Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Sunday, 10 March 2013

Niat Busuk Pembangkang Terhadap Islam Didedahkan !!!


“Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU 13,”
Jefrei Nordin, ( Bekas Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor)

Baru – baru ini kita dikejutkan dengan pengakuan daripada saudara Jefrei Nordin yang merupakan bekas Pegawai Khas kepada Y.B Ronnie Liu tentang hasrat pembangkang khususnya DAP ingin meletakkan tokoh melayu liberal sebagai calon mereka di Selangor dan tidak mustahil juga di perak pada pilihanraya akan datang.

Apa yang perlu kita ketahui ialah, aliran pemikiran liberal adalah sesat dan menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Perkara ini diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke – 74 pada 25 hingga 27 julai 2006 selepas mendapati penyelewengan berkenaan aspek akidah dan syariah.

Aspek Akidah

Antara ciri pihak yang mendukung fahaman ini ialah mereka berpegang kepada konsep pluralisme. Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pihak pluralisme agama ini berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality).

Mereka juga mengakui bahawa semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

Ini adalah amat menyimpang dengan hakikat kerana hanya agama Islam sahaja yang diterima sebagai sebuah cara hidup yang sempurna dan tidak memerlukan ideologi atau sistem lain dari luar sistem Islam, kerana ideologi Islam itu telah sempurna sebagai sebuah cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT seperti FirmanNya:

“Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam”
(Ali-Imran 3 : 18).

Dalam ayat lain Allah berfirman:

“ Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.”
( Āli-Imran 3 : 85).

Antara ciri lain golongan ini ialah mereka mengatakan bahawa akal manusia adalah wahyu. Aliran ini juga turut membahagikan wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis.

Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Manakala wahyu tidak bertulis pula adalah akal manusia, dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, dan kesesuaian mengikut keadaan semasa.

Adalah dangkal untuk mengatakan bahawa akal manusia yang mempunyai seribu satu kelemahan sebagai salah satu sumber wahyu.

Golongan sesat ini juga turut meragui ketulenan Al-Quran. Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka juga menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.

Hakikatnya, kita sebagai umat manusia diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah untuk selalu berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah, kerana kedua pegangan tersebut tidak akan membuat kita sesat selama-lamanya.

Apabila kita tidak berpegang pada kedua pegangan tersebut kita akan sesat selama-lamanya. sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan keduanya: Kitabullah dan Sunnahku. Dan keduanya tidak akan terpisahkan hingga keduanya mendatangiku di Al-Haudh (telaga)”.
 
Aspek Syariah
 
Selain daripada Gerakan Pemikiran Liberal didapati mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dari aspek akidah, mereka juga didapati menyeleweng dari aspek syariah.
 
Aliran pemikiran sesat ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

Aliran pemikiran ini juga berpegang kepada ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, ianya sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat. Tafsiran – tafsiran lama dikatakan tidak lagi sesuai dengan zaman moden kini.

Golongan aliran pemikiran ini juga secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value).

Justeru itu, bagi mereka sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah bagi mereka, mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.


Apa motif Ketua Pembangkang, Anwar ibrahim duduk bersama Musdah Mulia (kanan), tokoh Islam Liberal Indonesia yang menghalalkan homoseksual & lesbian yang diharamkan Al Quran dan Sunnah????.

Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai method dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia.

Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

Golongan fahaman liberal ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum dan bukan bentuk sesuatu hukum.

Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan semua umat Islam Malaysia untuk bersama – sama membenteras puak – puak sesat ini daripada berjaya menjadi pemimpin Negara selepas pilihanraya yang akan datang demi memelihara kesucian agama Islam yang diredhai Allah ini.

Rujukan : JAKIM
 

Wednesday, 6 March 2013

PANAS !! "U Ulang, I Saman U" Popular Selepas "Listen,Listen,Listen"


Ungkapan 'U Ulang, I Saman U" telah menjadi semakin popular dan menjadi sebutan ramai termasuk di laman sosial beberapa hari ini.

Ungkapan ini telah disebut oleh Anwar semasa sidang media bagi mengelakkan daripada diasak dengan pertanyaan oleh wartawan tentang penglibatan beliau dalam isu pencerobohan di Lahad Datu.


Selain itu, terdapat banyak video yang telah dimuat naik di youtube yang telah mengubah ungkapan "U Ulang Saya Sama U Pulak" yang disebut Anwar dengan pelbagai cara seperti video iklan raya yang bertanya burung apa? berulang kali dan juga dalam bentuk Harlem Style seperti video di bawah.



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut laporan media asing yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli politik pembangkang di Sabah berhubung dakwaan mempunyai kaitan dengan penceroboh bersenjata di negeri berkenaan.

Sambil menegaskan beliau tidak perlu berbuat demikian kerana tidak terbabit dengan isu tersebut, Anwar bagaimanapun memberitahu bahawa perkara berkaitan dakwaan itu sedang diuruskan peguamnya.


Ketika diberitahu bahawa media di Filipina menerusi laporan mereka mengaitkannya dengan insiden itu, Anwar bagaimanapun berkata: "Terdapat banyak media di Filipina. Mana satu yang anda maksudkan?"

Anwar berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas bagi mengulas menangani pencerobohan bersenjata di Sabah.



Sementara itu apabila diberitahu bahawa dakwaan mengenainya disiarkan akhbar harian terkenal Filipina, Philippines Daily Inquirer, Anwar berkata beliau sudah membaca laporan berkenaan namun menyatakan bahawa namanya tidak disebut sebagai pihak yang dikaitkan.

"Jika anda bangkitkan isu pencerobohan ini lagi, saya akan dakwa anda," katanya kepada seorang wartawan portal berita yang mengajukan soalan berkenaan.

Menerusi laporan Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara 'faktor luaran' yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer,, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai 'faktor luaran' di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Malah baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.


Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
Selain itu Anwar turut menyalahkan Umno yang didakwa cuba memutar belit berita berkenaan sambil menyatakan bahawa beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Philippines Daily Inquirer,.



Media Luar Melaporkan Anwar dan Pihak Pembangkang Terlibat

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah kenapa beliau mengelak untuk mengulas apatah lagi mengambil tindakan terhadap media luar yang melaporkan penglibatan beliau dan pihak pembangkang dalam isu Lahad Datu seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Philippines Daily Inquirer?

Malah beliau juga tidak menggunakan peluang di ceramah-ceramah untuk menjawab isu pertemuan beliau dengan Nur Misuari.

Sebelum ini Perisikan tentera (ATM) mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu agensi yang sama turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian berlaku.

Pendedahan ini menguatkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini apabila secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang.



Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.

Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan pemimpin pembangkang Malaysia tetapi segera dinafikan Anwar yang mendakwa kenyataan itu dibuat UMNO.

Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Sumber

[Ops Daulat Lahad Datu] Sabah Bukan Milik Kesultanan Sulu



Kesultanan Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Menurutnya jika keadaan itu digunapakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang kepada Kedah.

"Tuntutan mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah.

"Malah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk masa yang lama," katanya.

Selain itu menurut Khoo, walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, namun Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah pada 1882.



Bagaimanapun katanya, transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana mereka merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa Malaysia menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin.

"Saya terkejut mengapa kali ini mereka menggunakan senjata," katanya. Selain itu itu Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof Kamarulnizam Abdullah berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian terdahulu di mana mereka menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah.

"Kami telah mewarisi perjanjian yang dibuat pada masa lalu," katanya.

Sumber : Mstar Online.

[Ops Daulat Lahad Datu] Seorang Pengganas Sulu Ditembak Mati Hari Kedua


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.

Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.

Bagaimanapun Ismail enggan mendedahkan butiran lanjut Ops Daulat termasuk jumlah mayat pengganas yang ditembak mati.

Pasukan keselamatan akan mengumumkan jumlah kematian dan kecederaan pengganas Sulu yang diserang dalam operasi besar-besaran semalam apabila Ops Daulat selesai sepenuhnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di sini, pagi Rabu bagaimanapun enggan menjelaskan bila operasi tersebut akan berakhir.

Menurutnya sehingga kini operasi mencari dan menggeledah baki pengganas Sulu masih diteruskan.



sumber: mstar online

Ops Daulat Diteruskan Bagi Hari Kedua (Rabu)


Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan pada Rabu.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal. Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo.

Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.

Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang.

Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan.
Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan. Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai.

Di SEMPORNA keadaan juga dilapor tenang dengan masyarakat meneruskan tugasan harian mereka serta premis perniagaan dibuka seperti biasa pada pagi ini.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata, sepatutnya boleh ditangani dengan segera.

Menurutnya, berdasarkan penerangan bekas-bekas jeneral kanan tentera yang menyertai PKR, beliau percaya ketumbukan tentera Malaysia mempunyai kekuatan untuk menangani pencerobohan itu dalam masa yang singkat.

Anwar semalam juga mendakwa beliau ditawarkan oleh media Filipina, Philippines Daily Inquirer bagi membersihkan namanya berhubung dakwaan dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

“Mereka Philippines Daily Inquirer menghubungi saya pagi ini dan menawarkan untuk bercakap dengan editor mereka untuk temubual secara langsung.

“Mereka sanggup berikan saya platform untuk menentang atau tidak bersetuju berhubung dengan dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini selepas penutupan Persidangan Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Selasa.

Dilaporkan juga kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, di sini dipindahkan ke Dewan Embara, dekat sini susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu, Selasa.

Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani.

Sumber Mstar online dan sini .



GEMPAR !! Jamalul Kiram III Keturunan Pembunuh

Sumber: BB

BANYAK PIHAK yang keliru berkenaan status Sultan Kiram. Siapakah Kiram? Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).

sultan-jamalul-kiram-iii
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.

Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.

Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.


Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.

Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai.

Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.

Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri.
Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II.
Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata.

Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug.
Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.

Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t.
Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.

Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I?

sumber

Rujukan Artikel: Laporan Akhbar Indonesia Dan Siapa Kiram Sebenarnya?

Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Yang Sah

Sumber: Biswardi
Sumber: BB

“Banyak pihak mendakwa mereka pewaris kesultanan itu tetapi saya adalah pewaris yang sah,” demikian kata Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram kepada sebuah portal berita online pada 22 Februari 2013 lepas, sebagai merujuk kepada Jamalul Kiram III.

sultan-jamalul-kiram-iii
Kenyataan Ampun Muedzul betul. Memang terlalu ramai orang yang mendakwa diri mereka merupakan Sultan Sulu yang sah, sekurang-kurangnya ada 9 individu yang mengaku sebagai pewaris sebenar Kesultanan Sulu.

Menariknya lagi kesemua 9 individu termasuk Jamalul Kiram III mahu dipanggil sebagai Sultan Sulu dan telah melalui upacara penabalan dan mempunyai pengikut masing-masing, yang menariknya tiada seorang pun di kalangan 9 Sultan Sulu ini yang memiliki tanah jajahan atau wilayah pemerintahan sendiri.

Jamalul Kiram III, merupakan salah seorang daripada 9 individu tersebut kini terlibat secara langsung mengarahkan sekumpulan 200 orang pengikutnya yang didakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Kumpulan warga Filipina yang diketuai oleh adiknya, Agbimuddin Kiram itu bertanggungjawab membunuh 8 orang anggota keselamatan Malaysia dalam dua pertempuran di Lahad Datu dan Kampung Srijaya, Simunul, Sampoerna yang turut mengakibatkan 18 orang pengikutnya terbunuh.


Mereka mula menceroboh Sabah sejak 9 Februari 2013 lalu dengan matlamat untuk menuntut hak ke atas Sabah yang didakwa milik Kesultanan Sulu serta turut mendesak Kerajaan Malaysia tidak menghantar pendatang Filipina keturunan Sulu pulang ke negara asal.

Sudahlah datang secara kurang ajar kemudian tunjuk lagak samseng menuntut pemerintahan ke atas Sabah, memang memalukan orang Sulu. Sewajarnya kumpulan pengikut Jamalul Kiram III ini kita gelarkan sahaja sebagai pengganas Sulu.

Rentetan pencerobohan yang berlaku sejak 4 minggu lalu itu menyebabkan satu persoalan sering menerjah ke akal dan minda kita minda ramai tertanya-tanya siapakah Jamalul Kiram III dan benarkah dirinya adalah Sultan Sulu yang sebenar-benarnya?

Jamalul Kiram III sebetulnya bukanlah waris Kesultanan Sulu yang sah disebabkan dirinya bukanlah berasal dari darah zuriat hakiki Sultan Sulu kerana keturunan keluarga Kiram tidak lagi diterima oleh rakyatnya setelah dianggap sebagai sebagai tali barut kepada Amerika Syarikat.

Peristiwa pembunuhan sejumlah 4,000 orang Sulu dari keluarga Datu & Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu sekitar tahun 1906 dulu adalah hasil kerja Amerika Syarikat selepas mendapat restu Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yakni Sultan Sulu terakhir dari keturunan keluarga Kiram di Jolo, Sulu.

Semenjak kejadian pembunuhan tersebut, rata-rata orang Sulu Tausuq menentang Sultan mereka dan tidak lagi mengiktiraf mana-mana keturunan keluarga Kiram untuk memimpin mereka.

Kini dengan wujudnya sekurang-kurang 9 orang individu dari pelbagai keturunan yang juga mengaku sebagai waris sah Kesultanan Sulu, maka bertambahlah keraguan ramai untuk mempercayai Jamalul Kiram III sebagai satu-satunya waris yang sah.

Tambah menjelikkan orang Sulu sama ada yang tinggal di Filipina mahupun di Sabah bila mana tatkala Jamalul Kiram III sibuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu, di masa yang sama adiknya Esmail Kiram II pula turut mengaku merupakan pewaris sah Kesultanan Sulu. Memalukan.

TERKINI!!! - Filipina Buat U-Thant, Kaji Tuntut Sabah !!!



Apa dah jadi ni???? Sebuah Berita Online Filipina ( Global Nation Inquirer ) hari ini melaporkan bahawa Filipina tidak sesekali memanggil "Tentera Diraja Sulu" sebagai pengganas sepertimana yang didakwa oleh kerajaan Malaysia.




Setiausaha Luarnya Albert del Rosario sebaliknya menyatakan bahawa "persetujuan" yang dicapai bersama Menteri Luar Malaysia, DS Anifah Aman merujuk kepada tindakan serangan ke atas anggota keselamatan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Filipina juga sedang menyemak segala dokumen dan bukti bagi menuntut kembali Sabah!!!

Sumber


GP : Kaki putar belit mcm nuar jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...