Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Tuesday, 26 February 2013

BUKTI !!! Anwar Tidak Pernah Mungkiri Janji


 
GP : Anwar TIDAK PERNAH MUNGKIRI JANJI UTK TERUS BERJANJI PALSU..

Mana Bala Sorok Duit Altantuya Yang Di Curi?


PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.

Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.

Malah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.

Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?

Dalam pada itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta Altantuya tidak sampai ke tangannya.

Bala tentu masih ingat pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.

Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.

Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya, menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan Razak Baginda.

Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa tragis ini tidak berlaku.

Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya satu nyawa telah melayang.

Kini Bala kembali semula, bukannya untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya demi memenuhi kehendak politik PR.

Pakatan Rakyat Mahu Tentera Sultan Sulu Dibunuh


Sudah menjadi tabiat semula jadi pemimpin PR gemar mencipta masalah dan merekayasa isu hangat, kemudian bila isu meleret-leret melibatkan keselamatan awam dan negara mereka akan segera menuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat.

Itu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan pencerobohan oleh lebih kurang 100 orang pengikut Sultan Sulu yang kedatangan mereka disebabkan jemputan oleh pemimpin PR selepas dijanjikan akan beroleh wilayah pemerintahan sendiri di negeri itu.

Mereka yang melabel diri sebagai Tentera Kesultanan Sulu di mana sebahagiannya bersenjata sehingga kini masih lagi bertahan dalam kepungan di Lahad Datu, di masa yang sama pihak berkuasa masih meneruskan rundingan untuk menyelesaikan isu ini secara aman.

PR yang menyedari peranannya dalam kemelut isu ini sudah diketahui umum terutama selepas sumber Tentera Filipina mengesahkan jemputan itu datangnya dari pemimpin pembangkang Malaysia, nyata tidak senang duduk dengan pendedahan tersebut.

Rakyat Sabah yang sedari awal sudah mengesan wujudnya tangan ghaib dalam isu ini akhirnya bangkit mengecam tindakan tidak patriotik pemimpin pembangkang dari Semenanjung itu yang dikira cuba mengganggu gugat ketenteraman penduduk Sabah.

PR kini tersepit tapi sudah menjadi lumrah dan kelebihan semula jadi pemimpin PR segera bertukar lidah untuk menuding jari dan menyalahkan pula pihak berkuasa kerana mengambil langkah berunding dengan kumpulan penceroboh tersebut.

Sedangkan tujuan perundingan diadakan kerana pihak berkuasa menyedari ada ruang penyelesaian secara aman tanpa perlu tunduk pada sebarang tuntutan oleh kumpulan penceroboh.

Jika kekerasan menjadi keutamaan ia hanya menjadi pilihan akhir setelah semua rundingan gagal membuahkan hasil, andainya saat itu tiba tidak sukar untuk Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan perintah demi menjaga kedaulatan negara.

Namun selagi ada ruang perundingan, selagi itu jalan perundingan dilakukan, itu polisi Malaysia sejak sekian lama.

Tapi saban hari pemimpin PR pula cuba memprovokasi khalayak supaya bangkit mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mendahulukan rundingan dengan kumpulan penceroboh itu, di masa yang sama PR cuba memperlekehkan keupayaan pasukan keselamatan negara dalam berdepan dengan isu sebegini.

Tindakan yang tidak matang sedemikian tidak membantu mengendurkan suasana sebaliknya hasutan dan provokasi PR itu hanya menyebabkan jalan perundingan yang dirintis boleh hancur berkecai.

Umum tahu, PR gemar melihat kekecohan dan kalau boleh berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu di mana semua penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu mati dibunuh. Bila itu berlaku mereka mengharapkan akan memperoleh keuntungan politik kepartian.

Pemimpin PR yang bertanggungjawab menabur janji kepada Sultan Sulu dan pengikutnya, PR pula yang mahu melihat pertumpahan darah berlaku. Pelik?

Apa nak peliknya, provokasi dan putar belit isu memang amalan PR, sama seperti mereka menghasut penyokong berdemo dan merusuh di atas jalan raya dan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak berkuasa pula yang dijadikan kambing hitam untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh PR.

Apa pun kita doakan segalanya berjalan lancar, sementara kesabaran menguasai suasana kita percayai sehari dua nanti isu ini akan selesai tanpa perlu setitik darah pun menitis ke bumi. Insya-Allah.

Monday, 25 February 2013

Manifesto Pakatan Pembangkang - Beri Macam-Macam, Mansuh Macam-Macam


1.   Usai sudah majlis pelancaran Manifesto Pakatan Pembangkang tengahari tadi di SACC Mall Shah Alam yang menyaksikan lagi tambahan janji demi janji untuk rakyat jelata yang kehausan kemanisan mulut pemimpin yang suka berjanji.

2.   Tiada yang istimewanya manifesto kali ini yang hanya mengubah dan mencedok sebahagian besar dasar 100 hari Buku Jingga yang menemui kegagalan dalam memikat hati rakyat Malaysia.

3.   Harga minyak turun,mengurangkan hutang negara,pendidikan percuma,rumah mampu milik,sejuta peluang pekerjaan dan pelbagai lagi janji ditaburi di dalam SACC Mall ini hanya menambahkan kemarahan rakyat di Negeri yang di perintah mereka. Lihat sahaja di Selangor dimana hanya 1-2 manifesto yang di tunaikan dari 31 Janji dalam Manifesto, dan apakah rakyat akan terus percaya dengan manifesto yang baru dan menghalalkan manifesto yang dirangka pada PRU12?

4.   Turun Harga Minyak- Menurunkan harga minyak salah satu janji yang sangat lemah, dan rakyat seharusnya tidak mudah tertipu dengan segala yang dijanjikan. Anwar dalam ceramah sering membandingkan tentang harga minyak ketika zaman dia menjadi Menteri Kewangan dahulu, apakah Anwar lupa ketika dia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri harga minyak dunia sekitar USD20 , berbanding sekarang yang mencecah USD90.

Ya boleh guna duit Petronas tetapi sampai bila? Bukit kalau ditarah akan rata juga, kerana jika diikutkan kalau harga minyak dikurangkan bermakna subsidi kerajaan tanggung lebih besar dan adakah itu tidak melibatkan bebanan kerajaan dan menambah hutang negara yang sedia ada? dan apakah ada negara yang sedang membangun dan maju tidak berhutang?

5.   Pendidikan percuma- Jika benar Pakatan Pembangkang serius mahu menunaikan janji ini kenapa ia tidak dimulakan di Selangor atau Kedah? Apa jadi pada UNISEL?? Apakah rakyat Selangor menikmati pendidikan percuma di UNISEL? Sama juga soalnya di Kedah, krisis yang melanda KUIN bukti kegagalan Pakatan Pembangkang mengurus tadbir Polisi dan Dasar Pendidikan dengan cekap.

6.   Sejuta Peluang Pekerjaan-Mengenai peluang pekerjaan yang dijanjikan lebih sejuta rakyat akan nikmati peluang pekerjaan jika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya,Exco Selangor Terresa Kok mendakwa bahawa pelaburan di Selangor 2012 mencatat rekod terbaik dalam sejarah Pakatan Pembangkang dengan jumlah RM10.5 bilion melibatkan 211 projek perkilangan yang diluluskan masing-masing 131 projek baru dengan nilai RM7.477 bilion dan 80 projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan berjumlah RM3.043 bilion, akan tetapi mengapakah rakyat selangor masih ada yang sukar mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dalam projek-projek yang kononya ada di Selangor seperti yang di war-warkan?

7.   Bagaimana pula dengan bantahan demi bantahan ke atas projek LYNAS dan RAPID Penggerang yang mampu memberi ribuan pekerjaan kepada rakyat tetapi dinafikan hak mereka oleh NGO-NGO yang kononya mencintai alam sekitar tetapi sebenarnya alat Pakatan Pembangkang yang berniat jahat? Mereka tutup pintu rezeki rakyat Malaysia yang rata-ratanya dari kalangan orang Melayu sendiri di LYNAS dan RAPID tetapi tengahari tadi mereka berjanji mahu memberikan lebih Sejuta peluang pekerjaan jika berjaya menawan Putrajaya, apakah rakyat perlu percaya?

8.   Rumah mampu milik- Selama 23 tahun PAS mentadbir Kelantan tetapi sebuah rumah mampu milik pun mereka tak bina. Semua rumah itu dibina oleh agensi-agensi milik kerajaan pusat seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB. Untuk Rekod Kelantan juga adalah negeri penerima terbanyak Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibawah program anjuran SPNB.

PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Selangor pula hanya membina rumah-rumah yang nilainya tidak mampu dibeli rakyat selangor walaupun bergaji 3-4 ribu sebulan. Begitu juga di Pulau Pinang dan manakala di Kedah pula Kerajaan PAS menagih simpati sepenuhnya kepada SPNB, untuk membina rumah mampu milik kepada rakyat Kedah. Jika kita imbas kembali janji PRU12 Pakatan Pembangkang di Selangor dimana mereka berjanji akan membantu rakyat selangor memiliki kediaman sendiri dan sehingga hari ini rakyat nak tahu berapa ramai rakyat Selangor telah dibantu untuk memiliki kediaman sendiri?

9.   Negara Islam-Akhir sekali, manifesto kali ini hanya membawa agenda PKR dan DAP berbanding PAS yang dinafikan hak untuk membentangkan dasar Negara Islam dan Hudud di Malaysia jika Pakatan ke Putrajaya. Apakah Tuan Guru Haji Hadi akan berani mengumumkan “Hari ni PR Menang! Esok Kita Laksana Hudud!”

Pasti ramai ahli PAS terutama dari Majlis Syura kecewa dengan Pembentangan pagi tadi kerana dasar dan perjuangan PAS langsung tidak diketengahkan dalam Konvensyen pagi tadi dan usaha mereka untuk menghapuskan undang-undang penjajah yang diguna pakai UMNO/BN sepanjang 56 tahun ini menemui jalan buntu kerana tidak langsung dibahaskan dalam perbentangan tadi dan ahli dan alim Ulama PAS kena akur dan meneruskan undang-undang sekular ini jika mereka berjaya menakluk Putrajaya.

Lihat lagi, KLIK SINI

DOWNLOAD MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PRU 13



sila nilaikan janji - janji yg telah ditaburkan.. jangan tertipu lagi...

DOWNLOAD MANIFESTO PR PRU13

Pesanan Buat Anwar Ibrahim Jika Berjaya Jadi PM


Siapa yang tidak ingat, betapa yakinnya Anwar Ibrahim berjanji pada seluruh dunia, 16 September 2008, PR akan mengambil alih kuasa di Parlimen dan beliau akan 'mengangkat sumpah' sebagai PM ke-7.. Tetapi, itulah Anwar Ibrahim... politiknya penuh dengan angan-angan!

 

Sekali lagi, menjadi 'Raja Propaganda' menggunakan media luar, BloombergNews, Anwar Ibrahim 'menjaja' PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU-13 dengan janji ‘smooth and peaceful transition’.

 
Apa mimpi Anwar Ibrahim begitu yakin 'menjaja' pelaksanaan 'smooth and peaceful transition' ini?

 

Selangor - isunya terlalu banyak dan sudah diketahui umum! Isu keangkuhan untuk bekerjasama dengan SYABAS sehingga rakyat merana ketiadaan air, isu ibu tunggal dan warga emas yang 'ditipu' bantuan, isu bantuan persekolahan pra-sekolah yang tidak diserah-serah. Ditambah lagi, isu dalaman, apabila anak muda, Rafizi Ramli dipinggirkan, 'anak derhaka', YB Azmin Ali yang ditatang dan YB Tan Sri Khalid sudah tidak lagi sehaluan, kepimpinan negeri yang sudah celaru!

 
Di mana asasnya rakyat Selangor masih 'sudi' mengundi kepimpinan anda, Anwar Ibrahim?

 

Kedah - isunya sudah melarat-melarat. Terbaru, ADUN dan Ahli-ahli PAS Kedah dengan jujurnya melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap YB MB Kedah, Datuk Seri Azizan atas ketidakmampuan mentadbir sehingga menampakkan kelemahan PR & PAS di Kedah. Seperkara lagi, gelombang 'Depa nak tukaq dah' dan kempen maya #SaveKedah semakin mendapat perhatian rakyat Kedah.

 
Apa pula rasional Anwar Ibrahim, masyarakat Kedah masih ingin mengundi pakatan anda?

 

Kelantan - Gelombang Merah sudah terlalu kuat. Logo 'T' (TUKAR) semakin mendapat tempat di hati masyarakat Kelantan. Sudah bertahun lamanya, keperluan pembangunan dan kemajuan rakyat Kelantan dinafikan sehingga menyebabkan hampir setengah juta rakyatnya terpaksa berhijrah. Selain itu, kebergantungan kepada kudrat veteran untuk terus memimpin negeri adalah bukti 'ketamakan kuasa' PAS dan PR. Ketahuilah, pada ketika PR masih bergantung kepada pimpinan lama, BN sudah rancak melakukan transformasi politik membariskan pimpinan-pimpinan segar!

 
Sedarkan Anwar Ibrahim yang rakyat Kelantan punya kuasa untuk Ubah?

 

WP Kuala Lumpur - Kegigihan ahli-ahli BN Kuala Lumpur membantu rakyat KL menyelesaikan isu-isu perbandaran sehingga menyebabkan salah seorang wakil rakyat PR, anakanda Anwar Ibrahim, Nurul Izzah melenting. Pemahaman mudah anak muda itu, untuk menilai siapa buat kerja maka diajaknya berdebat! Andai semudah itu tafsiran seorang pemimpin, punahlah masa depan anak bangsa kita!

Tidakkah Anwar Ibrahim melihat kelonggaran jentera PR di Kuala Lumpur?

Pulau Pinang - Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM120 juta pada 2012 dan unjuran defisit sebanyak RM260 juta pada tahun 2013. Isu defisit ini menjadi 'senjata kuat' untuk membuktikan betapa kerajaan DAP lemah dalam pentadbiran negeri. Tidak cukup dengan itu, isu perbalahan antara Ketua Menteri dan Timbalannya seringkali menjadi bualan. Juga, isu-isu rakyat terutamanya Melayu dan India yang 'dihalau' dari premis perniagaan mahupun kediaman mengakibatkan kebanyakan rakyat sudah serik dengan PR!


 

Sudahkah Anwar Ibrahim mendengar rakaman majoriti rakyat Pulau Pinang melaungkan ‘Are you ready for BN?’ … ‘YESSS!!!’

 

Erti kata mudahnya, di negeri-negeri pimpinan ‘Pakatan Rapuh’ pun sudah lemah dan di ambang kejatuhan, negeri-negeri pimpinan BN sentiasa tetap utuh dan ampuh bersama untuk ‘TOLAK PAKATAN RAKYAT’

 

Pesanan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
1Malaysia mendoakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji 'smooth and peaceful transition' apabila Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan WP Kuala Lumpur KEMBALI KE PIMPINAN BN selepas PRU-13 ini!

 

Jangan sekadar untuk mengalih isu tumpuan rakyat daripada masalah dalaman DAP-PKR di Johor dan perselisihan pendapat Kalimah Allah sehingga terpaksa menjaja cerita di media antarabangsa.

 

Tidak usah lagi memperdaya, kerana rakyat sudah tidak percaya!

Sunday, 24 February 2013

GAJI MINIMUM CYBER TROOPER PR HANYA RM 4,000 ???





MUNGKIN KAH? adakah rakyat yang akan tanggung akibatnya nnti???

Harakah Di Haram Sebut Anwar Sebagai Bakal PM


Pada 10 Februari 2013 lepas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO.

Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya.

Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas.

Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM.

Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas.

Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar.

Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR.

Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam.

Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar.

Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG).

Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS.

Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri?

Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan.

Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...