Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

Parlimen dibubarkan hari ini 4 MAC 2013

 
TERKINI :
 
PRU 13 ibu segala PRU!!!


KRONOLOGI :

9.05 pagi : Mengadap SPBYDP AGONG



10.30 pagi : MESY KABINET

11.30 pagi : Siaran Langsung Pembubaran Parlimen. SAH!! PARLIMEN BUBAR.

 
========================================

KUALA LUMPUR: Spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini tersebar meluas.

Hari ini 3 April genaplah empat tahun kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Jam 8.25 pagi tadi, Perdana Menteri telah berhadap dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Najib juga akan mengadakan mesyuarat mingguan Kabinet. Ini dikatakan akan menjadi mesyuarat terakhir kerana semua menteri telah diarahkan untuk memakai memakai pakaikan suit hitam untuk fotografi berkumpulan.

Secara tradisi, para menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya sebelum mesyuarat berakhir.

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam berkata bahawa pembubaran hari ini hanya khabar angin.

"Tiada pembubaran esok. Pembubaran selewat-lewatnya akan berlaku pada hujung bulan ini," katanya.

Hari terakhir bagi Parlimen akan dibubarkan secara automatik adalah pada 30 April.



Di Putrajaya nanti, Najib juga dijadualkan untuk berbasikal dengan kira-kira 10,000 orang ramai untuk menandakan tempoh penuh empat tahun di pejabat.

Ikuti liputan  blog ini secara langsung.

 

Friday, 29 March 2013

PRU 13 : Najib Yakin Peroleh Majoriti 2/3, Pembangkang Takut Bubar DUN


Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

GP : Pembangkang kata nak bubar DUN Lepas Chap Goh Meh, sekarang dah cap go tong dh nie.. x bubar2 lagi... dulu bukan main ugut najib sangat.. mengapa mereka resah?

KERANA :-

17. Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran DUN Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

18. Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara. Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.

21. Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut? Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?
 
22. Ramai juga yang bertanya kepada saya, mengapa Anwar begitu beria-ia mahukan pilihan raya segera sedangkan masanya memang telah pun hampir tiba. Apakah kerana beliau yakin akan menang atau takut banyak lagi isu terbongkar dan makin ramai yang meninggalkan Pakatan nanti? Dr Khir.

Wednesday, 20 March 2013

GTP Catat Pencapaian Dan Kejayaan Nyata, Pembangkang Panas Hati



KUALA LUMPUR: Fasa pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melabuhkan tirainya tahun lalu mencatat pencapaian dan kejayaan nyata bagi kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilaksanakan demi kesejahteraaan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri dalam prakatanya “Maju Ke Hadapan Menuju GTP 2.0″ untuk Laporan Tahunan GTP 2012, menyifatkan GTP 1.0 yang dilancarkan pada 2010 sebagai wadah yang menghamparkan persediaan asas bagi transformasi dan inovasi yang lebih besar sepanjang satu dekad setengah akan datang.

Intipati Ucapan Dasar Pembentangan Laporan Tahunan NTP 2012



KUALA LUMPUR: Berikut adalah intipati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) di sini, malam ini:

* Sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai. * Pendapatan Negara Kasar per kapita meningkat daripada AS$257 pada tahun 1957 kepada AS$9,970 pada 2012.
* Pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012.

Thursday, 28 February 2013

PRU 13 = "Pilihanraya Media Sosial" Pertama Malaysia


Pengamal media sosial perlu bersikap lebih matang dan bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan baharu itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil menyatakan sikap optimistik beliau terhadap media sosial dan kesannya terhadap masyarakat, Najib berkata adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya media sosial tidak terikat langsung dengan sebarang etika.

Kata beliau etika dan tanggungjawab yang datang bersamanya (media sosial) adalah sama pentingnya bagi masyarakat dalam memanfaatkan kepentingannya.

“Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya tidak wujud sebarang etika dalam konteks media sosial ini,” kata Najib pada Minggu Media Sosial Malaysia anjuran Dewan Media Sosial (SMC) Malaysia di sini Rabu.


Acara itu turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan pengasas, yang juga presiden Dewan Media Sosial Malaysia Shahul Hameed Shaik Dawood.
Najib berkata bulan-bulan yang akan datang merupakan tempoh yang menarik bagi mereka yang meminati politik dan Internet.

Perdana Menteri berkata beliau yakin pilihan raya kali ini akan merupakan “pilihan raya media sosial” pertama bagi Malaysia.

“Kita dapat melihat betapa ia bertindak sebagai pemangkin bagi ahli politik untuk berurusan secara dalam talian dan sebenarnya ini adalah sesuatu yang baik.

“Memanglah, ia bukan merupakan faktor paling besar pada pilihan raya ini, tetapi, yang pasti, ia akan memberi tempo kepada perbahasan politik dan mengundang lebih banyak orang untuk bersuara melaluinya,” kata beliau.

Najib berkata, sebenarnya, adalah menjadi sebahagian daripada hasrat dan tanggungjawab beliau sebagai perdana menteri untuk memikirkan tentang seluruh negara dan memastikan seramai mungkin rakyat mempunyai akses terhadap peluang yang dibawa oleh media sosial – “bukan saja kepada kita yang ada di dalam dewan ini.”

Katanya adalah tidak wajar bagi kerajaan membiarkan sebahagian anggota masyarakat berada di sebelah “jurang digital” yang merugikan mereka, terputus daripada menikmati manfaat besar dalam bidang pendidikan dan perusahaan pada zaman moden ini.

“Kami sedang berusaha untuk memastikan perkara itu tidak berlaku, melalui inisiatif seperti Digital Malaysia, menawarkan baucer telefon pintar kepada golongan muda dan meluaskan akses jalur lebar di kawasan luar bandar.

“Saya mahu semua rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menghadapi masa depan yang sedang datang dengan begitu pantas sekali,” katanya.

Najib berkata media sosial merupakan satu kuasa besar yang mewujudkan keterbukaan dan kerajaan juga tidak terkecuali daripada mengamalkannya.

Kata Perdana Menteri sebab itulah beliau berusaha untuk berkomunikasi melalui platform paling baharu dan melalui cara paling relevan seperti Belanjawan, beliau cuba melaksanakan tugas secara berlainan daripada biasa dengan melancarkan perundingan secara dalam talian, di mana beliau mempelawa orang ramai mengemukakan idea mereka dan pada waktu yang sama memberi pertimbangan terhadap pendapat lain.

“Oleh itu, bagi kerajaan, sama seperti syarikat perniagaan, teknologi bererti cara baharu melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kuasa untuk mendekati khalayak baharu, membawa tanggungjawab baharu juga; bersikap lebih terbuka dan bertanggungjawab.

“Rakyat, terutama ‘pribumi digital’, yang membesar bersama Internet, kini mempunyai harapan lebih tinggi tentang keterbukaan dalam semua hal kehidupan,” katanya.

Sebab itulah, kata beliau, semua anggota Kabinet perlu menggunakan media sosial dan begitu juga halnya dengan calon daripada parti yang beliau terajui.
– BERNAMA
sumber : KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...