Popular Posts
-
Baru-baru ini Deepak Jaikishan, si penjual karpet yang menghadapi masalah hutang piutang keliling pinggang pernah cuba menarik perhatian ...
-
Penjara 30 hari dan denda RM8000 adalah nilai maruah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong kepada seorang pemuda berbangsa Cina berusi...
-
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pe...
-
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira...
Showing posts with label PI bala. Show all posts
Showing posts with label PI bala. Show all posts
Friday, 15 March 2013
TERKINI Sah!! P.I. Bala Mati Dalam Perjalanan Ke Hospital Sungai Buloh
Berita yang baru lagi diterima, menyatakan, penyiasat persendirian kontroversi P.Balasubramaniam yang lebih dikenali sebagai P.I. Bala telah mati akibat serangan jantung dan mayatnya sedang dibawa menuju ke Hospital Sungai Buloh. Menurut sumber lagi, beliau mati semasa berada di wad hospital swasta SJMC.
PI Bala, 53 sebelum ini, menyatakan dan percaya percaya beliau boleh mati akibat serangan jantung pada bila-bila masa selepas meninggalkan India untuk pulang ke kampung halaman, justeru terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dan pelbagai program pertemuan dengan orang ramai.
Lebih dikenali sebagai PI Bala, kepercayaannya kuat untuk menyakini bahawa “pihak di atas” dan semangat wanita Mongolia yang terbunuh Altantuya Shaariibuu masih memerlukan dia dan perjuangannya.
“Tiap tahun, pada 19 Oktober, saya bersembahyang untuk dia (Altantuya). Saya harap suatu hari keadilan akan ditegakkan, Altantuya TAK IZIN saya mati dulu“, PI Bala ketika ditemuramah sebuah portal akhbar.
Saturday, 2 March 2013
Debat Bala vs Zulkifli Nordin Perlu Diadakan
Kenyataan terbaru bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang sebelum ini telah melarikan diri sejurus selepas membuat 2 pengakuan bersumpah yang saling bercanggah berhubung kes pembunuhan Altantuya di lihat amat meragukan. Dia yang tampil semalam di atas pentas pakatan pembangkang mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut.
Yang menghairankan ialah, semua dakwaan tersebut tidak disertakan dengan sebarang bukti dan boleh disifatkan sebagai percubaan jahat untuk merosakkan imej Perdana Menteri semata-mata.
Sedangkan sebelum ini, mantan peguam bela Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Nordin yang juga merupakan peguam berhubung kes tersebut menyatakan semua kenyataan Bala itu adalah merupakan fitnah dan niat jahat.
Ini kerana menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu, Bala selaku saksi ketika prosiding soal siasat, tidak pernah membangkitkan langsung isu yang diperkatakan ketika ini.
Dan sebagai peguam pembela, sekiranya terdapat sebarang keraguan yang boleh dikaitkan dengan Perdana Menteri, maka akan digunakan semaksimum mungkin demi untuk merealisasikan impian Anwar. Malah menurut beliau lagi, pernah satu ketika Anwar Ibrahim telah memberikan arahan kepadanya agar mewujudkan bukti ‘palsu’ untuk dikaitkan dengan Datuk Seri Najib yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Selaku orang yang pernah bersama dengan Anwar, Zulkifli Nordin juga turut menjelaskan, modus operandi yang digunakan oleh mereka adalah mudah dan pernah digunakan beberapa kali oleh pakatan pembangkang dalam kes-kes tertentu. Iaitu dengan mengunakan seseorang yang terlibat dengan kes yang dibangkitkan dan mempengaruhi mereka untuk mereka cipta bukti.
Bagi mewujudkan kredibilti terhadap bukti ciptaan tersebut, maka beberapa sandiwara perlu dimainkan sebagai satu usaha untuk mewujudkan keraguan dan persepsi di kalangan masyarakat. Dan seperti yang di katakan sebelum ini, selepas beberapa hari, kononnya atas nama pendedahan sebenar, Bala sekali lagi tampil membuat pengakuan bersumpah kononnya kenyataannya sebelum ini adalah palsu.
Sejurus selepas kenyataan itu, Bala terus menghilangkan diri untuk beberapa tahun, dan kembali semula beberapa hari yang lepas untuk mengatakan kononnya dia telah diugut, diancam, diarahkan dan sebagainya. Maka benarlah seperti dakwaan Zulkifli Nordin sebelum ini ia adalah merupakan satu skrip lakonan yang telah dirancang bagi menguatkan kredibiliti kenyataan tersebut.
Memandangkan isu yang dibangkitkan ini adalah atas dasar kredibiliti, maka ada baiknya diadakan satu program wacana ilmu atau debat terbuka di antara Bala dan Zulkifli Nordin.
Ia secara tidak langsung dapat membersihkan imej Bala yang tercemar sebelum ini. Dengan cara ini juga, masyarakat secara keseluruhan dapat menilai sama ada isu yang dibawa ini mempunyai fakta atau hanya sandiwara demi kepentingan sesetengah pihak yang ingin merampas kuasa di Putrajaya.
Biarkan rakyat menilai, daripada terus disajikan dengan laporan dan maklumat rekaan ciptaan mereka yang berkepentingan. Tambahan pula, Bala juga sebelum ini mengatakan objektif utamanya ialah untuk menjatuhkan kerajaan BN/Umno.
Kenyataan tersebut, jelas membuktikan isu yang di bangkitkan ini hanyalah merupakan isu politik yang membawa pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’.
GEMPAR!!! Wikipedia Dakwa Bala Curi Duit Altantuya
Sehari dua ini, dunia politik tanahair sedikit heboh dengan kemunculan semula bekas penyiasat persendirian P. Balasundramaniam yang digunakan sebagai modal baru pakatan pembangkang dalam menarik simpati pengundi. Pelbagai program jelajah telah dirancang dan diadakan demi memastikan rakyat terus tertipu dengan kenyataan bersumpahnya yang menurut Zulkifli Nordin hanya bernilai RM4.00.
Namun apa yang menariknya ialah, ketika Bala begitu ghairah dijadikan sebagai kuda tunggangan baru puak pakatan bagi memburukkan dan menjatuhkan kerajaan dengan cerita tipu dan fitnahnya, laman wikipedia telah mendedahkan mengenai satu penipuan yang dilakukannya terhadap model Altantuya Shaariibuu. Dan penipuan tersebut, akhirnya telah menyebabkan tercetusnya beberapa rentetan peristiwa sehingga menyebabkan kepada kematian Altantuya.
Laman yang merupakan sebuah portal ensiklopedia bebas itu mendedahkan, sebelum kematian Altantuya, Abdul Razak baginda telah melakukan satu pengeluaran wang tunai berjumlah RM50,000.00. Wang tersebut akhirnya diberikan kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya.
Namun mungkin kerana sikap tamak dan ‘gelap mata’, Bala bukan sahaja tidak menyerahkan bayaran tersebut, malah telah mencuri wang yang sepatutnya digunakan sebagai kos pembiayaan pulang Altantuya ke negaranya.
Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Wikipedia itu juga, wang tersebut adalah merupakan bayaran untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh Altantuya sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda. Kegagalan Altantuya untuk menerima pembayaran tersebut, telah menyebabkannya gagal untuk pulang ke negaranya. Yang mana telah menyebabkan berlaku satu tragedi yang akhirnya membawa kepada kematian beliau.
Yang lebih menghairankan, semua kenyataan Bala sebelum ini, yang kononnya bertujuan untuk mendedahkan satu kebenaran, langsung tidak menyebut mengenai kehilangan wang RM50,000 ini. Apakah dia terlupa atau sengaja menyembunyikan fakta sebenar berhubung kehilangan wang tersebut.
Zulkifli Nordin yang juga merupakan bekas peguam bela kes Altantuya sebelum ini juga, pernah mebangkitkan mengenai transaksi wang tersebut. Namun sehingga kini, masih lagi tiada sebarang kenyataan dari Bala berhubung isu yang dibangkitkan ini.
Kegagalan dan keengganan Bala untuk menjelaskan mengenainya, seolah-olah membuktikan bahawa semua dakwaan yang dilemparkan ini mempunyai asas kebenarannya.
Kesimpulannya, bagi mengelakkan masyarakat terus ditipu dengan dakyah dan cerita rekaan pembangkang ini, ada baiknya pihak berkuasa memulakan siasatan berhubung kehilangan wang RM50,000 milik Altantuya yang dipercayai telah dicuri oleh Bala.
Friday, 1 March 2013
Konspirasi Jenayah Terancang Antara PI Bala Dan Deepak
![]() |
| Chegu Bard terpaksa memainkan peranan dalam menentukan hala tuju percakapan Bala agar dapat dikaitkan dengan pimpinan negara |
Setelah hampir lima tahun menyepi kerana melarikan diri ke Chennai India, bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau lebih dikenali dengan panggilan PI Bala, tampil buat julung kalinya di sebuah program ceramah pakatan pembangkang anjuran Chegu Bard. Dia sebelum ini telah menarik perhatian masyarakat di negara ini dengan kenyataan bersumpahnya (SD1) pada 1 July 2008.
SD1 antara lainnya cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan bekas model Monggolia Altantuyya. Namun 3 hari selepas itu, Bala sekali lagi menarik perhatian umum, apabila tampil membuat kenyataan bersumpah (SD2) bagi menafikan tuduhan yang dilakukan sebelum ini di dalam SD1 pada 4 Julai 2008.
Sejurus selepas kenyataan tersebut, dia akhirnya ‘hilang’ dari pengetahuan umum serta gagal untuk di kesan, dipercayai telah melarikan diri ke luar negara. Seperti yang telah diduga ketika negara sedang berada di ambang pilihanraya umum, Bala akhirnya muncul semula bersama pimpinan pakatan pembangkang.
Kehadirannya bukan sahaja untuk mengatakan kononnya SD1 adalah benar namun turut mengatakan objektif utamanya adalah untuk memastikan kerajaan BN/Umno tumbang sekaligus meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Ekoran dari itu, maka satu program ceramah telah diadakan oleh Chegu Bard dan konco-konconya di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam. Namun apa yang peliknya program tersebut hanya mampu mengumpul sekitar 800 – 1000 orang sahaja, walaupun pihak penganjur berhempas pulas mempromosikan program tersebut dan mengangarkan kehadiran sekitar 5 – 10 ribu.
Ia secara tidak langsung membuktikan rakyat secara keseluruhan tidak merasakan pertuduhan Bala mempunyai hujah yang kuat dan boleh dijadikan sebagai sandaran. Maka walaupun pihak penganjur cuba mengumpan masyarakat untuk hadir dengan mengatakan Bala akan membuat pendedahan terbaru, ia tetap gagal menarik perhatian masyarakat.
Tambahan pula tindakannya yang ‘flip flop’ sebelum ini, membuatkan rakyat kembali berfikir dan menilai semula kredibiliti Bala yang jelas meragukan dan mempunyai agenda tersembunyi.
Bala juga ketika ditanya mengenai pendirian beliau mengenai kerajaan, mengatakan sejak dari kecil lagi telah wujud perasaan benci terhadap kerajaan BN/Umno.
Dan tanpa berselindung mengatakan dia adalah merupakan antara tenaga pengerak kepada gerakan Hindraf suatu ketika dahulu. Maka atas sebab itu, Chegu Bard berusaha untuk menyucikan kembali imej Bala dengan mengatakan wujud ancaman sehingga membahayakan nyawa beliau yang telah menyebabkan Bala bertindak mengeluarkan SD2 dan melarikan diri ke luar negara.
Dan ketika seisi pendedahan yang diadakan itu, acapkali juga Chegu Bard terpaksa memainkan peranan dalam menentukan hala tuju percakapan Bala agar dapat dikaitkan dengan pimpinan negara. Dan lebih menghairankan percakapan beliau juga tersekat-sekat dan sering terlupa dengan fakta yang terkandung di dalam SD1.
Percakapan Bala pada malam semalam seolah-olah bercakap dengan mengunakan skrip pihak tertentu dan bukannya berdasarkan pengalaman sendiri seperti yang di dakwa. Sedangkan Bala sebelum ini mendakwa SD1 satu adalah merupakan kenyataan beliau sendiri berdasarkan fakta sebenar sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda.
Sekiranya pertuduhan tersebut mempunyai asas dan kebenaran, masakan Bala boleh terlupa ‘poin-point’ penting pertuduhan? Melainkan SD1 adalah merupakan hasil ciptaan dan rekaan semata-mata yang direka khusus untuk merosakkan imej Datuk Seri Najib dan isteri beliau.
Bagi menyelamatkan keadaan, Chegu Bard terpaksa mengunakan alasan, ekoran telah berada dalam tempoh yang lama di luar negara, maka Bala sudah tidak lagi fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sedangkan isu terlupa fakta dengan tidak fasih bercakap adalah dua fakta yang jauh berbeza.
Dan yang paling mengejutkan, Bala juga secara tidak sengaja mendedahkan bahawa dia telah dibayar oleh Deepak sebanyak RM100 ribu tunai dan diberi sebuah kondomiun di Berjaya Times Square. Wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun bini Bala beserta dokumen perjanjian hakmilik kondominium tersebut.
Ia secara tidak langsung membuktikan wujud konspirasi dan jenayah terancang diantara Bala dan Deepak. Dan yang paling penting ialah, Bala gagal megemukan sebarang bukti yang kukuh dalam pertuduhan beliau.
Kesimpulannya isu yang cuba dibawa ini adalah merupakan sandiwara terbaru pakatan pembangkang dalam mempegaruhi rakyat sebagai satu strategi untuk merampas kerajaan. Jenayah terancang ini juga jelas membuktikan terdapatnya dalang sebenar di sebalik sandiwara yang sengaja diada-adakan ini.
Thursday, 28 February 2013
Bala Kembali Untuk Tipu Rakyat
Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya.
Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia.
Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang terkangkang bersama hutan belukarnya.
Paling penting sekembalinya PI Bala ke tanahair sudah ada kerjaya yang menanti, walaupun bukan lagi sebagai penyiasat persendirian, tapi setidak-tidaknya dengan menjadi penceramah untuk kempen politik PKR tentunya banyak habuan menanti setiap kali selesai berceramah.
Lagi pun inilah masanya untuk PI Bala membalas jasa PKR yang sejak lebih kurang 5 tahun lalu telah menanggung segala kos sara hidupnya di India. Tambahan pula bukan payah mana sangat pun untuk berceramah di depan khalayak, yang penting bijak memutar belit fakta yang diadun dengan temberang nescaya mendapat tepukan gemuruh dari penyokong pembangkang.
Ramai pemimpin PKR tahu gandingan PI Bala dengan Deepak kelak tidak mampu membawa pertambahan sokongan kepada parti itu memandangkan terlampau banyak keraguan umum terhadap kredibiliti kedua-duanya berikutan banyak versi cerita yang bertukar ganti fakta dan fiksyennya.
Ditambah pula dengan kes songlap RM50,000 wang milik Razak baginda yang sepatutnya diserahkan oleh PI Bala kepada Altantuya Shariibuu, lagilah membukit keraguan ramai terhadap apa sahaja kata-kata yang bakal diucapkan oleh PI bala semasa di pentas ceramah atau ketika temu bual dengan media.
Jika PI Bala tidak menggelapkan wang tersebut yang diterimanya di Hotel Malaya, tentunya Altantuya tidak perlu susah-susah datang ke Malaysia untuk menuntut wang dengan Razak Baginda malah tak mustahil kes kematiannya juga tidak berlaku.
Kasihan Altantuya dek kerana wang yang dituntut gagal diperolehnya manakala disebabkan kesilapan Azilah dan Sirul salah faham dengan arahan Razak Baginda, akhirnya nyawa wanita malang itu berakhir dan mayatnya berkecai diletupkan dengan C4.
PI Bala pula berseronok dengan wang yang disonglap dan tergamak mereka-reka cerita mengikut skrip garapan Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR lain melalui Akuan Bersumpah Pertama (SD1) demi habuan tambahan semata-mata untuk mengaitkan kejadian pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.
Apa pun, PI Bala sudah membuktikan dirinya memang kebal dari perasaan malu atau bersalah, selepas SD2 yang menceritakan kebenaran sekaligus membatalkan SD1 yang penuh penipuan, kini PI Bala tiba-tiba kembali semula demi untuk menyambung penipuan SD1 selepas dijanjikan imbuhan baru.
Bimbang didesak kenapa tidak melakukan SD3 atau seterusnya bagi membatalkan SD1, maka kitab Hindu Bhagavad Gita dijadikan sandaran.
PI Bala mungkin bangga kehebatan dalam memutar belit cerita dan mampu pula merekayasa pelbagai versi berbeza, namun berapa ramai yang sanggup terus ditipu olehnya? Ada memang ada, tapi tiba masanya kelak kebenaran hakiki akan menimbus kebatilan. Itu semestinya.
Wednesday, 27 February 2013
Siapa Tanggung Bala Sepanjang 5 Tahun Menghilang?
Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR.
Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.
Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu?
Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t.
Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib.
Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut.
Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu.
Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali.
Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang.
Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu?
Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi.
Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka ‘menyejuk bekukan’ kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum.
Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya?
Tuesday, 26 February 2013
Mana Bala Sorok Duit Altantuya Yang Di Curi?
PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.
Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.
Malah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.
Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?
Dalam pada itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta Altantuya tidak sampai ke tangannya.
Bala tentu masih ingat pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.
Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.
Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya, menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan Razak Baginda.
Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa tragis ini tidak berlaku.
Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya satu nyawa telah melayang.
Kini Bala kembali semula, bukannya untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya demi memenuhi kehendak politik PR.
Subscribe to:
Posts (Atom)








