wakil rakyat berbanding sebelumnya. 5 tahun juga rakyat berpeluang melihat keadaan sekeliling mereka dan membandingkan dengan sebelumnya, dari segi pembangunan, persekitaran, kebajikan termasuk dari segi spiritual yang kononnya begitu penting bagi PR, atau lebih spesifik, PAS.
Pada waktu itu, kita menjangkakan robohnya kilang arak yang menjadi tonggak penentangan PAS terhadap UMNO.
Manakala surirumah pula menjangkakan elaun khas untuk menghargai khidmat dan jasa mereka, begitu juga golongan ibu tunggal dan warga emas. Ibubapa dengan anak kecil pula menjangkakan bantuan tunai bagi bayaran TASKA dan berbagai-bagai golongan lagi menjangkakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sepertimana yang tertulis dalam Manifesto PR yang diumumkan 5 tahun lalu.
Pendek kata, rakyat Selangor menjangkakan sebuah negeri yang hebat lagi ‘Islamik’ berdasarkan Manifesto serta Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan pada 2009 oleh kerajaan PR Selangor, dengan tarikan pelaburan berjumlah RM50 billion yang mampu mencipta 150,000 peluang pekerjaan.
Namun, tidak mungkin sesiapa dapat menafikan bahawa sekali pandang, tampak tiada banyak perbezaan di Selangor antara pemerintahan BN dan PR, selain pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan dan tanpa kawalan sejak 5 tahun lalu.
Lebih dari itu, kilang arak masih di situ dan golongan yang dijanjikan tunai juga langsung tidak menerima apa-apa.
Jika ada pun yang diterima mereka hanyalah BR1M, wang bantuan persekolahan RM100, PR1MA dan bermacam-macam lagi yang mana diberikan oleh kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional dan bukannya kerajaan PR Selangor.
Pakej Rangsangan Ekonomi untuk menarik RM50 billion pelaburan yang dicanangkan, ternyata hanya satu lagi cakap kosong. Pakej tersebut kononnya merangkumi 6 projek utama iaitu Projek Pemulihan Sg. Klang, Pemulihan Projek Terbengkalai, Pembaharuan Bandar, Meningkatkan Hasil Padi, Meningkatkan Pengangkutan Awam dan Pengstukturan Perkhidmatan Air Selangor.
Namun, setelah 5 tahun berlalu, 120km Sg. Klang masih tiada peningkatan dan apa yang dikatakan pembaharuan bandar pula hanya menyaksikan pemaju semakin rakus mengaut untung sehingga mengakibatkan rakyat tempatan merasa terancam dan terpinggir.
Yang selebihnya tidak perlulah dibincangkan lagi kerana kita semua sedia maklum yang tiadanya peningkatan apa-apa, selain dari peningkatan masalah air di sekitar Selangor.
Sebaliknya, RM50 billion pelaburan yang dijangka masuk ke Selangor, bukannya bertitik tolak dari projek yang disenaraikan oleh kerajaan PR Selangor tetapi daripada kerajaan persekutuan juga, iaitu kerajaan Barisan Nasional.
Antaranya, RM7.4 bilion bagi pembinaan tiga hingga empat lebuhraya, dan projek My Rapid Transit (MRT) serta sambungan LRT. Bakinya adalah dari pelaburan langsung asing yang diterajui oleh MIDA atau kerajaan pusat.
Justeru, apakah yang akan diraikan oleh PR selama 5 tahun pemerintahan mereka? Kejayaan menambah rumah urut dan pusat maksiat? Kejayaan memurtadkan umat Islam? Kejayaan mengorek pasir secara besar-besaran? Atau kejayaan melanjutkan dan merumitkan masalah bekalan air?
Atau kegagalan menyelenggara sistem saliran agar selari dengan pembangunan yang pesat sehingga menyebabkan banjir di tempat-tempat yang tidak pernah banjir sebelum ini?
Hakikatnya, 5 tahun di bawah PR sudah cukup untuk membuktikan bahawa parti tersebut tidak pernah berniat menepati janji, tidak tahu apa yang mereka katakan, dan tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat sebaliknya hanya mementingkan golongan peniaga dan keuntungan.
Selama 5 tahun juga, rakyat kini mampu membaca bahawa di dalam parti PR, yang memerintah tetap DAP, walaupun Menteri Besarnya dari PKR.
Sunday, 10 March 2013
Niat Busuk Pembangkang Terhadap Islam Didedahkan !!!
“Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU 13,”
Jefrei Nordin, ( Bekas Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor)
Baru – baru ini kita dikejutkan dengan pengakuan daripada saudara Jefrei Nordin yang merupakan bekas Pegawai Khas kepada Y.B Ronnie Liu tentang hasrat pembangkang khususnya DAP ingin meletakkan tokoh melayu liberal sebagai calon mereka di Selangor dan tidak mustahil juga di perak pada pilihanraya akan datang.
Apa yang perlu kita ketahui ialah, aliran pemikiran liberal adalah sesat dan menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Perkara ini diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke – 74 pada 25 hingga 27 julai 2006 selepas mendapati penyelewengan berkenaan aspek akidah dan syariah.
Aspek Akidah
Antara ciri pihak yang mendukung fahaman ini ialah mereka berpegang kepada konsep pluralisme. Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pihak pluralisme agama ini berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality).
Mereka juga mengakui bahawa semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.
Ini adalah amat menyimpang dengan hakikat kerana hanya agama Islam sahaja yang diterima sebagai sebuah cara hidup yang sempurna dan tidak memerlukan ideologi atau sistem lain dari luar sistem Islam, kerana ideologi Islam itu telah sempurna sebagai sebuah cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT seperti FirmanNya:
“Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam”
(Ali-Imran 3 : 18).
Dalam ayat lain Allah berfirman:
“ Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.”
( Āli-Imran 3 : 85).
Antara ciri lain golongan ini ialah mereka mengatakan bahawa akal manusia adalah wahyu. Aliran ini juga turut membahagikan wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis.
Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Manakala wahyu tidak bertulis pula adalah akal manusia, dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, dan kesesuaian mengikut keadaan semasa.
Adalah dangkal untuk mengatakan bahawa akal manusia yang mempunyai seribu satu kelemahan sebagai salah satu sumber wahyu.
Golongan sesat ini juga turut meragui ketulenan Al-Quran. Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka juga menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.
Hakikatnya, kita sebagai umat manusia diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah untuk selalu berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah, kerana kedua pegangan tersebut tidak akan membuat kita sesat selama-lamanya.
Apabila kita tidak berpegang pada kedua pegangan tersebut kita akan sesat selama-lamanya. sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan keduanya: Kitabullah dan Sunnahku. Dan keduanya tidak akan terpisahkan hingga keduanya mendatangiku di Al-Haudh (telaga)”.
Aspek Syariah
Selain daripada Gerakan Pemikiran Liberal didapati mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dari aspek akidah, mereka juga didapati menyeleweng dari aspek syariah.
Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.
Aliran pemikiran ini juga berpegang kepada ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, ianya sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat. Tafsiran – tafsiran lama dikatakan tidak lagi sesuai dengan zaman moden kini.
Golongan aliran pemikiran ini juga secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value).
Justeru itu, bagi mereka sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah bagi mereka, mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.
Apa motif Ketua Pembangkang, Anwar ibrahim duduk bersama Musdah Mulia (kanan), tokoh Islam Liberal Indonesia yang menghalalkan homoseksual & lesbian yang diharamkan Al Quran dan Sunnah????.
Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai method dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia.
Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.
Golongan fahaman liberal ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum dan bukan bentuk sesuatu hukum.
Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.
Oleh itu, adalah menjadi kewajipan semua umat Islam Malaysia untuk bersama – sama membenteras puak – puak sesat ini daripada berjaya menjadi pemimpin Negara selepas pilihanraya yang akan datang demi memelihara kesucian agama Islam yang diredhai Allah ini.
Rujukan : JAKIM
Thursday, 28 February 2013
Bala Kembali Untuk Tipu Rakyat
Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya.
Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia.
Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang terkangkang bersama hutan belukarnya.
Paling penting sekembalinya PI Bala ke tanahair sudah ada kerjaya yang menanti, walaupun bukan lagi sebagai penyiasat persendirian, tapi setidak-tidaknya dengan menjadi penceramah untuk kempen politik PKR tentunya banyak habuan menanti setiap kali selesai berceramah.
Lagi pun inilah masanya untuk PI Bala membalas jasa PKR yang sejak lebih kurang 5 tahun lalu telah menanggung segala kos sara hidupnya di India. Tambahan pula bukan payah mana sangat pun untuk berceramah di depan khalayak, yang penting bijak memutar belit fakta yang diadun dengan temberang nescaya mendapat tepukan gemuruh dari penyokong pembangkang.
Ramai pemimpin PKR tahu gandingan PI Bala dengan Deepak kelak tidak mampu membawa pertambahan sokongan kepada parti itu memandangkan terlampau banyak keraguan umum terhadap kredibiliti kedua-duanya berikutan banyak versi cerita yang bertukar ganti fakta dan fiksyennya.
Ditambah pula dengan kes songlap RM50,000 wang milik Razak baginda yang sepatutnya diserahkan oleh PI Bala kepada Altantuya Shariibuu, lagilah membukit keraguan ramai terhadap apa sahaja kata-kata yang bakal diucapkan oleh PI bala semasa di pentas ceramah atau ketika temu bual dengan media.
Jika PI Bala tidak menggelapkan wang tersebut yang diterimanya di Hotel Malaya, tentunya Altantuya tidak perlu susah-susah datang ke Malaysia untuk menuntut wang dengan Razak Baginda malah tak mustahil kes kematiannya juga tidak berlaku.
Kasihan Altantuya dek kerana wang yang dituntut gagal diperolehnya manakala disebabkan kesilapan Azilah dan Sirul salah faham dengan arahan Razak Baginda, akhirnya nyawa wanita malang itu berakhir dan mayatnya berkecai diletupkan dengan C4.
PI Bala pula berseronok dengan wang yang disonglap dan tergamak mereka-reka cerita mengikut skrip garapan Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR lain melalui Akuan Bersumpah Pertama (SD1) demi habuan tambahan semata-mata untuk mengaitkan kejadian pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.
Apa pun, PI Bala sudah membuktikan dirinya memang kebal dari perasaan malu atau bersalah, selepas SD2 yang menceritakan kebenaran sekaligus membatalkan SD1 yang penuh penipuan, kini PI Bala tiba-tiba kembali semula demi untuk menyambung penipuan SD1 selepas dijanjikan imbuhan baru.
Bimbang didesak kenapa tidak melakukan SD3 atau seterusnya bagi membatalkan SD1, maka kitab Hindu Bhagavad Gita dijadikan sandaran.
PI Bala mungkin bangga kehebatan dalam memutar belit cerita dan mampu pula merekayasa pelbagai versi berbeza, namun berapa ramai yang sanggup terus ditipu olehnya? Ada memang ada, tapi tiba masanya kelak kebenaran hakiki akan menimbus kebatilan. Itu semestinya.
PAS Hanya Rugi Di Dalam Manifesto Pembangkang
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.
Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini malam tadi.
Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.
Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.
“(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa… kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu,” katanya.
Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.
Dr. Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata, sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.
“Pemimpin Pas tahu the in and out (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim,” katanya.
Hasan berkata isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.
Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang. – BERNAMA
sumber : KLIK SINI
Wednesday, 27 February 2013
Roh Altantuya Menangis Difitnah Deepak
Baru-baru ini Deepak Jaikishan, si penjual karpet yang menghadapi masalah hutang piutang keliling pinggang pernah cuba menarik perhatian ramai dengan dakwaan bahawa Abdul Razak Baginda sebenarnya seorang lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.
Hebat tak hebat si penjual karpet ini mengalahkan doktor pakar sakit tuan, sampaikan rahsia peribadi yang serba sulit lagi mengaibkan seperti masalah mati pucuk seorang lelaki lain pun dia boleh ketahui.
Tapi Deepak terlupa satu perkara hakiki, Razak Baginda sudah terbukti kejantanannya kerana memiliki seorang anak, Roweena hasil hubungan perkongsian hidup dengan isterinya yang sah bernama Mazlinda Makhzan yang sehingga kini masih kekal bersama.
Sebetulnya, tujuan Deepak merekayasa fitnah sedemikian matlamatnya hanya satu – untuk meyakinkan khalayak bahawa ketika Altantuya Shariibuu di bunuh, model dari Mongolia itu sedang berbadan dua dan bayi yang di kandungnya itu pula bukan anak Razak Baginda.
Agaknya bergegar tempat persemadian Altantuya tika ini gara-gara rekayasa terbaru ini, tak pasal-pasal roh Altantuya meraung dan menangis kerana menjadi mangsa fitnah Deepak dan PR yang memanipulasi peristiwa tragis yang menimpanya demi kepentingan politik.
Deepak sebenarnya dalam usaha mengikut skrip garapan PR, cuba menonjolkan keselarasan cerita supaya selari dengan fitnah Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini menghebohkan kononnya Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan sedang mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan mereka berdua.
Dengan demikian, PR mengharapkan fakta sebenar kes yang menyebut bahawa Altantuya adalah kekasih gelap Razak Baginda akan dilupakan oleh khalayak, sebaliknya rakyat diharapkan akan meyakini dengan fitnah rekayasa mereka kononnya Altantuya mati dibunuh ketika sedang mengandung semata-mata untuk menyembunyikan hubungan sulit PM dengan wanita itu.
Sebelum ini PR pernah menyebarkan gambar superimposed kononnya sebagai gambaran bahawa Najib pernah makan semeja bersama Razak baginda dan Altantuya. Mereka juga pernah membuat spekulasi kematian Altantuya disebabkan urus niaga pembelian kapal selam Scorpeane, semata-mata untuk tambah sensasi dan perencah dalam fitnah sensasi ini.
Kesungguhan PR mengadu domba dan memprogandakan kisah fiksyen ini memang tampak jelas sekali niat jahatnya, tanpa mempedulikan kemungkinan tika ini roh si mati sedang merintih menangis minta jangan diganggu lagi.
Hakikatnya PM langsung tidak bersangkut paut dengan kisah rekayasa penuh fiksyen garapan PR mahupun Deepak. Kenal pun tidak, mana mungkin Altantuya tiba-tiba sedang mengandungkan anak Najib? Jadi logik rekayasa PR kononnya Altantuya di bunuh ketika mengandungkan anak Najib tentulah sukar di terima akal.
Kebenarannya, Altantuya dan Razak Baginda memang benar saling mengenali, malah sudah acap kali Razak memberi wang ringgit bagi memenuhi tuntutan teman wanitanya itu. Itu benar dan terbukti faktanya. Jadinya, jika benar Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan, maka anak itu bukan anak Najib sebaliknya anak Razak Baginda atau lelaki lain.
Malah tuduhan liar pembangkang yang menyebut kononnya isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya juga langsung tidak boleh diterima kala. Kononnya Datin Seri Rosmah sama-sama memanjat bukit jauh ke dalam hutan semata-mata untuk membunuh Altantuya.
Walhal realitinya mana mungkin untuk Datin Seri Rosmah berada di tempat kejadian sedangkan ketika itu beliau sebenarnya sedang melayani anak-anak yatim di Kuala Lumpur. Manakala PM pula menyertai rakyat berbuka puasa di Kedah.
Itu sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membongkar fitnah dan penipuan PR serta Deepak. Rekayasa ini memang menarik kalau dibaca sebagai novel fiksyen tapi bila tidak berpijak di bumi nyata dengan isi berterabur dan bercanggah, orang ramai pun bosan jadinya.
Tuesday, 26 February 2013
“Manifesto Bukan Janji-Pakatan Hancurkan Rakyat”
Analisis awal intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :
1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?
Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!
2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?
Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!
3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.
Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?
4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?
Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!
5) Hapus dan Batalkan AES
Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!
6) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?
7) Turun Harga Kereta
Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?
Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........
Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!
Oleh:hulubalangKANAN
Pakatan Rakyat Mahu Tentera Sultan Sulu Dibunuh
Sudah menjadi tabiat semula jadi pemimpin PR gemar mencipta masalah dan merekayasa isu hangat, kemudian bila isu meleret-leret melibatkan keselamatan awam dan negara mereka akan segera menuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat.
Itu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan pencerobohan oleh lebih kurang 100 orang pengikut Sultan Sulu yang kedatangan mereka disebabkan jemputan oleh pemimpin PR selepas dijanjikan akan beroleh wilayah pemerintahan sendiri di negeri itu.
Mereka yang melabel diri sebagai Tentera Kesultanan Sulu di mana sebahagiannya bersenjata sehingga kini masih lagi bertahan dalam kepungan di Lahad Datu, di masa yang sama pihak berkuasa masih meneruskan rundingan untuk menyelesaikan isu ini secara aman.
PR yang menyedari peranannya dalam kemelut isu ini sudah diketahui umum terutama selepas sumber Tentera Filipina mengesahkan jemputan itu datangnya dari pemimpin pembangkang Malaysia, nyata tidak senang duduk dengan pendedahan tersebut.
Rakyat Sabah yang sedari awal sudah mengesan wujudnya tangan ghaib dalam isu ini akhirnya bangkit mengecam tindakan tidak patriotik pemimpin pembangkang dari Semenanjung itu yang dikira cuba mengganggu gugat ketenteraman penduduk Sabah.
PR kini tersepit tapi sudah menjadi lumrah dan kelebihan semula jadi pemimpin PR segera bertukar lidah untuk menuding jari dan menyalahkan pula pihak berkuasa kerana mengambil langkah berunding dengan kumpulan penceroboh tersebut.
Sedangkan tujuan perundingan diadakan kerana pihak berkuasa menyedari ada ruang penyelesaian secara aman tanpa perlu tunduk pada sebarang tuntutan oleh kumpulan penceroboh.
Jika kekerasan menjadi keutamaan ia hanya menjadi pilihan akhir setelah semua rundingan gagal membuahkan hasil, andainya saat itu tiba tidak sukar untuk Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan perintah demi menjaga kedaulatan negara.
Namun selagi ada ruang perundingan, selagi itu jalan perundingan dilakukan, itu polisi Malaysia sejak sekian lama.
Tapi saban hari pemimpin PR pula cuba memprovokasi khalayak supaya bangkit mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mendahulukan rundingan dengan kumpulan penceroboh itu, di masa yang sama PR cuba memperlekehkan keupayaan pasukan keselamatan negara dalam berdepan dengan isu sebegini.
Tindakan yang tidak matang sedemikian tidak membantu mengendurkan suasana sebaliknya hasutan dan provokasi PR itu hanya menyebabkan jalan perundingan yang dirintis boleh hancur berkecai.
Umum tahu, PR gemar melihat kekecohan dan kalau boleh berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu di mana semua penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu mati dibunuh. Bila itu berlaku mereka mengharapkan akan memperoleh keuntungan politik kepartian.
Pemimpin PR yang bertanggungjawab menabur janji kepada Sultan Sulu dan pengikutnya, PR pula yang mahu melihat pertumpahan darah berlaku. Pelik?
Apa nak peliknya, provokasi dan putar belit isu memang amalan PR, sama seperti mereka menghasut penyokong berdemo dan merusuh di atas jalan raya dan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak berkuasa pula yang dijadikan kambing hitam untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh PR.
Apa pun kita doakan segalanya berjalan lancar, sementara kesabaran menguasai suasana kita percayai sehari dua nanti isu ini akan selesai tanpa perlu setitik darah pun menitis ke bumi. Insya-Allah.
Monday, 25 February 2013
Manifesto Pakatan Pembangkang - Beri Macam-Macam, Mansuh Macam-Macam
1. Usai sudah majlis pelancaran Manifesto Pakatan Pembangkang tengahari tadi di SACC Mall Shah Alam yang menyaksikan lagi tambahan janji demi janji untuk rakyat jelata yang kehausan kemanisan mulut pemimpin yang suka berjanji.
2. Tiada yang istimewanya manifesto kali ini yang hanya mengubah dan mencedok sebahagian besar dasar 100 hari Buku Jingga yang menemui kegagalan dalam memikat hati rakyat Malaysia.
3. Harga minyak turun,mengurangkan hutang negara,pendidikan percuma,rumah mampu milik,sejuta peluang pekerjaan dan pelbagai lagi janji ditaburi di dalam SACC Mall ini hanya menambahkan kemarahan rakyat di Negeri yang di perintah mereka. Lihat sahaja di Selangor dimana hanya 1-2 manifesto yang di tunaikan dari 31 Janji dalam Manifesto, dan apakah rakyat akan terus percaya dengan manifesto yang baru dan menghalalkan manifesto yang dirangka pada PRU12?
4. Turun Harga Minyak- Menurunkan harga minyak salah satu janji yang sangat lemah, dan rakyat seharusnya tidak mudah tertipu dengan segala yang dijanjikan. Anwar dalam ceramah sering membandingkan tentang harga minyak ketika zaman dia menjadi Menteri Kewangan dahulu, apakah Anwar lupa ketika dia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri harga minyak dunia sekitar USD20 , berbanding sekarang yang mencecah USD90.
Ya boleh guna duit Petronas tetapi sampai bila? Bukit kalau ditarah akan rata juga, kerana jika diikutkan kalau harga minyak dikurangkan bermakna subsidi kerajaan tanggung lebih besar dan adakah itu tidak melibatkan bebanan kerajaan dan menambah hutang negara yang sedia ada? dan apakah ada negara yang sedang membangun dan maju tidak berhutang?
5. Pendidikan percuma- Jika benar Pakatan Pembangkang serius mahu menunaikan janji ini kenapa ia tidak dimulakan di Selangor atau Kedah? Apa jadi pada UNISEL?? Apakah rakyat Selangor menikmati pendidikan percuma di UNISEL? Sama juga soalnya di Kedah, krisis yang melanda KUIN bukti kegagalan Pakatan Pembangkang mengurus tadbir Polisi dan Dasar Pendidikan dengan cekap.
6. Sejuta Peluang Pekerjaan-Mengenai peluang pekerjaan yang dijanjikan lebih sejuta rakyat akan nikmati peluang pekerjaan jika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya,Exco Selangor Terresa Kok mendakwa bahawa pelaburan di Selangor 2012 mencatat rekod terbaik dalam sejarah Pakatan Pembangkang dengan jumlah RM10.5 bilion melibatkan 211 projek perkilangan yang diluluskan masing-masing 131 projek baru dengan nilai RM7.477 bilion dan 80 projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan berjumlah RM3.043 bilion, akan tetapi mengapakah rakyat selangor masih ada yang sukar mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dalam projek-projek yang kononya ada di Selangor seperti yang di war-warkan?
7. Bagaimana pula dengan bantahan demi bantahan ke atas projek LYNAS dan RAPID Penggerang yang mampu memberi ribuan pekerjaan kepada rakyat tetapi dinafikan hak mereka oleh NGO-NGO yang kononya mencintai alam sekitar tetapi sebenarnya alat Pakatan Pembangkang yang berniat jahat? Mereka tutup pintu rezeki rakyat Malaysia yang rata-ratanya dari kalangan orang Melayu sendiri di LYNAS dan RAPID tetapi tengahari tadi mereka berjanji mahu memberikan lebih Sejuta peluang pekerjaan jika berjaya menawan Putrajaya, apakah rakyat perlu percaya?
8. Rumah mampu milik- Selama 23 tahun PAS mentadbir Kelantan tetapi sebuah rumah mampu milik pun mereka tak bina. Semua rumah itu dibina oleh agensi-agensi milik kerajaan pusat seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB. Untuk Rekod Kelantan juga adalah negeri penerima terbanyak Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibawah program anjuran SPNB.
PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Selangor pula hanya membina rumah-rumah yang nilainya tidak mampu dibeli rakyat selangor walaupun bergaji 3-4 ribu sebulan. Begitu juga di Pulau Pinang dan manakala di Kedah pula Kerajaan PAS menagih simpati sepenuhnya kepada SPNB, untuk membina rumah mampu milik kepada rakyat Kedah. Jika kita imbas kembali janji PRU12 Pakatan Pembangkang di Selangor dimana mereka berjanji akan membantu rakyat selangor memiliki kediaman sendiri dan sehingga hari ini rakyat nak tahu berapa ramai rakyat Selangor telah dibantu untuk memiliki kediaman sendiri?
9. Negara Islam-Akhir sekali, manifesto kali ini hanya membawa agenda PKR dan DAP berbanding PAS yang dinafikan hak untuk membentangkan dasar Negara Islam dan Hudud di Malaysia jika Pakatan ke Putrajaya. Apakah Tuan Guru Haji Hadi akan berani mengumumkan “Hari ni PR Menang! Esok Kita Laksana Hudud!”
Pasti ramai ahli PAS terutama dari Majlis Syura kecewa dengan Pembentangan pagi tadi kerana dasar dan perjuangan PAS langsung tidak diketengahkan dalam Konvensyen pagi tadi dan usaha mereka untuk menghapuskan undang-undang penjajah yang diguna pakai UMNO/BN sepanjang 56 tahun ini menemui jalan buntu kerana tidak langsung dibahaskan dalam perbentangan tadi dan ahli dan alim Ulama PAS kena akur dan meneruskan undang-undang sekular ini jika mereka berjaya menakluk Putrajaya.
Lihat lagi, KLIK SINI
DOWNLOAD MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PRU 13
sila nilaikan janji - janji yg telah ditaburkan.. jangan tertipu lagi...
DOWNLOAD MANIFESTO PR PRU13
Pesanan Buat Anwar Ibrahim Jika Berjaya Jadi PM
Siapa yang tidak ingat, betapa yakinnya Anwar Ibrahim berjanji pada seluruh dunia, 16 September 2008, PR akan mengambil alih kuasa di Parlimen dan beliau akan 'mengangkat sumpah' sebagai PM ke-7.. Tetapi, itulah Anwar Ibrahim... politiknya penuh dengan angan-angan!
Sekali lagi, menjadi 'Raja Propaganda' menggunakan media luar, BloombergNews, Anwar Ibrahim 'menjaja' PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU-13 dengan janji ‘smooth and peaceful transition’.
Apa mimpi Anwar Ibrahim begitu yakin 'menjaja' pelaksanaan 'smooth and peaceful transition' ini?
Selangor - isunya terlalu banyak dan sudah diketahui umum! Isu keangkuhan untuk bekerjasama dengan SYABAS sehingga rakyat merana ketiadaan air, isu ibu tunggal dan warga emas yang 'ditipu' bantuan, isu bantuan persekolahan pra-sekolah yang tidak diserah-serah. Ditambah lagi, isu dalaman, apabila anak muda, Rafizi Ramli dipinggirkan, 'anak derhaka', YB Azmin Ali yang ditatang dan YB Tan Sri Khalid sudah tidak lagi sehaluan, kepimpinan negeri yang sudah celaru!
Di mana asasnya rakyat Selangor masih 'sudi' mengundi kepimpinan anda, Anwar Ibrahim?
Kedah - isunya sudah melarat-melarat. Terbaru, ADUN dan Ahli-ahli PAS Kedah dengan jujurnya melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap YB MB Kedah, Datuk Seri Azizan atas ketidakmampuan mentadbir sehingga menampakkan kelemahan PR & PAS di Kedah. Seperkara lagi, gelombang 'Depa nak tukaq dah' dan kempen maya #SaveKedah semakin mendapat perhatian rakyat Kedah.
Apa pula rasional Anwar Ibrahim, masyarakat Kedah masih ingin mengundi pakatan anda?
Kelantan - Gelombang Merah sudah terlalu kuat. Logo 'T' (TUKAR) semakin mendapat tempat di hati masyarakat Kelantan. Sudah bertahun lamanya, keperluan pembangunan dan kemajuan rakyat Kelantan dinafikan sehingga menyebabkan hampir setengah juta rakyatnya terpaksa berhijrah. Selain itu, kebergantungan kepada kudrat veteran untuk terus memimpin negeri adalah bukti 'ketamakan kuasa' PAS dan PR. Ketahuilah, pada ketika PR masih bergantung kepada pimpinan lama, BN sudah rancak melakukan transformasi politik membariskan pimpinan-pimpinan segar!
Sedarkan Anwar Ibrahim yang rakyat Kelantan punya kuasa untuk Ubah?
WP Kuala Lumpur - Kegigihan ahli-ahli BN Kuala Lumpur membantu rakyat KL menyelesaikan isu-isu perbandaran sehingga menyebabkan salah seorang wakil rakyat PR, anakanda Anwar Ibrahim, Nurul Izzah melenting. Pemahaman mudah anak muda itu, untuk menilai siapa buat kerja maka diajaknya berdebat! Andai semudah itu tafsiran seorang pemimpin, punahlah masa depan anak bangsa kita!
Tidakkah Anwar Ibrahim melihat kelonggaran jentera PR di Kuala Lumpur?
Pulau Pinang - Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM120 juta pada 2012 dan unjuran defisit sebanyak RM260 juta pada tahun 2013. Isu defisit ini menjadi 'senjata kuat' untuk membuktikan betapa kerajaan DAP lemah dalam pentadbiran negeri. Tidak cukup dengan itu, isu perbalahan antara Ketua Menteri dan Timbalannya seringkali menjadi bualan. Juga, isu-isu rakyat terutamanya Melayu dan India yang 'dihalau' dari premis perniagaan mahupun kediaman mengakibatkan kebanyakan rakyat sudah serik dengan PR!
Sudahkah Anwar Ibrahim mendengar rakaman majoriti rakyat Pulau Pinang melaungkan ‘Are you ready for BN?’ … ‘YESSS!!!’
Erti kata mudahnya, di negeri-negeri pimpinan ‘Pakatan Rapuh’ pun sudah lemah dan di ambang kejatuhan, negeri-negeri pimpinan BN sentiasa tetap utuh dan ampuh bersama untuk ‘TOLAK PAKATAN RAKYAT’
Pesanan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
1Malaysia mendoakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji 'smooth and peaceful transition' apabila Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan WP Kuala Lumpur KEMBALI KE PIMPINAN BN selepas PRU-13 ini!
Jangan sekadar untuk mengalih isu tumpuan rakyat daripada masalah dalaman DAP-PKR di Johor dan perselisihan pendapat Kalimah Allah sehingga terpaksa menjaja cerita di media antarabangsa.
Tidak usah lagi memperdaya, kerana rakyat sudah tidak percaya!
Saturday, 23 February 2013
Ku Li PM Jika PR Menang
Anwar ditolak oleh Majlis Syura PAS bukan lagi merupakan desas-desus atau khabar angin yang digembar-gemburkan atas nama propaganda politik. Hakikatnya, Majlis Syura PAS kini benar-benar tegas enggan menerima Anwar sebagai Perdana Menteri kerana diselubungi masalah moral, LGBT, liberalisme dan pluralisme.
Penolakan itu diketuai sendiri oleh Hadi Awang, Haron Din, Haron Taib, Tuan Ibrahim dan beberapa lagi nama-nama penting dalam Majlis Syura.
Nama Hadi Awang dan Ku Li kemudiannya diumumkan sebagai calon Perdana Menteri.
Namun, Ku Li dilihat mempunyai lebih berpotensi kerana beliau mampu mengekalkan Kelantan, selain mempunyai imej yang lebih bersih dari Anwar.
Ku Li juga diterima baik oleh orang Melayu, malah dilihat mampu melonjakkan sokongan Melayu terhadap PAS yang sudah berada di tahap tepu.
Selain itu, Ku Li yang telah lama di dalam UMNO juga mempunyai imej lebih terbuka yang mana memudahkan penerimaan kaum bukan Melayu terhadapnya.
Atas faktor ini maka nama Hadi telah terpaksa dibelakangkan buat sementara waktu, terutamanya bagi mengelak sebarang masalah dengan DAP.
Strategi PAS ialah, Ku Li yang telah disahkan akan bertanding atas tiket UMNO di kawasan azalinya, Gua Musang, tidak akan dicabar, sebaliknya dibiarkan menang tanpa bertanding. Setelah menang, Ku Li kemudiannya akan mengumumkan keluar UMNO dan berkempen untuk Pakatan Rakyat sebagai calon PM.
Bagaimanapun, keputusan ini diambil oleh PAS secara sendirian, iaitu tanpa berbincang dengan PKR dan DAP kerana menganggap perbincangan mengenai calon PM dengan kedua-dua sekutu mereka itu sebagai sia-sia berdasarkan pengalaman di mana semua isu yang berbangkit, tidak akan sama sekali memihak kepada PAS.
Selama ini juga, keputusan meletakkan Anwar sebagai PM tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah dipersetujui oleh PAS tetapi tetap dikira sebagai keputusan bersama atas dasar demokrasi 2-1.
Nampaknya, PAS sudah mula bangkit dan tidak sanggup lagi dipijak-pijak oleh DAP dan PKR. Majlis Syura melalui suara lantang Dato’ Haron Din, kini berusaha membuktikan bahawa mereka bukanlah sampah atau anjing kurap mahupun kuda tunggangan kepada sesiapa dan PAS tidak akan lagi bertolak ansur dalam isu-isu yang membabitkan Melayu dan Islam, terutamanya isu Kalimah Allah.
Keputusan mengenai ‘Perdana Menteri PR’ ini disampaikan kepada Anwar dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din di pihak PAS serta Azmin, Saifuddin Nasution, Rahim Ghouse dan Anwar sendiri di pihak PKR. Anwar dilaporkan begitu berang, tetapi terpaksa menahan kemarahannya apabila diberitakan bahawa beliau ditolak mentah-mentah sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
Anwar yang tidak dapat menerima penolakan tersebut telah menemui Haron Din secara peribadi di rumah. Bagi mengelak desakan Anwar, Haron Din memberi alasan bahawa perlantikan Ku Li hanyalah bersifat transisi, iaitu sekadar untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya sebelum menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.
Namun, pastinya Anwar lebih tahu apakah alasan itu logik atau tidak. keputusan yang diambil oleh Majlis Syura ini, bagaimanapun, masih bersifat ‘tergantung’.
Ini kerana pihak yang terlibat, iaitu Ku Li sendiri, belum lagi bersuara dan kalaupun beliau bersuara kita belum tahu lagi apakah ia suara hati atau suara politik.
Dengan DAP tidak dilibatkan dalam perbincangan yang membawa kepada keputusan ini, tentulah lebih sukar lagi bagi Majlis Syura untuk memastikan rancangan mereka berjaya.
Apa yang pasti, Anwar benar-benar berang dan kemarahan tersebut telah dihamburkannya tanpa sembunyi-sembunyi lagi di dalam mesyuarat PKR. Dan pastinya, DAP lebih lagi berangnya kerana PAS jelas ‘tidak mendengar kata’.
Ini bukan kali pertama PAS membuat U-Turn ketika bersama Pakatan Rakyat. PAS telah beberapa kali U-turn dalam isu hudud, begitu juga dengan isu-isu arak, judi dan lain-lain.
Isu Kalimah Allah ini juga belum pasti merupakan U-turn PAS yang terakhir. Pada tahun 2010 PAS bersuara senada dengan DAP tetapi pada 2012, PAS bermain irama berlainan pula.
Oleh itu, selagi PAS masih berangan untuk ke Putrajaya dan menduduki kuasa, apakah jaminan yang parti itu tidak akan membuat U-turn sekali lagi dan turut menyertai koir DAP menyanyikan lagu Kalimah Allah di dalam Injil demi mencapai cita-citanya?
Jika Majlis Syura benar-benar ikhlas untuk kembali meletakkan agama mengatasi politik, maka ia adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Tetapi, kita masih tidak faham bagaimana sekumpulan Ulama boleh menggunakan strategi yang licik, tidak ikhlas, malah khianat kepada rakan sekutu sendiri dalam usaha untuk berkuasa.
Seharusnya, para Ulama membawa sikap tulus dalam berpolitik iaitu tanpa tipu helah atau muslihat serta menyatakan kebenaran secara konsisten, tidak kira sama ada sesama sendiri atau di depan rakan sekutu, di depan musuh atau di dalam media.
Lihat saja bagaimana para Ulama ini yang masih enggan mengambil risiko kehilangan peluang untuk menang PRU, maka mereka pun menghantar ‘bola’ ke kaki Ku Li. Tetapi dihalang oleh Anwar dan DAP. Justeru, apakah kesudahannya permainan para Ulama di dalam Majlis Syura ini?
Jelaslah bahawa PR sudah pun kehilangan arah sebelum Pilihanraya. Justeru, bagaimana kita boleh mengharap kepada parti yang kehilangan arah ini, untuk membawa kita ke mana-mana?
Wednesday, 20 February 2013
PR Ambil Masa 18 Bulan Untuk Sediakan Manifesto Tipu Rakyat 2013
“Manifesto bukan satu perjanjian” merupakan kata-kata ‘keramat’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang terus menghantui rakyat sehingga kini. Dalam kata lain, Khalid menegaskan bahawa Manifesto PR hanyalah satu penipuan.
Sementelah dengan itu, semalam, PR mengumumkan yang parti itu akan melancarkan Manifesto baru pula sempena PRU-13.
Manifesto tersebut yang dinamakan Manifesto Rakyat bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Walaupun Manifesto PR tidak membawa makna apa-apa kerana ia bukan satu perjanjian, tetapi penyediaan Manifesto Tipu tersebut, seperti dikhabarkan oleh Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli, telah mengambil masa selama 18 bulan untuk proses rundingan dan kajian sebelum dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Menurut beliau juga, ‘Manifesto Tipu Rakyat’ kali ini menggabungkan ke semua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan juga belanjawan 2013.
Mengimbas kembalil Manifesto Tipu Rakyat 2008, ianya turut mengandungi beberapa teras utama yang merangkumi pentadbiran, sosial dan kebajikan rakyat, kesihatan rakyat, dan keselamatan rakyat.
Di dalam perinciannya, termaktub ikrar untuk memastikan ketelusan ADUN dan Exco, menubuhkan badan khas untuk menyiasat penyelewengan tanah dan sumber negeri, dan memberhentikan projek yang membazir.
Namun, apa yang berlaku ialah sumber tanah dan negeri terus dikorek sehingga lohong dan gondol, siasatan SPRM terhadap kes rasuah Exco PR dipolitikkan sehingga ada yang menyebabkan kematian saksi penting, dan projek-projek membazir dan tidak masuk akal terus berjalan.
Mengenai pemberian wang tunai pula, termasuk wang tunai bagi anak Selangor yang masuk universiti, tabung permulaan pada bayi kelahiran Selangor, subsidi TASKA tanpa had anak, elaun ibu tunggal, elaun suri rumah, insurans untuk OKU, biasiswa, pendidikan pra-sekolah percuma dan rumah bagi setiap keluarga kini masih lagi menjadi mimpi.
Bagaimanapun, kerajaan Selangor menafikan yang semua janji wang tunai ini tidak dilaksanakan dan menurut ‘checklist’ mereka, ada beberapa perkara yang telah terlaksana, atau dalam kata lain, ada rakyat yang telah menikmatinya. Antaranya, wang subsidi TASKA RM50-RM100 dan tabung permulaan RM100 anak kelahiran Selangor.
Kita pun tertanya-tanya siapakah yang penerima itu? Ini kerana tiada satu prosedur atau pengumuman tertentu yang memaklumkan rakyat cara untuk menuntut janji-janji ini tetapi tiba-tiba saja mengumumkan yang ada rakyat yang telah menerimanya? Bila dan bagaimana mereka menerimanya?
Terdapat juga di dalamnya kenyataan bahawa cukai pintu akan diturunkan. Namun, ia bukan sahaja tidak dilaksanakan, tetapi di beberapa tempat di Selangor, ia telah dinaikkan.
Begitu juga dengan kenyataan untuk memantau pembangunan dan memelihara alam sekitar, tetapi jangankan soal pembangunan, soal sampah yang tidak pernah bermasalah di zaman BN pun kini sudah menjadi masalah yang tidak berkesudahan di Kedah, Selangor dan selamanya di Kelantan.
Walau apapun, kita harus akur bahawa rakyat tidak berhak mempersoalkan segala yang tidak tertunai itu kerana “Manifesto Bukan Satu PerJanjian” dan hanyalah satu “Penipuan”.
Justeru, rakyat juga tidak wajar mengharapkan apa-apa dari Manifesto Tipu Rakyat yang bakal dilancarkan oleh PR pada 25 Februari ini kerana ia sekadar satu kertaskerja yang dibuat untuk suka-suka bagi menyedapkan telinga rakyat.
Rupanya, bukan satu kerja mudah untuk memikir dan menyenaraikan penipuan-penipuan terbaik untuk dibentangkan kepada rakyat di mana persediaannya mengambil masa sehingga 18 bulan! Jelas, penipuan-penipuan ini telah pun difikirkan secara terperinci dan dari segala segi bagi memastikan ia enak dan lazat untuk ditelan.
Oleh itu, tidak salah untuk kita meluangkan masa untuk mendengar pengumuman senarai penipuan yang enak-enak oleh PR, asalkan jangan kita mempercayainya. Tidak salah juga untuk berangan mendapat berbagai bantuan dan kemudahan termasuk wang tunai dan di masa yang sama segala-galanya turun harga atau percuma seperti yang bakal disenaraikan PR, asalkan kita mampu mencongak dan membezakan yang logik dengan yang tidak.
Sesungguhnya, bukan semua rakyat Malaysia sebodoh Anwar Ibrahim yang gagal memahami ekonomi mudah sehingga hampir membangkrapkan negara dalam kebuntuannya sebagai Menteri Kewangan, ketika menangani krisis ekonomi Asia 1997/98.
Lagipun, seseorang itu tidak perlu menjadi begitu bijak untuk memahami ayat “Manifesto bukan satu perjanjian”.
NURUL IZZAH PASTI MENANG LAWAN UTUSAN MALAYSIA
Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013. Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.
Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan. Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara.
Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.
Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara.
Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita.
Sikap ‘tidak serupa bikin’ pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara. Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus.
Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri. Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah.
Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang.
Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya.
Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC yang didakwanya sebagai berniat jahat.
Sedangkan Utusan hanya bertindak sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk mengesahkan laporan mereka.
Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.
Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia.
Keyakinan ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu. Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas.
Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes jenayah. Antaranya:
1.Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman tersebut ditarik balik.
2.Kes Bunuh seorang pemuda dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri. Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).
Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.
3. Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011 melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya. Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah.
Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT. Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita.
Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.
P/S : Apa nak jadilah dengan Negara Malaysia Sekarang nie...
Subscribe to:
Posts (Atom)




















