Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Wednesday, 3 April 2013

Parlimen dibubarkan hari ini 4 MAC 2013

 
TERKINI :
 
PRU 13 ibu segala PRU!!!


KRONOLOGI :

9.05 pagi : Mengadap SPBYDP AGONG



10.30 pagi : MESY KABINET

11.30 pagi : Siaran Langsung Pembubaran Parlimen. SAH!! PARLIMEN BUBAR.

 
========================================

KUALA LUMPUR: Spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini tersebar meluas.

Hari ini 3 April genaplah empat tahun kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Jam 8.25 pagi tadi, Perdana Menteri telah berhadap dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Najib juga akan mengadakan mesyuarat mingguan Kabinet. Ini dikatakan akan menjadi mesyuarat terakhir kerana semua menteri telah diarahkan untuk memakai memakai pakaikan suit hitam untuk fotografi berkumpulan.

Secara tradisi, para menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya sebelum mesyuarat berakhir.

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam berkata bahawa pembubaran hari ini hanya khabar angin.

"Tiada pembubaran esok. Pembubaran selewat-lewatnya akan berlaku pada hujung bulan ini," katanya.

Hari terakhir bagi Parlimen akan dibubarkan secara automatik adalah pada 30 April.



Di Putrajaya nanti, Najib juga dijadualkan untuk berbasikal dengan kira-kira 10,000 orang ramai untuk menandakan tempoh penuh empat tahun di pejabat.

Ikuti liputan  blog ini secara langsung.

 

Sunday, 31 March 2013

Gempar !! Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Lahad Datu



Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Lahad Datu

- Raja Petra Kamarudin

Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.

Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia berhubung “hal ehwal dalaman” Filipina.

Kebanyakan orang Malaysia tidak dapat memahami perbezaan antara Sulu, MNLF, MILF dan Abu Sayyaf—seperti mereka yang tidak mengerti perbezaan antara PLO dan Hamas. Walaubagaimanapun, izinkan saya merumuskan bahawa mereka ini adalah serpihan ataupun seteru kumpulan orang Islam di Filipina yang menuntut kemerdekaan, sama seperti orang Palestin di Timur Tengah.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersimpati dengan orang Islam di Filipina—sama seperti orang Islam di Selatan Thailand—dan kita telah banyak membantu dalam apa cara bagi menyelesaikan isu di Filipina dan Selatan Thailand.

Sepanjang jalan, bagaimanapun, sesuatu yang buruk telah berlaku. Seperti yang telah saya tulis pada tahun 2005, ada janji yang tidak dipenuhi. Dan ini ada kaitan dengan 'isu IC' Sabah (anda tidak perlu RCI untuk saya beritahu anda). Dan yang menyebabkan krisis tebusan Sipadan dan penglibatan Libya dalam menyelesaikan krisis selepas berbulan menemui jalan buntu.

Dilaporkan sejumlah RM50 juta bertukar tangan untuk mendapatkan pembebasan tebusan, kos yang ditanggung oleh Libya. Sudah tentu, tiada siapa yang akan mengaku hakikat ini walaupun mereka sendiri tidak akan dapat untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa tebusan tersebut akhirnya dibebaskan.

Tetapi semua itu berlaku beberapa dekad yang lalu. Kita bercakap tentang permulaan krisis pada tahun 1970, apabila ramai daripada anda masih belum dilahirkan lagi, dan krisis tebusan 30 tahun kemudian pada tahun 2000. Sejak itu segala-galanya telah menjadi sangat tenang – sehinggalah tahun lepas apabila keseluruhan perkara ini telah dibangkitkan dalam persediaan untuk pilihanraya umum akan datang.

Ini apa yang berlaku baru-baru ini.
Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari yang sangat rapat dengan Anwar sejak Anwar berada dalam kerajaan, dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia, seorang lagi kawan rapat Anwar, dibawah arahan Anwar sendiri.

Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian. Anwar terbang ke Manila dengan penerbangan MH 704, dan jika anda semak butiran penerbangan, anda dapat mengesahkan perkara ini, dan beliau juga telah ke Jakarta hanya dua minggu sebelum itu.

Dalam mesyuarat itu, Anwar memberitahu Misuari bahawa dia memerlukan bantuan untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Pakatan Rakyat yakin memenangi sekurang-kurangnya 82-85 daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Beliau tidak yakin dengan 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang cukup tipis tetapi selesa. (Anwar boleh meningkatkan majoriti ini kemudian dengan membawa ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk beralih arah apabila mereka membentuk kerajaan). Untuk ini berlaku, Anwar memerlukan sokongan umat Islam di Malaysia Timur, khususnya di Sabah, ramai daripada mereka adalah orang Islam Filipina dengan kewarganegaraan Malaysia dan hak mengundi.

Anwar berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, seperti yang telah mereka perjuangkan selama lebih 42 tahun sejak tahun 1970. Kedua-dua negeri di Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%, peningkatan sebanyak 15% daripada kadar semasa 5%. Ini akan memastikan bahawa kedua-dua negeri ini akan menjadi sangat kaya - dianggarkan RM4 bilion setahun bagi setiap negeri.

Tambahan pula, semua rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan, atau sekurang-kurangya status pemastautin tetap yang sangat minimum, supaya mereka boleh mencari pekerjaan di Sabah. Pekerjaan untuk mereka juga akan dijamin.

Nur Misuari bersetuju dengan terma-terma tersebut dan kemudiannya melantik Haji Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri itu.

Dan itulah sebabnya kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik apabila krisis Lahad Datu mula menjelma. Pihak Kerajaan tahu ada sesuatu di sebalik insiden tersebut dan pada masa itu masih belum jelas kaitannya secara total.

Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja. Mengambil tindakan ketenteraan hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pengkomplot dan meyakinkan pihak orang Islam Filipina di Sabah agar bangkit menyokong Anwar bagi mendapatkan autonomi dari pihak Kerajaan Persekutuan.

Ya, kejadian di Lahad Datu adalah satu 'wayang', seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Tidak ramai yang akan berani untuk menyangkal perkara ini. Ramai rakyat Malaysia juga yakin bahawa terdapat 'dalang' di sebalik kejadian ini. Apa yang mereka tidak tahu ialah: Siapa dalang tersebut? Malaysia Today telah mendedahkan cerita ini dan saya mencabar kerajaan Malaysia untuk menafikan kesahihan apa yang saya baru dedahkan.
 

Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah samada 'perang mulut' antara MNLF dan MILF juga satu “wayang”. Dengan mencanangkan konflik ini, proses damai akan hancur berkecai dan ini memberi mereka alasan untuk meneruskan konflik bersenjata. Walaubagaimanapun, hubungan antara MNLF dan serpihan kumpulan lain tidaklah bergejolak seperti apa yang ia pamerkan di sebalik tabir, jika gambar di atas dijadikan kayu ukurannya.

Kesimpulannya, memang wujud banyak plot dan sub-plot dalam perkara ini, yang mana akhirnya kita sendiri tidak mengetahui siapa yang mempermainkan siapa.

Friday, 29 March 2013

PRU 13 : Najib Yakin Peroleh Majoriti 2/3, Pembangkang Takut Bubar DUN


Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

GP : Pembangkang kata nak bubar DUN Lepas Chap Goh Meh, sekarang dah cap go tong dh nie.. x bubar2 lagi... dulu bukan main ugut najib sangat.. mengapa mereka resah?

KERANA :-

17. Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran DUN Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

18. Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara. Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.

21. Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut? Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?
 
22. Ramai juga yang bertanya kepada saya, mengapa Anwar begitu beria-ia mahukan pilihan raya segera sedangkan masanya memang telah pun hampir tiba. Apakah kerana beliau yakin akan menang atau takut banyak lagi isu terbongkar dan makin ramai yang meninggalkan Pakatan nanti? Dr Khir.

Saturday, 23 March 2013

BONGKAR !! 10 - "Grand Design" Anwar Ibrahim Menjelang PRU 13



10 " Grand Design " Anwar Ibrahim menjelang PRU 13  dibongkarkan oleh Y.B Zulkifli Nordin, ( Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru ), baru - baru ini.



( dibawah adalah ringkasan ucapan beliau )

1 - Akan menggunakan keluarga saiful sendiri untuk melawan saiful. ( TELAH BERLAKU ).

2 - Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. dia akan rancang suasana dimana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, tetapi tembakan tak kena kat dia, akan kena isteri atau anak dia... SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM.

3 - Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat saiful dan azizan adalah rekaan semata - mata. ( usaha memujuk pegawai berkenaan sedang dijalankan ).

4 - Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu ( anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA " demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh ", MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA " tue dia, anwar ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat saiful.

5 - Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat - saat akhir sebelum hari mengundi. ( menurut org dalam pembangkang, mereka dah beli jam yg sama macam yg dijumpai oleh datuk eskay. tetapi dia tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis boleh siasat dan tunjuk jam sebenar, oleh itu di saat - saat akhir baru dikeluarkan dan beliau akan kata " INI DIA JAM ITU, SAYA DI FITNAH SEBENARNYA.."

6 - Memujuk YB PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. ( mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dulu kerana najib bayar duit. calon2 tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan oleh pihak2 tertentu. mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.)

7 - Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. ( sedangkan video tersebut telah diambil ketika mak tom sedang pengsan dan tak sedar. Azmin datang bawak media, kamera dia ambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.)

8 - Peguam2 / Polis yang terlibat dalam kes altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa dato' seri Najib terlibat dlm kes tersebut. ( maklumat yang diterima berkemungkinan besar menunjukkan bahawa pembangkang sedang cuba pujuk pegawai dari atasan smpi ke bawah yang menyiasat kes altantuya bahawa pembangkang sedang cuba pujuk dengan membayar mereka supaya mereka keluar dan membuat kenyataan memang najib terlibat kes altantuya.)

9 -Mereka akan hina dan fitnah rosmah bahawa rosmah terlibat dgn skandal ( Seorang bekas pegawai isteri PM akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara )

10 - Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dlm PRU nanti. ( mengikut maklumat yang diterima daripada org dalam pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah " wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama allah, dalam pru 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ......... " (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)

GP : Jika ada kesilapan fakta, harap dimaafkan..

 

Wednesday, 20 March 2013

GTP Catat Pencapaian Dan Kejayaan Nyata, Pembangkang Panas Hati



KUALA LUMPUR: Fasa pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melabuhkan tirainya tahun lalu mencatat pencapaian dan kejayaan nyata bagi kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilaksanakan demi kesejahteraaan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri dalam prakatanya “Maju Ke Hadapan Menuju GTP 2.0″ untuk Laporan Tahunan GTP 2012, menyifatkan GTP 1.0 yang dilancarkan pada 2010 sebagai wadah yang menghamparkan persediaan asas bagi transformasi dan inovasi yang lebih besar sepanjang satu dekad setengah akan datang.

Intipati Ucapan Dasar Pembentangan Laporan Tahunan NTP 2012



KUALA LUMPUR: Berikut adalah intipati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) di sini, malam ini:

* Sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai. * Pendapatan Negara Kasar per kapita meningkat daripada AS$257 pada tahun 1957 kepada AS$9,970 pada 2012.
* Pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012.

PM Umum BR1M Jadi Inisiatif Tahunan



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

Beliau berkata BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.

Matlamat Transformasi Kerajaan Berjaya Dicapai – PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa membentangkan kepada rakyat Malaysia bahawa sebahagian besar matlamat transformasi kerajaan yang dirancang telah berjaya dicapai dengan keadaan taraf hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.

Perdana Menteri berkata perancangan dan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bukan sahaja membuktikan iltizam kerajaan terhadap falsafah pemandu negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tetapi ia juga merupakan eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kepertanggungjawaban.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...