Pages

GP link

GP link
Only Hot News !!!

MyVOC

MyVOC
Team Sukarelawan Belia Berkemahiran

Popular Posts

Thursday 31 October 2013

AS Intip Malaysia Melalui Kedutaan Australia

Edward Snowden
 
Misi sulit Australia di seluruh Asia, termasuk pejabat Pesuruhjaya Tingginya di Malaysia, telah digunakan sebagai sebahagian daripada saluran risikan Amerika Syarikat (AS), menurut pendedah maklumat Edward Snowden yang juga bekas pegawai perisikan Australia.

Laporan media Australia pada Khamis mendedahkan Lembaga Pengarah Pertahanan negara berkenaan telah menjalankan operasi pengawasan rahsia sedemikian tanpa pengetahuan kebanyakan diplomat Australia  sendiri.

Pendedahan terbaru itu muncul selepas AS didapati mengintip pemimpin luar negara termasuk, Canselor Jerman Angela Markel yang disifatkan sangat memalukan bagi pentadbiran Presidennya, Barack Obama.

Beberapa akhbar Australia melaporkan laporan risikan tersebut diperoleh daripada pejabat kedutaan di Bangkok, Jakarta, Beijing, Hanoi dan Dili serta pejabat pesuruhjaya tinggi di Kuala Lumpur dan Port Moresby, merupakan negara yang  mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.

Dokumen rahsia Agensi Keselamatan Kebangsaan AS itu dibocorkan oleh Snowden dan dicetak oleh syarikat Der Speigel di Jerman mendedahkan kewujudan operasi risikan yang dijalankan oleh pihak kedutaan AS dan konsulat mereka serta rakan diplomatik daripada ‘lima negara’ yang mempunyai hubungan baik dengan mereka termasuk  Australia, Britain dan Canada.

Operasi berkenaan termasuk pintasan radio, telekomunikasi, jaringan internet.

Dokumen berkenaan dengan jelas menyatakan bahawa Lembaga Pengarah Pertahanan Australia turut beroperasi sebagai pusat kemudahan bagi diplomat Australia.

Bagaimanapun, Kementerian Luar dan Perdagangan Australia enggan mengulas mengenai implikasi diplomatik daripada pendedahan berkenaan.

Menurut jurucakap jabatan berkenaan, ia merupakan amalan kerajaan Australia untuk tidak mengulas sebarang hal mengenai perisikan.

Seorang bekas pegawai perisikan Australia juga dilaporkan menuntut lembaga pengarah menjalankan operasi pengawasan daripada Kedutaan Australia merentasi negara Asia Pasifik.

Beliau berkata kemudahan pintasan di Kedutaan Australia di Jakarta memainkan peranan penting dalam pengumpulan maklumat perisikan mengenai ancaman pengganas dan pemerdagangan orang, tetapi ‘tumpuan utama ialah perisikan politik, diplomatik dan ekonomi’.

Pakar perisikan Australia itu dipetik sebagai berkata Lembaga Pengarah Pertahanan telah lama bekerjasama dengan AS dalam memantau rantau Asia Pasifik, termasuk menggunakan pihak kedutaan serta pejabat konsulat mereka.

“Untuk mengetahui apa jiran kami fikir sangat penting untuk pelbagai hubungan diplomatik dan rundingan perdagangan,” katanya kepada Fairfax Media. – Mstar.

No comments:

Post a Comment

GP aka Hantu Tak Berprotokol tidak akan sama sekali bertanggungjawap terhadap komen2 yg menyalahi undang2 negara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...